Friday, December 28, 2012

Kau Gila, Aku Gila

Salam Jumaat para pembaca sekalian...:)

Manusia boleh jadi selemah-lemah manusia bila masuk bab cinta
Manusia boleh jadi bodoh hanya kerana hati dan perasaan
Manusia boleh jadi gila hanya kerana satu hubungan

Kau gila, aku gila.
Kau gila kerana dah buat aku jadi gila masuk ke dunia kau
Kau gila kerana pernah menabur janji palsu kau
Aku gila kerana pernah terpedaya dengan semua kata janji kau
Aku gila kerana pernah menjadikan kau separuh dari hidup aku
Kau gila kerana pernah berkata sayang pada aku
Kau gila kerana hanya tahu mempermainkan hati dan perasaan
Aku gila kerana meletakkan sebaris nama kau di hati ini
Aku gila kerana kau sengal!


Sunday, November 18, 2012

Mohd Aliff Fateh:)

Assalamualaikum semua...

Yeehaaa hari minggu lepas dapat berjumpa dengan kekasih hati Mohd Aliff Fateh. Rindu sangat kat dia. Last jumpa masa Aidiladha lepas. Memang tak sabar-sabar hati ni nak jumpa Aliff...:) 

Bajet Jumaat lepas kelas boleh terus jumpa sekali bas buat hal bawak terkedek-kedek. So hari Sabtu baru dapat jumpa. Tak apa tak apa Sabtu and Ahad ada. Boleh spent masa together gether...:)

So Sabtu tu mak abah buat kenduri kesyukuran untuk new boyfie aku ni. Pastu Alhamdulillah lepas gak hajat aku nak sekalikan kenduri tahlil untuk arwah Saiful. Gembira sangat sebab dapat buatkan kenduri untuk dia. Semoga dia terus berbahagia di sana. Amin. 


akunakcakap: Mohd Aliff Fateh....my second anak buah ok. Jangan salah sangka.:p

Friday, November 2, 2012

Sahabat Jangan Berharap Lagi

Assalamualaikum.

Aku ada sorang kawan baik ni ha. Aku kawan dengan dia dah lama sejak zaman hingusan lagi. Betul macam-macam cerita kita orang share. Aku sayang dia and aku tak mahu dia berterusan di kecewakan dan di sakiti. Aku tak nak dia jadi bodoh menunggu sesuatu yang tak pasti.

Setiap kali dia sedih dia datang cari aku dia cerita macam-macam. Tapi aku seorang yang tak reti nak comfort kan sesorang tu macam mana. Apa yang aku buat just bagi pinjam telinga aku and bahu untuk dia lempiaskan tangisan dia. Seriusly dalam situasi macam tu aku automatik akan terkedu. Aku tak tahu nak cakap macam mana. 

So apa yang boleh aku buat, aku tulis kat blog ni and aku harap dia baca. Aku tahu dia akan baca walau dia senyap-senyap tak bagi tahu aku. Untuk kau jah kau bacalah dan buka minda kau saat kau baca apa yang aku nak tulis ni. Ni ikhlas dari hati aku. Jangan marah aku ye.

Aku tahu kau memang sayang dia. Kau jugak cakap kau hanya ingin dia dalam hidup kau. Kau tunggu dia lama-lama.Tapi satu soalan aku kau yakin dia buat benda yang sama macam kau buat kat dia? Kau yakin dia sayang kau macam kau sayang dia? Kau yakin ke? Kau tak rasa satu pembaziran bila kau tunggu dia bagai nak rak tapi at last dia pilih orang lain? Kau faham kan maksud aku? Aku tak nak kau sakit sebab aku tak suka tengok kawan aku sedih dan menangis untuk lelaki macam tu.

Aku tahu kau memang baik. Kau sabar layan dia. Kalau dia mesej kau, kau sangat happy.Kau senyum sepanjang hari. Kau ketawa even ada orang buat jahat kat kau time tu. Kalau dia call kau, kau girang semacam. Kau happy sangat. Aku suka tengok kau macam tu. Tapi sampai bila Jah? Tak kan nak tunggu dia aja sampai kau tutup hati kau dari mana-mana laki? Hey dia tu cuma carik kau bila dia bosan, bila dia rase tak ada kawan, bila dia rasa susah. Kau tak nampak lagi ke permainan dia tu ha?

Aku sedih tengok kau tapi aku tak tahu macam mana nak cakap. Tiap tahun sejak kau kenal dia, kau akan pastikan kau wish birthday dia on time. Tepat pukul 12 kau akan wish. Tapi apa respond dia? 4 hari 5 hari lepas tu baru dia call kau. Alasan dia, busy. Ah busy apa sampai tak boleh nak spent 5 saat untuk appreciate effort kau. Aku tak suka cara pembohongan dia kat kau tapi tiap kali aku cakap. kau akan back up dia. So apa pilihan yang aku ada? Setiap kali birthday kau, dia tak pernah wish kan? Kau kenal dia bukan setahun, bukan 2 tahun, bukan 3 tahun tapi pernah dia wish birthday kau? Tak pernah kan? So kau rasa dia serius ke tak dengan kau? Tak kan dia tak boleh nak ingat walau sikit pon pasal kau?

Untuk tahun ni aku sedih tengok kau. Kau dah beli hadiah untuk dia tapi kau tak bagi dia kan? Kau simpan dalam kotak kau and kau harap satu hari kau berpeluang bagi kat dia. Erm napa Jah kau terlalu baik untuk dia? Kenapa dia terlalu buta mata dan hati untuk nilai setiap apa yang kau buat? 

Dulu time dia susah dia carik kau. Kau akan buat jugak walau kau rasa kau tak mampu tapi kau akan carik jalan agar dapat tolong dia. Tapi time tu aje dia appreciate kau lepas 2 3 hari dia lupa kau. Kau pulak masih setia menunggu. Aku tahu tiap malam kau akan tunggu dia call kau atau paling koman mesej tapi kau hampa bila dia tak buat macam yang kau harapkan?

Jah..bukak mata kau. Kau baik dan aku yakin kau akan jumpa lelaki yang baik dan hebat satu hari nanti. Aku harap bila kau betul-betul dah lupakan dia dalam hidup kau, baru dia akan rasa satu kehilangan untuk permata macam kau ni. Aku harap sangat Jah kau akan bahagia dengan hidup kau tapi bukan dengan dia. Aku tak tahu napa aku tak suka dengan dia dan cara dia melayan kau. Kau kawan dengan dia ikhlas tapi dia? Aku tak rasa pon dia ikhlas dengan kau. Aku rasa tak ada benda manis pon yang dia pernah buat untuk kau dan hidup kau. Buat apa lagi kau nak tunggu dia? Ingat Jah jangan butakan mata kau untuk orang macam tu. Kau buat banyak benda tapi kalau susah sangat dia nak appreciate so apa lagi? Kau buang dia dan kau hidup dengan dunia kau.

Aku tahu kau sayang dia..kau susah nak lupakan dia..kau susah nak jauhkan diri kau dari dia. Tapi sekali lagi aku tanya kau. Siapa kau pada dia? Hanya sahabat waktu senggang dia? Tak kan kau nak terus perjudikan hidup kau untuk orang tak berperasaan macam dia. Aku tahu hati seorang perempuan. Walau macam mana kita terluka, kita tetap sayang dia sebab kita hanya seorang perempuan yang ada sekeping hati yang ikhlas menyayangi kan? 

Dia tak sayang kau tak apa sebab aku akan terus sayang kau sebagai sahabat aku dunia akhirat.End

Bila Aku Semakin Dewasa...:)

Assalamualaikum. Hari ni hari Jumaat. Ye aku tahu semua orang tahu. Saje gedik nak bagitahu.

Hari Jumaat. Means dah 17 Jumaat arwah Saiful tinggalkan aku. Hishhh kenapa masih teringat? Aku admit yang arwah orang yang sangat susah untuk aku lupakan. Tak apalah aku harap satu hari nanti hati aku akan belajar menerima ketiadaannya.

Bila aku semakin dewasa terlalu banyak benda yang mencabar dan berliku dah aku tempuh dah aku lalui. Pahit getir manis masin semua bercampur menjadi satu. Apa yang aku tahu bila semakin dewasa aku lebih bijak menguruskan diri aku dan keadaan. Aku lebih matang dan dewasa untuk berhadapan dengannya.

Bulan 2 tahun depan start praktikal. Alhamdulillah aku dapat MNS Management And Consultancy at Masjid India. Aku suka tapi dalam masa yang sama aku macam tak ada hati. Bos dia memang baik and peramah sangat. Bayangkan kita orang tak pernah berkenalan tak pernah berjumpa, dia hanya tahu pasal aku through resume aku aje tapi malam tu dia interview aku and boleh sembang macam-macam. Paling aku suka trademark dia "U are welcome to my company. Datanglah dengan satu keyakinan dan buat yang terbaik untuk diri u, lecturer u dan untuk company I". Peghh dashat tak dashat bakal bos aku ni ha. Tapi bila aku fikir Wisma Yakin tu agak jauh dengan Putrajaya aku jadi tawar hati and mintak undur diri tapi dia suruh aku fikir elok-elok and dia bagi masa untuk aku bagi jawapan. Baik atau buruk keputusan aku dia terima. Aduhhh puan ni buat aku tersepit aje dong.

Aku ada hantar resume gak kat Syam & Co located at Bangi. Dekat sikit ngan Putrajaya so aku boleh save duit sikit lah kan. Kalau kat area Bangi insya Allah aku boleh drive even aku tak pakar sangat pon. Hehe. Tapi company tu still tak bagi jawapan lagi and aku sangat berharap aku dapat this company. Aku rasa macam best aje company ni.

Untuk praktikal kali ni aku jadi sangat berhati-hati. Aku tak nak main hentam keromo macam zaman diploma dulu. Tak kisah apa-apa company janji ada. No no aku tak nak macam tu. Aku nak company yang aku boleh belajar banyak benda and boleh mantapkan ilmu aku.

Untuk kali ni first, aku akan google accounting firm or audit firm area KL Sentral, Bangi atau Kajang. Aku nak area2 ni aje tapi agak susah di situ.

Second, if ada company yang macam aku tersuka atau terminat aku akan google map pulak. Aku kena make sure lokasi dia beredekatan and sangat mudah untuk aku tuju. Kalau area KL aku nak dia dekat dengan KL sentral. Macam yang aku dapat tu kat Wisma Yakin around 9 minit dari KL Sentral. Erm ok la kot. Kalau area Bangi or Kajang aku akan make sure jalan nak pergi ke sana tak berliku and make sure around 30 minit dah sampai.

Third, aku akan pastikan environment company tu macam mana. Selalunya aku akan carik blog2 mereka yang ada pengalaman kerja atau praktikal di sana. Aku nak make sure kawan-kawan and bos tak akan buat aku tension or stress. Kalau MNS aku tak jumpa blog tapi tengok gaya puan tu call aku peramah semacam ok la kot. Kalau Syam & Co aku ade jumpa blog mereka yang berpengalaman di sana. Environment sangat best and friendly. Aku suke. Syam & Co bila la kau nak call aku ni? Huhu

Fourth, elaun. Aku ambik kira gak bab ni sebab duduk KL ni belanjanya besar. Nak harap PT and abah memang tak cukup kot. At least kalau dapat elaun aku boleh kira budget transport and makanan. Dua benda ni aje yang aku pentingkan. Kalau kat Wisma Yakin Alhamdulillah elaun cukup untuk aku cover transport and makan. Kat Syam aku tak tahu lagi sebab tak tahu di terima atau tak. Huhu.

Tapi apa yang penting ilmu pengetahuan and kerja yang aku akan buat. Kalau dah aku pilih accounting firm mustahil aku tak ada kerja. Mesti ada punya lagi2 peak season ni. Confirm ada lah wa cakap sama lu.

Erm dah tak sabar nak praktikal even aku tak decide lagi. Eh nape ntah aku sangat berharap yang Syam & Co tu. Harap-harap dapat. Amin.Pray for me okey...;)


akunakcakap: suka dengan ayat sorang kwn ni "aku tahu walau ko selalu nanges tapi kau kuat:)"


Wednesday, October 31, 2012

5 Tahun Akaun...;)

Assalamualaikum semua...

Ye aku adalah pelajar akaun. Kenapa aku pilih akaun? Kenapa bukan kos lain? Panjang ceritanya. Hehe. Actually, aku tak pernah bercita-cita pon nak jadi seseorang yang menceburkan diri dalam accounting field. Aku seorang yang tak pernah ada cita-cita. Im just follow the flow. Tapi masa kecik-kecik dulu kalau orang tanya dah besar nak jadi apa, automatik aku cakap nak jadi cikgu. Tapi cikgu yang mengajar subjek apa tu aku tak tahu.

Dulu masa zaman sekolah aku tak suka akaun. Bukan setakat tak suka tapi tahap benci. Lepas PMR aku dapat tawaran Pure Science. Lagi la aku tak minat oi. Tapi kalau dah akauan aku tak suka, science aku tak suka apa yang aku suka? Ahhh itu semua alasan untuk budak pemalas macam aku ni. Aku rasa zaman sekolah dulu aku tak pernah study. Aku banyak main2. Mak abah suh study, aku tidur. Esok nak SPM malam tu baru aku terhegeh-hegeh nak belajar nak hafal formula nak buat nota. Huhu teruknya anak Pak Usop ni.

Bila result SPM keluar, aku nanges. Tapi aku tak pasti air mata untuk bergembira atau bersedih. Then aku dapat tawaran ke Kolej Matrikulasi Kedah. Aku tak nak pergi sebab jauh. Tapi semua orang suh pergi. Tambahan pula, (skema ayat ak!) semua universiti dalam mahupon luar negara tak nak terima budak pemalas macam aku ni. Jap-jap...berangan lebih-lebih pulak aku ni. Result tak bagus mana ada hati nak mention universiti luar negara. Sobsobsob.

Bila kat Kedah aku tak ada semangat nak belajar. Satu sebab jauh beribu batu ngan mak abah. First time weh aku duk jauh-jauh ngan dorang. Kedah pulak tu. Kedua, aku tak suka fizik. Aku tak faham satu benda pon. Aku baca lah buku banyak mana pon aku still tak faham. Maybe sebab aku dah set yang aku tak suka. Then, aku decided nak keluar dari matrik and nak masuk UiTM yang kebetulan aku dapat offer in Accounting. 

At first aku tak tahu pon aku dapat offer tu. Family aku tak bagitahu. Tapi naseb baik aku merayu nak keluar sume then dorang macam dah tak tahu nak cakap apa so dorang ikutkan aje. 

Masa last day kat matrik, Lecturer Biologi tanya aku betul2 whether aku buat keputusan yang betul atau tak. Sebab dia kata result Bio aku baik and aku dapat highest mark untuk exam. Tapi aku dah nekad baik atau tak aku nak keluar jugak and actually aku dah ambik risiko yang sangat besar sebab aku akan sambung pengajian dalam ACCOUNTING yang aku tak pernah ada basic tu and lepaskan matrik yang dah hampir 6 bulan aku kat situ. Agak pembaziran di situ.

Belajar akaun yang aku tak ada basic ni agak susah jugak tapi Alhamdulillah sepanjang Diploma aku berjaya buktikan kat mak abah yang aku boleh. Even result aku tak ada lah gempak sampai dekan every sem tapi Alhamdulillah hasilnya agak memberangsangkan.

Tapi apa yang aku tahu aku dah bazirkan masa hampir setahun demi akaun. Aku tengok ramai kawan-kawan matrik dah habes belajar, dah kerja. dah kawen. Tapi aku masih berjuang untuk tempoh pengajian yang berbaki hampir setahun lagi ni. Tapi tak apalah semua ada hikmah kan. Allah buat yang terbaik untuk hambanya.

So akaun? Setelah hampir 5 tahun aku terlibat dengan akaun ni, erm ok lah akaun ni. Aku suka belajar akaun zaman diploma. Untuk degree ni entahla aku tak berapa nak tangkap apa sebenarnya akaun tu. Haha teruknya aku ni. Aku suka kira-kira, aku suka main dengan nombor tapi entah napa akaun kali ni macam susah sangat aje otak aku nak terima. Hailllla....

Budak accountancy ni tak adalah busy 24 jam pon kehidupan dia. Eh tak tahu lah orang lain. Aku rasa aku ni pura-pura tak busy aje pon. Hehe. Assignment bertimbun-timbun tapi aku still boleh gi jalan-jalan kat Jusco, MP, Dataran Pahlawan. Haha...Tapi untuk sem 6 ni agak mencabar gak sebab semakin banyak aku belajar semakin banyak kejenya. Tengoklah time mid term ni pon beg aku penuh dengan buku aje. Erk nampak sangat tipunya. Haha. 

So apa yang boleh aku simpulkan accounting ni ok lah bagi aku. Aku tak suka subjek membaca tapi kos ni banyak sangat subjek membaca. Huahua. Tapi apa pon bagi aku semua kos sama aja. Engineering ke medic ke semua susah and ada cabaran masing-masing. Depends pada kita how to handle it rite?

Friday, October 26, 2012

Sudah 100 Hari Rupanya

Assalamualaikum semua...Salam Aidil Adha...Lame rasenya aku tak jengah blog aku ni. Kengkangan masa membataskan segalanya membuatkan jarak silaturrahim antara aku dan blog ni tersangatlah jauh dan jauh.

Korang pernah jatuh cinta?
Korang pernah putus cinta?
Korang pernah hilang orang yang benar-benar korang sayang dan cinta?

Aku pernah rasa ketiga-tiganya. Aku jatuh cinta buat pertama kali dengan dia. Aku putus cinta dengan orang yang sama. Aku kecewa, juga dengan dia. Aku kembali sayang dan kasih pada orang yang sama. Dan akhirnya aku hilang orang yang sama untuk selama-lamanya. Kini apa yang boleh aku katakan aku sangat-sangat rindu pada dia. Jujur aku cakap aku rindu dia.

Kalaulah masa boleh di putar semula, jujur aku cakap aku mahu jadi yang terbaik untuk dia. Aku terkilan sehingga kini kerana aku rasa aku tak pernah gembirakan dia. Aku jarang luahkan apa yang aku rasa pada dia.Sehinggakan aku rasa dia pon agaknya tak tahu apa perasaan aku pada dia. Tapi demi Allah seriusly aku sayang dia selepas keluarga aku. Dia terlalu banyak tolong aku, dia sentiasa di sisi aku waktu susah senang aku. Dia pembakar semangat aku di saat aku gagal dalam perjalanan hidup aku. Dia yang sentiasa  di sisi aku.

Aidilfitri kali ini sangat berbeza rasanya. Juga Aidiladha kali ini juga jauh berbeza. Tiap Aidilfitri dia tak pernah lupa untuk menziarahi keluarga aku. Dia tak pernah lupa memberi aku duit raya. Tapi untuk tahun ini buat pertama kali sejak aku berkenalan dengan dia, aku tak dapat tatap wajah dia. Yang ada hanya sebuah pusara sepi yang aku ziarah bersama sekalung doa untuk dia. Aku rasa kelainan yang ada ini sangat perit untuk aku terima.

"Mak jangan risau. Saya akan tetap tunggu Zilla sampai bila-bila pon. Saya nak Zilla sorang aje"

Kata-kata yang selalu di ucapkan pada mak dia yang aku tak pernah tahu selama ini. Tapi sayang, semua ini dah berakhir. Tiap kali aku ingat kata-kata ni, hati aku diruntun sepi. Sepi...Sepi...Sepi...

Untuk hari yang ke 100 ini saya doakan perjalanan awak sentiasa dipermudahkan dan awak sentiasa bahagia di sana. Al Fatihah.

Wednesday, August 29, 2012

Aidilfitri Punya Cerita

Assalamualakum....

Raya dah habis. Bagi aku lah kalau orang-orang bandar sume dah tinggalkan kampung halaman masing-masing maknanya dah habis raya la tu. Dah tak best. Dah tak rasa suasana raya. Huwaaa...

Cerita Aidilfitri tahun ni biase aja. Aku gembira tapi still rasa kosong. Tapi aku tak tahu apa yang kosong. Aku tak rasa gairah ghairah (eh macam mane eja eh? Lupa lak)  nak sambut kedatangan Aidilfitri tahun ni. Rasa sedih nak tinggalkan Ramadhan. Mungkin sebab dah besar kot dah semakin matang. Biase yang happy-happy nak raya ni kan budak-budak kecik yang puase penuh plus yang tak puasa langsung. Hehe.




"yeeha...Selamat Hari Raya semua. Peace!"


Bila belek balik gambar-gambar ni sume baru perasan gambar dengan abah and family along tak ade. Abah biaselah susah sangat nak di ajak bergambar. Time orang sibuk-sibuk bergambar dia lebih rela duduk tengok tv ke hisap rokok ke. Malas nak layan kerenah anak-anak yang gedik bila bergambar kot. Hehe. Gambar dengan Along lak maybe sebab along raya dekat Kedah then bile balik Selangor lak aku sibuk nak bersiap gi Johor so memang tak sempat nak bergambar. Hee.. Tapi tak peat least tahun ni ade gak gambar 1 family di studio. Yeeha...Salam Aidilfitri:)

Tuesday, August 28, 2012

Kisah Hati

Assalamulaikum....Salam Aidilfitri...

Kenapa hati rasa kosong? Kenapa hati rasa sepi? Kenapa hati rasa tak seronok? Kenapa hati rasa macam ada sesuatu yang menyekat kegembiraan? Kenapa hati rasa nak menangis? Kenapa hati rasa sedih sangat? Kenapa hati rasa rindu? Kenapa? Kenapa? Kenapa?

Mengadulah pada Ya Allah. Hanya Allah yang boleh buat hati rasa kembali tenang. Hanya Allah yang boleh pulihkan kesedihan. Hanya Allah.

Hari tu pergi Batu Pahat, rumah Syida. Selamat bertunang Syida and Sam. I'm so happy for both of u.Harap kegembiraan akan sentiasa bersama kamu berdua.:)


"congratulations on your engagement my dear:)"

Aku tahu bila aku pergi ke sana air mata aku mungkin akan tumpah. Aku dah jangka. Memang betul. Pertama sebab, aku dapat sehelai baju arwah yang aku mintak dari kawan dia. Aku nak baju tu untuk pengubat rindu. Baju dia bau dia. Aku jadi rindu. Rindu sangat. Kedua, aku terkenang peristiwa di Batu Pahat Mall tempat air mata aku tumpah berbaldi-baldi time aku settle masalah kami tahun lepas. Seriusly, bila aku terpandang tempat park kereta aku macam terbayang-bayang kereta dia. Aku jadi rindu. Ketiga, aku teringat zaman Diploma dulu time aku gi rumah Syida pastue aku jumpa dia kat sana then kita orang balik sama-sama ke Selangor. Erm aku jadi rindu sangat-sangat. Entah bila rasa rindu ni akan hilang kan?

Mungkin ada yang mempertikaikan kenapa aku jadi selemah ini sedangkan dia hanya kekal as my ex hingga ke akhir hayat dia? Jawapannya senang aja. Aku berpisah dengan dia bukan kerelaan aku. Even lepas 2 tahun berpisah, aku still rindu dia, still mengharap kat dia, still teringat kat dia. Sampailah dia datang balik dalam hidup aku. Aku suka yang teramat walau aku tak mengaku. Then bila aku rasa aku dah betul-betul boleh terima dia dalam hidup aku, malam tu aku dapat berita yang dia dah pergi. Pergi bukan untuk jangka masa yang sekejap tapi untuk selamanya. Aku jadi kaku. Aku macam tak percaya. 

Semua yang di sekeliling aku akan cakap "Kalaulah aku jadi kau entah macam mana aku rasa?" Memang pada dasarnya aku nampak kuat even sometimes aku menangis bila aku rindu. Tapi percayalah, bila anda di tempat saya, secara automatik anda akan jadi kuat. Secara automatik anda akan jadi tabah. Siapa aje yang nakkan sad ending dalam seseuatu perhubungan kan? Aku pon nak jugak happy ending tapi aku tahu Allah Maha Mengetahui dari kita semua. Percayalah.


"cinta kau dan aku
takkan mungkin bersatu
untuk saat di dunia ini
mungkin kita bersama nanti di atas sana
biar ku setia menjaga cintamu
selamanya"

Wednesday, August 15, 2012

Ini Malaysia Ke?

Assalamualaikum. Ok malas nak cakap bebel banyak-banyak. Kita straight to the point sajalah eh.

Ini Malaysia ke? Alamak aii Zilla ko bermimpi di siang hari ke atau kepala ke terhantuk kat mana-mana bucu meja kat Celcom tu sampai tak dapat nak beza negara yang kau duduk sekarang ni? No no no. Aku sihat walafiat lagi ok. Walaupon mungkin aku telan nasi banyak sangat time berbuka tadi, tapi aku still ingat yang aku sekarang masih berpijak di bumi Malaysia tercinta. Malaysia Boleh? Erk...apa kena mengena? Anggap aja ade kaitan. 

Korang pernah sampai Stesen Bus Klang? Atau Stesen Bus Melaka (Melaka Central)?? Pernah? Tak pernah? Ok kalau tak pernah sila gagahkan diri anda untuk melawat dua tempat yang aku sebut ni sebab aku percaya kalau korang sampai ke sana korang akan rasa suasana macam korang baru sampai airport kat Jakarta atau mana-mana tempat yang ada kaitan dengan Indonesia. So, tak payah susah-susah korang nak booking tiket dengan MAS nak ke Indonesia. Pergi aje ke Klang atau Melaka ni. Perghh feel dia wa cakap sama lu sebijik macam kat Indon.

Erm orang Indon ni memang lah aku cakap kat ceruk mana korang duduk pon mesti akan sesat sorang dua kan? Ok memang lah mungkin dorang datang sini sebab nak tolong Malaysia ni buat bangunan pencakar langit yang mana kalau dorang tak ada, siapa nak buat ye dak? Ok yang tu mungkin aku patut berterima kasih kat dorang. Tapi yang tak syoknya dengan dorang ni, dorang punya peel ni macam ada something yang buat aku macam tak berapa nak suka.

 Bab eksyen buat negara ni macam tanah dorang satu hal, bab jenayah bunuh sana sini satu hal, bab buat kotor sana sini satu hal, bab buat bising cakap macam jarak 3 kilometer satu hal. Haishhh tak gemar betul aku.

Aku pernah lepak kat surau Stesen Bus Klang sementara tunggu orang datang ambik aku. Ok biasalah surau tempat orang solat kan so respect lah sikit. Ni dorang datang lepak-lepak situ bukan nak solat pon. Just nak baring-baring ngumpat sana sini then cakap dengan suara mak ai kuat gile ibarat jarak sorang kat Sabah sorang lagi kat Singapura. Mak ai tension aku.

Tadi lagi satu hal. Aku kerja kat Celcom kan so tadi ada sekumpulan datang sambil makan aiskrim Mat Kool kot. Entah aku tak tau jenama aiskrim dorang. Bajet makan depan aku, aku terliur la tu. Sikit pon tak ok. Tapi eh ada la sikit rase teringin tue. Ok ko nak makan, makanlah wa tak kisah. Tapi yang aku tak suka tu lepas makan ada ke patut buang plastik and batang aiskrim tu merata-rata depan kedai aku. Mak aii ko ingat aku kerja tukang kutip sampah ko ke? Biadap.

Kalau nak ikutkan banyak lagi pengalaman yang sangat menyakitkan hati aku bila berdepan dengan dorang ni. Tapi kalau nak cerita aku rasa mau tak cukup laptop aku nak tampung semua ni kan.Tu yang sometimes aku tertanya-tanya yang benar-benarnya, dorang ni rakyat Malaysia ke aku yang rakyat Indonesia?

Monday, August 13, 2012

30 Hari Yang Sepi

13 Julai 2012-13 Ogos 2012

"people cry not because they are too weak, its because they have beenstrong too long"

30 hari telah berlalu. 30 hari awak pergi meninggalkan saya. 30 hari saya tak dengar khabar berita awak. 30 hari saya tak mendengar suara awak. 30 hari saya tak terima sebarang message dari awak. 30 hari saya simpan rindu saya seorang diri. 30 hari air mata saya masih tak kenal erti jemu untuk mengalir. 30 hari saya masih teringat segala kenangan manis kita bersama. 30 hari saya masih mengenang janji-janji kita yang tak kesampaian. 30 hari saya masih seru nama awak. 30 hari saya masih rasakan awak masih ada di sisi saya. 30 hari tanpa jemu saya sering cerita kisah kita pada mak saya.30 hari saya keraskan hati saya. 30 hari saya belajar menjadi wanita yang tabah dan kuat. 30 hari saya bisikkan kata-kata semangat pada diri saya. Dan 30 hari saya belajar terima hakikat yang saya dah kehilangan awak buat selamanya, Saiful Azmil Bin Kidam.

Apapun yang terjadi, Insya-Allah selagi hayat di kandung badan, doa saya tak akan pernah putus untuk awak. Saya nak awak gembira di sana. Saya nak awak tenang di sana. Saya nak awak tersenyum di sana saat menerima kiriman dari saya.

Percayalah, awak tak pernah hilang di ingatan saya, nama awak kekal terpahat di jiwa saya.

"Kau tetap abangku buat selamanya"


Sunday, August 12, 2012

Limau Tue Memang Sedap Tapi?


Assalamualaikum semua....Salam Ramadhan yang ke 23. Semoga di hujung-hujung Ramadhan ini kita semua mendapat kerahmatan dan keberkatan dari-Nya. Amin.

Tiba-tiba tadi aku terfikir yang sekarang ni aku sedang buat part time di Celcom yang mana ianya milik sepenuhnya orang Cina. Ye bos aku Cina, kakak dia Cina, anak saudara dia Cina. Memang semua keturunan Cina sejatilah. Oh ya lupa nak cakap, tempat kerja aku ni boleh dikatakan semua pekerjanya sanak saudara bos aku ni. So pendek cerita semua Cinalah kan. Tapi tak tahulah kot ada yang murtad jadi India lak. 

So bila dah semua Cina, maka dorang semua ni boleh dikatakan alim sangat sampai hari-hari kot buat acara sembahyang dorang tu. Aku tak suka betul time tu sebab bila dorang sembahyang dorang bakar-bakar apa ntah sampai hidung aku  ni sakit-sakit dan asyiklah bersin-bersin. Huu tension sungguh. Pastue biasalah dorang sembahyang pastue letak limau banyak-banyak kat tokong tu bagi Tuhan dorang makan kot. Entahla yang tu aku tak sure kenapa dorang perlu letak limau kat tokong tue.

Then, limau tu nanti dorang akan letak kat kaunter dan akan bagi kat mana-mana customer yang beli handset ke topup ke. Sometimes, ada gak dorang bagi aku sebeg plastik limau untuk bawak balik and untuk tak menghampakan dorang atau buat dorang kecik hati, aku ambik aje and then nanti kat rumah aku akan buang. Persoalannya kat sini kadang-kadang aku rasa bersalah sangat kat customer yang dah ambik limau tu tanpa mengetahui yang limau tu dah di buat acara sembahyang bos aku dan kaum-kerabatnya tadi. Aku nak bagitahu tapi masalahnya yang ambik buah limau tu tadi kebanyakannya pak aji, pakcik yang pakai serban tu and dorang pernah tanya aku "limau ni dorang buat sembahyang kan?". Dorang dah tahu pon tapi still ambik gak.

Sebagai seorang yang masih cetek ilmunya dalam hal-hal agama ni, so aku cari jawapan pada persoalan aku ni dan hasilnya, HARAM bagi kita umat Islam makan limau hasil upacara sembahyang orang Cina ni. HARAM ye kawan-kawan. Yelah kadang-kadang kita ambik mudah benda ni kan so lepas dah tahu ni aku harap sangat kita semua dapat share benda ni kat mereka yang tak tahu. InsyaAllah esok kalau ada customer yang ambik limau yang bos aku bagi, aku akan ingatkan mereka. Doakan aku mampu ye.

Friday, August 10, 2012

Cincin Awak Cantik La :)

Assalamualaikum....

Hamboiii Jah cincin kau cantik sangat. Beli kat mana Jah? Aku nak jugak melaram macam kau Jah raya ni. Boleh aku tayang kat Si Jemah Si Markonah, Jah. Hape? Beli kat Poh Kong? Bape hinggit Jah? Ni yang kena keluar duit ASB ni Jah. Kau ingat kau sorang hade?

Eh dah dah merepek pulak kau ni. Gi makan kerepek la kalau nak merepek bukan-bukan. 

Pakai cincin tu best kan? Best macam makan KFC. Rasa cantik aje jari kita tu kalau ada cincin tersarung manis kat jari kita. Tapi tapi tapi.....Ingat nak pakai cincin tak boleh main suka-suka pakai kat jari mana-mana kau nak bedal. Sebabnya....

Nasihat Nabi Muhammad SAW kepada Saidina Ali sesudah bernikah dengan Siti Fatimah,anakanda kesayangan Baginda iaitu kalau hendak memakai cincin pakailah di jari:


  • jari manis
  • jari kelingking

dan JANGAN memakai pada jari:

  • jari telunjuk
  • jari tengah

Nabi Muhammad SAW melarang umatnya memakai cincin pada jari telunjuk dan tengah kerana ianya menyerupai cara berhias umat yang dilaknat Allah iaitu kaum yang derhaka di zaman Nabi Lut a.s.

Cara memakai cincin ini bukan sahaja untuk kaum perempuan malah kaum lelaki juga. Jadi apa yang kita nak buat ni kawan-kawan? Eloklah kita nasihatkan kawan-kawan kita, saudara-mara tentang cara yang betul dalam berhias diri. Kalau kita dah tau tapi tak nak share dengan orang lain sia-sia aje kan kita dapat laknat dari Allah SWT? 

Untuk pengetahuan semua juga, Nabi Muhammad SAW juga memakai cincin dan kalau tujuan kita memakai cincin semata-mata untuk mengikit sunnah Rasulullah, mudah sahaja untuk kita dapat pahala. See, Islam itu mudah kan? Haa so, jangan tiru aksi aku yang kat atas tadi yang mana nak pakai cincin semata-mata nak melaram nak tunjuk kat kawan-kawan yang dia ade cincin mahal bagai sampai sanggup keluar duit ASB. Ish...ish...ish...Jangan tiru tau. Ingat, niat tak menghalalkan cara.



"cantik eh cincin ni"

"cantik...cantik...cantik..."


"bila agak-agak dapat pakai ni?"

Thursday, August 9, 2012

Respect sikit bro!

Assalamualaikum....Salam Jumaat semua....Salam Ramdahan...




Aku rasa sesiapa yang berkawan dengan aku akan tahu yang aku menghadapi satu penyakit yang dikenali sebagai "Hyperhidrosis". Mak aii ape benda pulak tue weh? Tak pernah dengar pon.Rilek2...Jangan gelabah. Meh ceq habaq mai.

Hyperhidrosis ni adalah satu penyakit yang mana tangan serta kaki aku akan menghasilkan peluh yang banyak yang mana ia nya tak senormal orang lain. Aku ingat lagi dulu-dulu zaman budak kecik aku selalu gi sekolah bawak sapu tangan sebab setiap kali nak tulis ABC tu mesti buku aku akan basah dan bila nak padam buku aku akan koyak. Sobsob sedih siot. Pastu aku tengok kawan-kawan aku rilek aje time tulis, buku dorang kemas semacam. Tak koyak sana sini. Aku tak puas hati betullah. Pastu aku lagi heran bila dorang tak bawak sapu tangan macam aku. Pastu aku tanya la sorang kawan tu "weh asal tangan ko tak basah?" Pastu dia buat muka blur terkebil-kebil pandang aku. Tahu lah aku time tu yang aku sorang aje tangan berpeluh kaki berpeluh.

Kadang-kadang aku lupa yang aku ni tak senormal orang lain. So kadang-kadang main pegang aje tangan kawan, pakai belasah aje salam orang lain tanpa memikirkan apakah kesan-kesannya bila aku sentuh dorang dengan tangan aku yang basah ni. 

"Eee tangan kau basah la. Tak payah la salam aku" 
kata seorang hamba Allah sambil lap-lap tangan dorang yang terkena sentuhan aku tu kat baju dorang. Yang tak bole blah kadang-kadang buat muka separa jijik.

Fine.Kadang-kadang aku tak kisah pon sebab ye lah memang salah aku kan so aku mengaku sebab tak berhati-hati. Tapi kadang-kadang aku sedih gak la sebab cara dia tegur tu macam tak fikir sensitiviti aku. Pulak tue dia tegur depan beberapa kawan lain. Malulah aku. Aku tak kisah nak kutuk, kutuklah.Silakan. Tapi at least kalau nak kutuk antara dia dengan aku aje lah kan. Tak payah nak buat depan orang ramai. Secara tak langsung ianya menjatuhkan air muka serta tahap keyakinan aku. 

Aku dah biasa menghadapi situasi-situasi tu baik di sekolah mahupon di universiti. Masa kat sekolah dulu lagilah, kadang-kadang aku menangis sebab tak tahan kene hinaan tu. Tapi bila kat universiti, aku jadi makin kuat so aku buat pekak aje. Lantak kaulah walau kadang kala seriusly aku tersentuh dan sedih.

Sebenarnya apa yang aku nak cakap, as is said before, nak tegur, tegurlah tapi jangan buat depan orang ramai. Keduanya, kalau ya pon kau geli tapi tak payah nak buat muka jijik kau depan aku. Serius aku tak suka orang yang tak reti nak jaga sensitiviti orang lain. Kau nak pertikaikan kekurangan aku tanpa kau fikir yang kau pon banyak gak kekurangan kan.

Tadi sempat gak aku belek kat google apakah kesan-kesan Hyperhidrosis ni. 

  • rasa kurang keyakinan diri untuk berhadapan dengan orang ramai dan untuk berinteraksi secara sosial
  • menyebabkan pesakit rasa terganggu dan tidak selesa
  • menyebabkan dehidrasi/kekurangan cecair dalam badan
  • menyebabkan tekanan

Dan mengikut apa yang aku baca tadi, penyakit ni actually ada kaitan dengan jantung kita di mana pesakit akan berupaya mendapat sakit jantung. Wallahualam. Mintak dijauhkan. Penyakit ni actually tak merbahaya sampai boleh bawak maut tapi boleh merendahkan kualiti hidup seseorang. Erm....takut jugak tapi nasib baik  penyakit aku ni tak kritikal mana sampai kene bungkus dengan plastik bagai bila nak pakai kasut. Tak...tak...Aku akan kerap berpeluh di tangan dan kaki (sahaja) bila aku rasa stress, tension dan sedih. Biasanya time tu aje peluh aku datang. Dalam keadaan normal, ianya tak banyak mana pun.

Bila difikirkan balik ada hikmah Allah buat semua ni. Kita sebagai hamba memang tak tahu apa rahsianya kan tapi aku yaqin semuanya ada kebaikan yang tak dapat kita nak fikirkan. Kat sini aku ada sedikit perkongsian yang aku baru tahu tadi. Dalam keadaan cuaca yang sangat sejuk, hanya pesakit diabetis aje yang boleh survive tau. Masya Allah...Subhanallah. Rahsia Allah kan:)





Thursday, August 2, 2012

Jangan Menangis Lagi




Assalamualaikum....

Kelmarin saat Dilla mesej aku bagitahu result aku untuk sem 5 ni macam-macam rasa yang aku lalui. Aku gembira, aku rasa sedih...Cakap pasal sedih, entah bila rasa yang bersarang di hati ni akan pulih. Aku tahu masa bakal menentukan segalanya. Owh ya untuk semua penuntut UiTM tak kisah cawangan mana sekalipun result yang formal InsyaAllah akan keluar esok tapi kenapa aku dah dapat tahu dulu? Haha adalah. Rahsia kita kan Dilla kan? Hehe...Good luck untuk semua ok. Ingat, tak kisah result apa pun yang kita terima, jangan lupa untuk mengucapkan rasa syukur ke hadrat Illahi. Apa yang kita dapat tue selaras dengan usaha kita. Allah kan Maha Adil. Kalau result kita tak seperti apa yang kita mahukan, jangan rasa sedih kerana pasti ada hikmah disebaliknya. Allah kan tahu yang terbaik untuk setiap hambanya :)

Aku bersyukur dengan apa yang aku terima. Alhamdulillah. Tapi aku tetap rasa sedih sebab setiap tahun selepas kedua ibu bapa aku, abang2 serta adik2 aku, aku tak lupa untuk memberitahu apa sekalipun result yang aku terima pada Si Dia. Walaupun hubungan kami yang tak stabil 2 tahun kebelakangan ini, aku tetap ingin memberitahunya sebab aku dah biasa. Dari zaman SPM, Matrik, Diploma dan Degree aku tak lupa untuk beritahu dia. Kelmarin, selepas mak ngan abah tahu result aku, aku terus mencapai handset. Aku terus type message tapi tiba-tiba tangan aku terhenti bila mana aku baru tersedar dari lamunan mimpi yang panjang. Dia dah tak ada. Dia dah tak ada. Dia dah tak ada. Sekalipun aku send message pada dia, aku tahu dia tak akan baca buat selamanya. Air mata menitis lagi. Ya Allah sungguh aku cakap, aku tak kuat lagi nak lalui semua ni. Aku lemah.

Aku rindu nak dengar comment2 dia pada result aku. Aku rindu nak dengar kata-kata semangat dari dia setiap kali aku rasa tak puas hati dengan apa yang aku terima. Aku rindu nak dengar kata-kata tahniah darinya setiap kali aku dapat result yang cemerlang dan aku rindu nak dengar janji-janji dari dia untuk membelikan aku hadiah bila dia berbangga dengan tahap pencapaian aku. Tapi, sekali lagi, aku terpaksa simpan kata-kata rindu ini di ruang hati kecilku kerana aku tahu sejarah tak akan mampu berulang lagi. Untuk awak, saya tetap doakan kebahgiaan awak dalam perjalanan menuju Illahi. Al-Fatihah Saiful Azmil Bin Kidam.

Wednesday, August 1, 2012

Surat Dari Wa Untuk Lu











No 123 
Jalan Batu 2,
35000 Sungai Air Mata Palsu,
Selangor Darul Ehsan.

Hai saudari,

Apa khabar? Ah wa tak kisah dah lu sihat ke tak. Lu sendiri pon tak pernah kisah hal kesihatan wa kan? Kalau lu kisah, dari dulu lagi lu tak carik pasal ngan wa kan? Aghhh geram rasa hati wa ni makin lama bila tahu perangai lu yang hampeh tu. Macam mana lah wa nak cakap lagi pon wa tak tahu lah. Sekarang yang mampu wa buat, hanyalah type surat untuk lu. Itupon kalau lu berkesempatan nak baca lah.

Saudari,

Lu cantik. Wa tau tu. Kulit lu putih ibarat kapur kasut adik wa yang 3 seringgit tu, muka lu licin bak pinggan yang baru lepas kene cuci ngan Axion.Wa tau wa memang tak dapat nak tandingi kecantikan dan ke'hot'an lu tue. Wa dengan lu apalah sangat. Ibarat langit dengan bumi aje. Kecantikan lu dengan wa ni macam kalau lelaki tengok lu, kompem2 la lelaki tu terus nak jadikan lu suri rumah dorang dan hanya pilih wa jadi pembantu rumah yang di bayar gaji RM 400 sebulan. Ahhh persetankan semua pasal kecantikan lu tu. Wa bukan nak sangat puji lu pon. Wa puji ni pon ikhlas tak ikhlas aje ha.

Wa memang panas hati betul dengan lu. Apalah sangat muka lu yang cantik tu tapi kalau hati lu tak berapa nak cantik. Tapi wa tak tahulah kalau hati lu jadi tak cantik kalau dengan wa aje. Yang tu wa tak dapat nak pastikan. Mungkin lu cemburu dengan wa. Tapi apa yang lu nak cemburukan sedangkan wa ni tak ada ape2 pon. Macam yang wa cakap, wa tak cantik la woi. Ko nak jeles ape ha? Sengal lah lu. Wa memang pantang betul lah dengan pengkhianat macam lu ni. Sekali sekala wa teringin gak nak terajang lu seround dua kasi sejuk sikit hati wa yang panas tak habis2 dengan lu ni. Grrr....

Saudari,

Elok2 hati wa dah tenang, lu kacau wa lagi. Lu nak apa lagi? Apa lagi yang tak setel woiii? Dah 2 tahun lah woiii zaman kita berlalu tapi lu masih tak habis2 kacau hidup wa. Lu ni apehal? Pagi-pagi lu dah mesej wa tanya wa bukan2. Lagi wa berangin bila lu tunjuk kurang ajar lu nak mara orang yang dah tak ada? Kepala otak lu letak kat mana? Lutut? Woiii agak-agak la woiii....Lu ade otak ke tak ada? Orang dah tak ada pon lu nak kacau ke? Lu kata lu sayang dia tapi apesal lu nak marah dia? Lu nak tengok dia tak tenang ke kat sana? Lu nak tengok dia tak gembira? Lu pikirlah lu ingat lu baik sangat? Kalau lu ni setia tahap gaban, lu tak desperate nak tunang bila tak sampai berapa bulan lu clash dengan dia lah? Pastu lu tak boleh terima dia dengan orang lain sampai lu tak sabar2 nak mesej wa nak lempiaskan marah lu. Lu dah tinggalkan dia pastue lu harap dia tunggu lu sorang sampai tak ke sudah? Lu memang gila lah kalau lu pikir macam tu. Lu dok bahagia sweet2 dengan tunang lu, pastu lu nak dia dok menunggu lu sampai lu dah beranak 10? Macam tu? Hampeh lah lu. Busuk betul perangai lu ni. Beragak lah sikit woi. Ada gak yang wa seligi ni kang.

Wa jadi lagi kesian kat lu punya tunang bila lu tak habis-habis n nak cerita bukan-bukan pasal dia kat lelaki lain. Kahkah lu bikin wa geli hati. Serius beb.Kalaulah dia tahu mesti dia kecewa kan? Apelah lu. Kat sana cerita macam ni, kat sini cerita macam ni, kat fb cerita macam ni. Haha....Lu ni tak matang betul lah

Ah, sudahlah. Wa malas nak pening2 kepala pikir pasal lu. Lu gi mam lah. Wa memang geram betul dengan perangai tak senonoh lu ni. Wa sudahi surat wa dengan serangkap pantun khas buat lu.

Petang-petang makan pengat
Makan sambil tengok bola
Lu ingat lu baik sangat
Pirahhh lu sorang yang perasan la

Sunday, July 29, 2012

Hai Mr Mercun


Hai Mr. Mercun yang hensem tapi berhati jahat. Nak kenal boleh? 

Bulan Ramadhan bakal melabuhkan tirainya dalam masa 20 hari macam tue dan Syawal bakal menjelmakan dirinya tak lama lagi. So bila Syawal dah nak masuk ni, benda yang paling popular dan femes orang paling suka ialah tak lain tak bukan "Mercun" lah kan. Semua orang suka mercun baik yang tua mahupon muda. Apalah istimewanya mercun tu eh? Aku yang cantik dan comel lote ni tak ade pon orang nak suke baik yang muda mahupon tua. Sobsob....Sukalah kat aku woiii....Suka mercun buat apa. Ok bab yang perasan dan promote diri sendiri tu hanya iklan semata2 ok. Dont take it serious.

Kat berita baik Buletin Utama, RTM, Radio Era, Radio Hot Fm dan sume jenis media massa lah tak termasuk majalah mangga yang erm yang yah paham2 sendirilah kan hebat mengatakan tentang mereka2 yang meletup lah, yang cedera lah, yang buta lah, yang kulit tertanggal lah dan macam2 lah pasal penangan mercun nie.

Kan dah cakap mercun tue bahaya tapi kenapa kita suka sangat main mercun tu ha? Apa yang best dan nikmat? Makan KFC lagi nikmat kot woi. Kenyang pon kenyang. Tapi adatlah manusia benda yang dilarang tue lah yang makin menjadi-jadi kita suka kan.

Rasanya nak halang semua orang dari main mercun memang tak boleh lah kot and mustahil semua orang nak ikut. Kalau dah ada mercun depan mata tak kan nak buat2 tak nampak pulak kan. Impossible impossible. So apa yang boleh kita buat sekarang, nak main mainlah. Tapi make sure yang kita tak cederakan diri kita sendiri dan orang sekeliling. Jaga keselamatan diri dulu baru boleh main. And yang paling paling paling penting, jangan nak susahkan orang lain. Sendiri cari pasal sendiri tanggung. Siapa suh degil sangat nak main mercun kan. Cakap orang2 tua tak nak dengar. Degil!




Thursday, July 26, 2012

Hurt or Love?

Assalamualaikum semua...Salam Khamis :)
Hari tue ade someone tiba2 tanya aku "apa beza bila kita tinggalkan seseorang dengan bila orang tinggalkan kita?" 

Aku terkedu sekejap. Terkebil2 aku pandang dia. Why? Why? Why? Why he asked me? Adakah muka aku ada iras Kak Lin DJ Suria Cinta tue? Atau adakah aku ni ala-ala Kak Romantika? Ah persetankan semua tue. Tue semua tak penting sebab bila aku pandang muka dia yang terkebil2 2x5 aku tue, aku tau dia mmg sangat2 menanti jawapan aku.

Well, kalau nak di ikutkan memang banyak beza. Boleh fikir logik kan beb. Petik jari sambil kunyah kuaci pon boleh dapat jawapan.


Bila Kita Tinggalkan Seseorang

Kita tak akan rase pape pon. Mungkin. mungkin eh kalau korang ada hati dan perasaan sikit...sikit aje tak banyak erm dalam 30% mungkin korang akan rasa simpati lah kan. Lagi2 kalau korang dah kenal dia lama atau tengok muka dia memang jenis kesian punya orang, sure lah korang akan rasa simpati. Tapi ah lantak kau lah. Janji aku bahagia. Haa macam tue lah lebih korang. Time nie korang punya ego, angkuh, sombong, takbur dan apa2lah (korang pikir sendirilah) memang tahap luar biasa punyalah. Wa cakap sama lu time ni korang memang dah tak pikir perasaan orang lain. Korang pikir dunia korang aje. Janji aku bahagia. Kau nak tergolek ke ayam golek ke ah lantak. Apa ada hal dengan aku. Amboiiii memang sombong lah korang nie. Tapi ingat ada ubi ada batas, ada hari aku balas. Tak pun What u give, u get back. Hambik kau bila aku dah start bersastera kalah Karam Singh Walia tu tau. Hidup kita ni ibarat roda basikal. Eh zaman sekarang dah canggih. Korang mana nak naik basikal kan? Korang kan sombong. Ok kita tukar, hidup kita ni ibarat tayar kereta korang yang mewah tu. Tau tak  tayar bentuk apa? Tak tahu??? Tak tahulah aku nak cakap apa dah kalau tak tahu. Patutlah korang sombong. Eh melalut sudah. Ok2 back to tajuk kita. So, hidup kita ibarat tayar kereta korang. Kejap kita di bawah, kejap kita di atas. Bila sampai masa korang  kat bawah haa hambik kau, rasakan penangannya. Time tu nak nanges pon ada orang kisah?




Bila Orang Tinggalkan Kita

Erm time ni korang rasa macam nak nanges 24 jam. Korang akan rasa macam dunia sudah berakhir. Ilek la bro. Kena tinggal aje pon. Lu kena tinggal, lu carik lain lah. Apa susah. Ah cakap memang senang, nak buat tu susah tau tak? Aku pernah ada pengalaman macam ni. Bila kena tinggal lagi2 dengan orang yang kita rasa dia lah pasangan hidup kita, peghhh wa cakap sama lu dia punya rasa huuu susahlah nak cakap. Kena tinggal hidup boleh terima lagi. At least kita tau orang tu masih ada dan peluang kita mungkin agak cerah. Tapi kalau kena tinggal mati (sedihnya) apa lagi yang tinggal? Lagi2 di saat cinta sedang bersemi. Tak pe tak pe Allah sentiasa ada di sisi. Bila kita rindu, kita sedekahkan Al-Fatihah kat dia ok.  So apa yang aku nak cakap, bila korang kena tinggal ngan seseorang yang korang sayang sangat2, jangan lah please lah eh jangan gatal nak buat perkara2 tak masuk akal. Bunuh dirilah, minum racun lah...Isk2....Jangan2. Gi ambik biskut tiger yang kaler coklat tu cicah dengan Milo panas peghhh lagi nikmat lah weh dari minum racun. Apa lah korang tak tahu nak beza sedap air Milo ngan racun. Sadis betul. Ingat Allah kan ada. Mengadulah kat Allah. Then, try la to be positive. Jangan asyik dok pikir negative aje. Korang just pikir, hari ni kena tinggal esok2 mesti korang akan dapat awek ke boyfren ke yang lebih bagus berganda-ganda. Think positive orite. Tak rugi mana pon.



So itu ajelah mungkin pendapat aku. Aku tak tahulah kot korang punya pendapat berbeza dengan aku kan. Boleh la kita share2. Ok lah Kak Romantika stop setakat sini aje eh. Ok bye...:)

Wednesday, July 25, 2012

Mungkin Rindu







akunakcakap: arini ntah nape aku down sgt2...yes,im not okay...;(



Monday, July 23, 2012

Lelaki Jatuh Cinta?

Assalamualaikum semua...

Tanda2 lelaki jatuh cinta pada perempuan yang dia minat? Apakah? Haa korang mesti suke kan bace entry ni? Mesti tengah tersenyum sorang tu lagi2 kalau tanda2 yang aku bakal sebut jap lagi ada kene mengena ngan korang kan? Amboiii gatal na. Umur dah cukup belum? Dah baligh belum? Haa kalau belum baligh jangan gatal2 nak bercinta eh. Gi belajar habiskan subjek Kajian Tempatan dulu.

Macam mana nak tahu lelaki betul2 suka kat korang? Ni betul2 suka yang tahap kalau boleh datang meminang malam ni, malam ni jugak dorang datang. Ni bukan suka yang main2 macam cinta budak sekolah tu tau.




  • Dorang akan call korang without reason. Hari2 nak gayut sampai satu tahap korang rase mcm dah tak ada topik nak di bualkan
  • Dorang akan tahu apa yang korang suka dan tak suka dan  seboleh mungkin akan cuba lakukan yang terbaik untuk buat korang happy everytime. Contoh korang sukamakan coklat (perempuan kan), kalau boleh satu lori Cadbury tu dorang nak hantar depan umah korang
  • Surely dorang akan risau bila tahu korang sakit, padahal korang sakit ngada2 aje nak minta simpati dorang kan?
  • Dorang akan text korang all day long untuk borak benda2 merapu dan ringan2. Maksud di sini bukan tajuk yang 18SX tue eh. Maksudnya saje borak2 tanya "U makan ape harini?" atau "U gi keje tadi naik ape?" atau "U tau tadi kan dalam LRT ade bla bla bla"
  • Dia pasti akan kenalkan korang dengan kawan2 and family dorang. Kalau dah sampai tahap kenalkan kat family tu, nampak sangat kan dorang dah serius nak memaknakan hubungan korang ni. Tinggal tunggu masa aje nak jalankan acara ikat mengikat. Huu sweetnya

Tapi kebanyakan lelaki ni kadang2 takut nak berterus terang and lebih rela main tarik tali. So pandai2 korang la buat something yang boleh buat lelaki tu tak rasa yang pilihan dorang tak salah dan lagi menguatkan azam dorang untuk ikat korang menjadi suri hidup mereka. Good luck...:)

akunakcakap: tibe2 teringat Dia dulu selalu buat macam ni jugak. Tinggal kenangan semua ni...;(






Mengingati Mati

Assalamualaikum semua. Salam Isnin...;)

Hukum mengingati mati itu adalah sunat. Ye sunat. Bila kita selalu mengingati mati, InsyaAllah dengan izinnya, ia akan mendorong kita untuk sentiasa melakukan perkara-perkara yang baik yang di suruh Allah swt. InsyaAllah. Harap sangat agar kita diberikan rasa begitu.

Rasulullah S.A.W bersabda:


"Sesungguhnya seringan-ringan siksaan penghuni neraka pada hari Qiamat ialah seseorang yang diletakkan di bawah dua telapak kakinya bara api neraka sehingga mendidih otak yang ada dikepalanya. (dari sebab panasnya bara api neraka tersebut) Dia mengira bahawa tidak ada orang lain yang lebih dasyat siksaan daripadanya, padahal dialah orang yang paling ringan siksaannya".


Saudara saudari,

Ingatlah kalau siksaan yang paling ringan pon Ya Allah sungguh dasyat dan sakit, bagaimana pula siksaan yang separa berat dan yang paling berat? Dapat bayangkan tak? Seriusly, kalau kita fikirkan kematian, rasa takut yang amat sangat kan? Tapi takkan kita setakat nak rasa takut tanpa berbuat apa-apa kan? 

Peringatan untuk semua dan diri sendiri juga yang serba kekurangan. Salam ukhuwah.

Thursday, July 19, 2012

Salam Ramadhan..;)

Assalamualaikum si cantik manis.

Esok 1 Ramadhan. InsyaAllah. Memang kalau dah masuk bulan Ramadhan suasana, feeling dia lain macam sikit kan. Rasa seronok aje. Tapi seronok, seronok jugak. Amal ibadah jangan kita lupa. Sematkan dalam diri mungkin Ramadhan kali ini Ramadhan terakhir kita. So kenalah berlumba-lumba cari pahala kan? Yang penting niat kena ikhlas iaitu untuk mecari keredhaan Allah.

Sumber google

Kadang2 kita tertanya sendiri. Sempurna tak puasa kita? Macam mana nak tahu puasa kita sempurna atau tak?
  • Peliharalah lidah kita dari berdusta, mengumpat,atau berkata yang sia2
  • Jaga mata dan telinga dari lihat dan dengar perkara yang tak elok
  • Elakkan makan makanan yang haram atau dari sumber yang haram
  • Menjaga aurat kita. Jangan pakai nak seksi sangat lah kan. Tak pasal2 puasa orang lain pon tak sempurna nanti
  • Kurangkan tidur di siang hari 
  • Tidak makan terlalu banyak pada waktu berbuka. Haa makan berpada2 jangan sampai nak sujud pon tak boleh sebab perut penuh. Macam ada pengalaman aje ye dak?..:p
  • Tinggalkan sifat bermewah2 dan berlazat2. Ingat biarlah kita mengamalkan ciri kesederhanaan
  • Tumpukan pada ibadah dengan mengurangkan urusan dunia
  • Selalu berbuka dan lewat bersahur. Jangan malas sahur tau. Dapat pahala. Tak nak ke?
  • Banyakkan membuat amalan sunat seperti mengaji hingga khatam

akunakcakap: Jangan lupa ye kawan2 mintak ampun dan maaf pada kedua ibu bapa kita, kwan2, orang sekeliling dan semua muslimin muslimat agar puasa kita lebih diberkati dan diredhai. Mintak maaf ye semua...;)

Wednesday, July 18, 2012

Tanda korang dah tidur sangat lama

Ni orang selalu ngulor ni...;p
Bangun!!! Bangun!!! Bangun!!!

Beb, Bangunlah. Tengok jam sekarang dah pukul berapa? Haishhh korang ni ape nak jadi ni ha? Tidur tu memang penting kan, baru lah kita rasa bersemangat waja nak buat kerja tapi kalau dah kau bantai tidur macam orang sebulan tak tidur pon susah gak ye dak? Ok so jom kita tengok tanda2 yang korang memang dah terlebih2 tidur dan memang dah patut bangun dah.

  • Bila bapak korang atau jiran rumah sebelah korang datang simbah korang dengan sebaldi, 2 baldi, 3 baldi air
  • Bila mak korang dah membebel-bebel tak henti2 dari pagi bawak ke petang
  • Bila tren komuter yang korang patut turun kat Nilai dah sampai stesen Seremban
  • Bila orang sekarang dah gune komputer, tapi korang still gune typewriter. Huh sadis2
  • Bila orang yang pergi kerja dah balik kerja tapi korang baru nak masuk bilik air cuci muka basuh taik mata
  • Bila awek atau boyfren korang dah tinggalkan korang n gi kawen dengan orang lain. Sobsob...:(

Haaa agak2 kalau korang ada ciri-ciri macam ni cepatlah2 sedar ye. Tidur lama2 pon tak bagus untuk perkembangan otak. Sekian

Nak Pahala Lagi Tak?

Assalamualaikum...

Semalam aku cerita tentang fadhilat surah Al-Mulk. Hari nie aku nak share kelebihan Ayat Kursi pulak. Tahu tak Ayat Kursi ni yang mana? Tak kan tak tahu pulak kan? Aku rase semua orang kenal dan hafal Ayat Kursi ni sebab ni ayat harian yang patut kita amalkan. Tapi tak tahu la pulak aku kalau masih ada yang tak tahu dan tak hafal.

Untuk lebih jelas dan nyata Ayat Kursi ni terletak dalam Surah Al Baqarah ayat 255. Muka surat haa jangan malas sangat gi carik sendiri. Nak pahala kan? Kalau nak pahala kenalah jadi rajin sikit. Kalau rajin dapat pahala, baca Ayat kursi pon dapat pahala. Haa kan dah double pahala tu.Senang kan?

So apa kelebihan Ayat Kursi?


  1. Apabila kita baca dan mengamalkan Ayat Kursi sebelum masuk tidur, akan ada penjaga kita yang Allah utuskan dan Syaitan tak akan mendekati kita sehingga pagi.
  2. Nabi bersabda, sesiapa antara kita yang baca Ayat Kursi selepas solat, maka tidak ada apa yang boleh menghalangnya dari masuk syurga melainkan kematian
  3. Mereka yang selalu membasahkan bibir mereka dengan Ayat Kursi maka Allah akan menjaga serta mencintai mereka sebagaimana Allah mencintai Muhammad SAW
  4. Sesiapa yang membaca Ayat Kursi semasa nak memulakan perjalanan atau semasa keluar rumah, maka Allah akan melindungi perjalanannya
  5. Rasulullah SAW bersabda sesiapa yang membaca Ayat Kursi sesudah solatnya maka dia akan berada dalam lindungan Allah hingga solat yang lain
  6. Rasulullah SAW bersabda barangsiapa yang membaca Ayat Kursi di akhir sembahyang, Allah akan mengendalikan pengambilan rohnya dan ia adalah seperti orang yang berperang bersama Nabi Allah sehingga mati Syahid

Terjemahan :

Allah, tiada Tuhan melainkan Dia, Yang Tetap hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan sekelian makhlukNya. Yang tidak mengantukdan tidak tidur. Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Tiada sesiapa yang dapat memberi pertolongan melainkan dengan izinNya. Yang Mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya). Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. Dan Dialah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya). (al-Baqarah ayat 255)

Tuesday, July 17, 2012

Mane Yang kau Nak?

Orang buat baik, kita mengata
Orang buat jahat lagilah berbakul2 kutukan kita beri
Apa sebenarnya yang kita mahu?
Orang buat baik atau jahat?

Renungkan...



Baca dan fahamkan

Tazkirah Pagi

Assalamualaikum semua....Pagi..:)

Sekarang kalau ikut jam aku yang kat Australia ni pukul 930 pagi...:P So korang semua dah bangun dari tidur belum? Belum??? Masya-Allah. Korang nak jadi ape ni ha? Bangun2...Yang perempuan tu bangun cepat gi sidai baju ke, tolong mak masak ke. Yang lelaki pulak udah2 la tido tu. Gi lah joging ke, beli ikan kat pasar ke. Kan berfaedah tu...

So harinie tajuk tazkirah aku "Macam mana nak gembirakan hati orang yang bersedih?"


Siapa yang tak pernah bersedih? Meh jumpa aku. Teringin aku nak tau kehebatan perjalanan hidup dia. Aku berani kerat kuku la kalau duit 2 ringgit korang ilang pon mesti korang sedih gak kan? Haa tak usah nak tipu even tak nanges tapi tetap rasa kesal kan? 2 ringgit beb kalau beli keropok lekor kenyang la gak perut tu ye dak?

Jika kamu boleh menggembirakan orang yang berduka maka lakukanlah walau hanya dengan senyuman. Orang yang bersedih ni kadang2 mereka hilang pertimbangan diri yang akhirnya akan membuatkan dia tak dapat berfikir dengan logik. Jadi amatlah penting di sini peranan kita untuk sentiasa di sisi dia bagi memulihkan semangat yang hampir hilang. Even kita tak boleh 24 jam duduk sebelah dia, bagi bahu untuk dia menangis tapi at least kita kene tunjuk kat dia yang kita sentiasa ada untuk dia. Macam2 cara kita boleh tunjuk. Contoh sentiasalah telefon, message di facebook ke kalau kredit handset korang nazak kan. So dengan cara ini dia tahu yang dia tak keseorangan dalam menempuhi saat2 getir dalam hidup dia.

Jadi kita janganlah rasa kedekut untuk menghulurkan bantuan kita. Even kita tak mampu nak beri pertolongan dalam bentuk mata wang atau dalam bentuk tenaga, tapi at least kita boleh pinjamkan telinga kita untuk sentiasa mendengar luahan hati dia, kita boleh pinjamkan mulut kita untuk sentiasa memberi nasihat dan semangat untuk up kan balik semangat dia yang down tue kan. 

Ingatlah hidup kita kat dunia ni ada up ada down. Hari ini mungkin kita gembira esok lusa kita pula yang bersedih kan? Siapa yang tahu kan? So bila kita sedih mesti kita perlukan sokongan moral dari orang lain kan. So janganlah rasa sombong tak nak tolong orang yang bersedih. Korang senyum pon jadilah asalkan hati yang bersedih tadi dapat ceria kembali even dia pura2 ceria tapi at least hati dia terusik gak kan..

Apabila Kita Berduka

Assalamualaikum...

Anda berduka? Anda menangis? Anda bersedih?

Ya aku tahu setiap insan di muka bumi ini pasti pernah melalui liku2 kehidupan yang sangat menyedihkan hingga kadang kala menjadikan diri yang kuat semakin lemah. Tetapi apa yang pasti, jika kita tidak pernah merasakan zaman kegelapan, sudah pasti kita tak akan pernah merasai zaman kegemilangan kan? Kalau kita tidak pernah merasakan kegagalan, kita akan terus bermegah diri, kita akan terus menyombongkan diri berjalan di muka bumi ini seperti dunia ini kita yang punya. Kita akan terus berkhayal kita akan terus terleka dengan permainan duniawi dan akhirnya akan membuatkan kita terus jauh dari ALLAH SWT.

Persoalannya, adakah anda mencari Allah di saat susah, di saat sedih sahaja? Tepuk dada tanya selera. Kita sebagai manusia terlalu leka kan? Leka mengejar kekayaan, leka mengejar keseronokan hingga kadang kala ia nya memakan diri kita sendiri. Ibubapa di kampung kita lupakan, tikar sejadah kita pandang sepi, Al-Quran kita simpan elok di dalam almari.

Allah itu sweet kan? Percaya atau tak apa yang aku cakap? Allah sentiasa ada di sisi kita saat kita berduka, saat kita gembira, saat kita senang, saat kita susah. Allah ada di mana2 dalam lingkaran hidup kita. Cuma kita sebagai manusia selalu sombong selalu riak. Kita lebih membanggakan kekasih kita yang hanya sweet pada waktu kita senang dan tinggalkan kita di waktu susah kita. Itulah dia yang kita puja siang malam hingga buat kita lalai dari melakukan setiap perintah Allah.

Bila kita sedih, bila kita susah kita menangis kita merayu pada Allah agar tunaikan setiap permintaan kita. Kita berubah menjadi sebaik2 manusia yang sebelum ini jarang berdoa tetapi sekarang lebih kerap berdoa. Apabila Allah memakbulkan apa yang kita pohon. kita mula lupa diri. Kita kejar dunia. Kita kejar keseronokan. Dan bila kita tersungkur, kita kembali cari Allah. Kita berdoa kita menangis. Dan apabila kita gembira sekali lagi, perlahan2 kita lupa Allah, tikar sejadah sekali lagi kita biarkan sepi.

Seriusly, memang kalau kita sedih kita pohon pada Allah kerana hanya Allah tempat kita mengadu, hanya Allah yang boleh mengubah duka kita menjadi gembira. Tapi ingatlah, tak kan kita nak jadi hambanya yang hanya mengingatinya di saat2 lara kita sedangkan di saat tawa kita tinggalkannya. Allah tak pernah tinggalkan kita walau kita berada dalam situasi apa sekalipon. So, apa lagi mulai sekarang marilah kita merubah diri kita menjadi yang lebih baik agar bekalan2 ini mampu menggembirakan kita untuk hari di SANA nanti. Sekian

Nak Pahala Tak?

Assalamualaikum semua...
Ya aku masih di mood yang sedih...masih berkabung ku kira...Tapi aku tak nak rasa sedih ni berlarutan which is aku tau its not good for me bila hari2 kena paksa makan, kena paksa cakap, kena pura2 happy. Aku tak suka keadaan ni n aku tahu dia di SANA juga tak mahu aku terus bermurung. Seperti yang aku cakap Allah sentiasa ada di sisi kita kan?

So harinie aku nak share sikit info pasal kebaikan surah Al-Mulk. Tau tak surah tu yang mana? Surah ni dalam Al-Quran terletak di juz 29 surah 67. Muka surat aku tak sure. Gi carik sendiri. Jangan nak malas eh. Nak pahala tak? Haa kalau nak kena lah rajin kan?

Surah Mulk hendaklah dibaca secara istiqamah dengan menjadikan membacanya amalan kehidupan seharian. Ulama berkata: “Sesungguhnya Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi Wasallam tidak akan beradu melainkan setelah membaca surah As Sajadah dan surah Al Mulk.”
See begitu istimewa surah Al-Mulk ni kan. If im not mistaken, Surah Al-Mulk dan Surah Yassin adalah jantung Al-Quran di mana terlalu banyak kebaikan dan keistimewaannya.


Di antara kelebihan Surah ini ialah:
1. Surah ini akan menjadi penyelamat.
2. Penegah pembacanya dari seksa kubur.
3. Berada di bawah naungan sayap malaikat (mendapat rahmat Allah).
4. Di hari kiamat rupanya akan dicerahkan seperti wajah Nabi Yusuf (cantik).
5. Dinamakan Surah gagah perkasa, pintar lagi cerdik.

Di dalam kubur orang yang telah mati para malaikat azab datang pada sisi kakinya untuk memberi  hukuman.  Kakinya berkata; “kamu tidak dapat hampir dari sisi kakiku kerana orang ini pernah berdiri dalam solat dan membaca Surah Al-Mulk”. Kemudian mereka datang dari sisi dada (hati) dan perut, dan mereka juga terhalang. Kemudian mereka datang dari sisi kepala.
Pendekata, setiap sendi berkata; “kamu tidak dapat datang dari arah ini kerana orang ini selalu membaca Surah Al-Mulk”. Maka, Surah ini menyelamatkannya daripada azab kubur.

Daripada apa yg aku tahu lah kan, if kita selalu baca surah ini, bila kita meninggal malaikat akan datang kat kita. Nanti surah ini akan menghalang malaikat dan malaikat akan kata pada surah ini "Sesungguhnya kamu dari kitab Allah dan saya tak mahu menyusahkan kamu, Sesungguhnya jika kamu mahu beri manfaat kepada si mati pergilah menemui Allah. Dan mintalah shafaat darinya." 

Maka surah pun menemui Allah dab berkata "Wahai Allah si mati telah memilih saya, dia pelajari saya dan dia membaca saya, bolehkah Ya Allah kau menyeksanya dan membakarnya sedangkan aku ada di dalam dadanya? Jika Engkau ingin berbuat demikian, padamlah saya dari kitabmu." 
Dan Allah SWT berfirman "Aku nampak kamu marah" 
Dan surah pon menjawab "Ya aku marah"
Allah SWT berfirman "Pergilah sesunggunya alu memberi dia kepada kamu dan kamu menjadi shafaat padanya"

Begitu istiimewa kan surah ini bilamana surah ini dapat membantu kita di SANA nanti. Surah ini juga yang akan menemankan kita kat SANA nanti bila kita sunyi. Sebenarnya dalam Islam ni senang aje kan nak buat pahala? 

So apa lagi korang fikirkanlah kalau kita bole spent masa kita yang banyak tu untuk facebook, dating, ngumpat sana. gossip sini why not kita guna masa yang ada untuk baca surah ni. Ada 3o ayat aje. Kalau korang baca dengan cukup tajwidnya dengan menghayati maksudnya aku rasa dalam 30 min atau tak sampai pon dah siap. Banyak sangat pahala tau. Rugi kalau tak nak. Tapi aku tak paksa. Depends on someone jugak kan. Lagi satu pesanan aku kalau baca surah ni kena lah istiqamah kan supaya kita akan mendapat shafaat yang tak terhingga nanti di SANA. Sekian.