Saturday, January 26, 2013

Budak Sekarang

As-salam...

1940
Fatimah Bt Abu

1989
Nor Syahidah Bt Jamil

1996
Nor Aza Alishah Bt  Mohd Fuad

2012
Mohd Daniel Aswad Bin Shahrul Effendi

2025
Nor Nadia Senrose Zaqyah Almy Bt Mohd Adli Fairuz

2076
Mohd Fathul Syahmil Azaim Aamir Aatiff Bin Mohd Daniel Aswad Hafiz
Annur Hani Danielle Syerry Tiz Emma Fellah Adriana Bt Effendi Ghous Maembong Adli



akunakcakap: aku syak kalau pergi klinik mau beratur panjang gara-gara nama panjang sangat nak dipanggil

Friday, January 25, 2013

Masa Paling Sesuai Untuk Berselawat

As-Salam

Salam Maulidur Rasul semua. So hari ini just nak share ngan awak-awak semua masa yang sangat sesuai untuk kita berselawat ke atas junjungan Rasulullah SAW.


  • Ketika mendengar orang menyebut nama Nabi SAW
  • Sesudah menjawab azan dan sebelum membaca doa azan
  • Sesudah wuduk, sebelum membaca doa
  • Pada permulaan, pertengahan dan penutup doa
  • Di akhir qunut dalam solat
  • Di dalam solat jenazah
  • Di antara takbir hari raya
  • Ketika masuk dan keluar masjid
  • Setiap waktu pagi dan petang
  • Hari Khamis malam Jumaat
  • Ketika telinga berdesing
  • Ketika terlupa sesuatu perkara
  • Ketika mengalami kesusahan dan kebimbangan
  • Ketika memulakan sesuatu kerja yang baik mahupon yang penting
  • Masa menghadiri perhimpunan yang baik
  • Waktu meninggalkan sesuatu majlis
  • Ketika berziarah di makam Rasulullah SAW

akunakcakap: sesibuk mana kita pon, jangan lupa untuk berselawat ya.Just sharing. Thank u...:)




Thursday, January 24, 2013

Bila Umur 24

As-Salam dan Salam Maulidur Rasul dan Salam Satu Malaysia...(feeling2 jadi PM)

Bila umur 24.. Apa yang kau rancangkan dan apa yang kau fikirkan?

Bila umur 24...Ramai yang bertanya aku especially makcik2 kat kampung bila nak kawen? Bila nak ada anak? Aik...Memang umur 24 dah wajib kawen ke?

Bila umur 24...Ramai kawan2 aku cakap sepatutnya umur 24 dah kena ada steady boyfren. Sepatutnya. Yeke? Kalau umur 24 tak ada nampak pelik sangat ke? Nampak macam tak laku eh?

Bila umur 24...Most of my frens sedang menuju ke satu lagi langkah sama ada kawen atau tunang. Ye aku ada 6 orang kawan baik zaman sekolah. Mira dah selamat kawen tahun lepas. Syazlina tahun ni in sha Allah bulan 3. Dayah pulak ikut plan bulan 9. Wani pun plan lepas abes belajar sama ada bulan 6 ke 10 ke tak tahu lah yang penting tahun ni. Ecah dah keje and maybe sedang menuju ke gerbang perkahwinan. Yang tinggal aku sorang. Sobsobsob.

Bila umur 24...Sepatutnya aku dah habis degree. Sepatutnya tapi aku ada baki satu tahun lagi sebelum aku betul-betul disahkan pemilik Bachelor (Hons) in Accountancy. Pray for me yeah. Owh ya aku lambat habis study bukan sebab repeat banyak2 paper ye. Bukan. 




"21"



"22"
"23"


Bila umur 24...Aku terasa aku dah tua.

Monday, January 21, 2013

End Of Semester

As-salam...

Yeah...Finally habes gak kau final. Berjanggut aku tunggu. Habes final maksudnya dah abes semester 6. Yeay...dah besar. Nak masuk sem 7 dah.

Cakap pasal sem 7 maksudnya sem depan aku praktikal. Huu...Boring. Kena bangun pagi-pagi. Iron baju kurung. Keluar rumah pagi-pagi kalau tak nak jem. Masuk ofis buat keje, tension sikit, ngantuk sikit. Petang balik rumah. Aghh boring.




"Major presentation for sem 6"

Thursday, January 17, 2013

2013

Assalamualaikum....

Exam mood...Bosan la mengadap buku...Mengadap la sangat kau tu...Huhu...

Kenapa kena ada exam ha? Tak boleh ke kalau tak ada? 

Exam...Lepas exam praktikal...Lepas praktikal kawen...Ah itu hanya ilusi budakkuat berangan macam aku ni.

Azam 2013? Tak payah nak azam sangat...Belum tentu Azam anak Cik Jijah sebelah rumah tu ada azam. Ni kan kau yang bernama Zilla...huh


"jangan kerana kita mengejar kebahagiaan kite menjadi tidak bahagia"





akunakcakap: Untuk awak..semoga Al-Fatihah 2013 menjadi penghubung kita...:)