Tuesday, February 26, 2013

Rembau Most wanted Yawww

As-salam...

Fifie suka! Fifie Suka (ala-ala AG Hot Fm)

Aku suka W.A.R.I.S. Yeahhh vote for you W.A.R.I.S. Cool....Memang cool. Kalah Mr Cool..:p

Lirik memang ada maksud mendalam. Entahla bagi aku lagu ni kena dengan jiwa den ni ha. Lagu ni cool and sedap aje halwa telinga aku dengar. Senang cerita aku suka lah.

amacam? terasa x?...:p




Monday, February 25, 2013

Tinggi vs Rendah

As-salam...

Wo wo sekarang aku tengok bahang undi mengundi ni semakin panas...panas...Kat mana-mana orang cerita pasal undi. Cerita pasal undi pilihanraya,cerita pasal undi bintang popular, cerita pasal undi ketua rumah sukan, semua pasal undi lah. Undi tu apa weh? Macam urat sendi ke?

Sebenarnya pengetahuan aku pasal politik ni sifar. Kalau ada pun sikit lah, ciput aje. Tak banyak pon. Sedih kan. Tapi kalau kau cerita siapa yang aku nak undi untuk Anugerah Bintang Popular ni aku vote Nadia Nissa. Hehe. Boleh tak?

Nak dekat-dekat undi semua orang gembira kan dapat RM 500, dapat RM 250, dapat Voucer buku, dapat rebat telefon. Ok aku pon orang yang tak terkecuali. Gembira bukan kepalang. Siapa yang tak gembira kan. Tapi tiba-tiba lepas aku tahu satu benda ni, tiba-tiba aku terfikir sesuatu. Aku rasa betul sangat.

Golongan Atasan: Golongan kaya-raya yang gaji satu bulan belum habis, dah masyukkkk duit lagi. Duit kat bank berkepuk-kepuk. Hotel 2 3 bijik. Saham bersepah-sepah sana sini. Pendek kata yang tak pernah ada masalah pasal duit lah. Golongan yang tak pernah mengaku tak cukup duit sebab nak makan tapi selalu tak cukup duit untuk menambahkan harta. Dorang tak dapat apa yang aku sebut kat atas tu, its okay. Tak ada masalah. Ntah-ntah sebelah mata pon tak pandang.

Golongan bawahan: Golongan yang gaji below RM 3000 yang layak dapat BRIM tu kan. Yeah semua happy dapat duit weh. Siapa yang tak happy. Aku pon tumpang gembira, tumpang mintak belanja. Hehe.Pendek kata kita semua gembira ibarat duit yang kita dapat tu boleh tanggung makan minum kita setahun. Nonono...At least boleh la topup yang mana kurang kan. Kot ada yang berkenan nak beli beg Bonia haa angan-angan dah semakin tercapai. Boleh ke?

Golongan tengah: Haa untuk golongan ini apa yang mereka dapat? Golongan yang gaji 5000, 10000 apa yang mereka dapat? Mereka tak dapat BRIM tetapi merekalah penyumbang untuk BRIM2 ni semua. Gaji RM 10000 and 3% daripadanya di kenakan cukai. Mereka bayar cukai, duit mereka ni lah yang di rolling and guna bagi kat kat kita semua. Paham tak? Gaji RM 10000 nampak macam loaded tapi kalau dah duduk kat Keyel tu ingat cukup ke? Kalau dah anak 4 orang semua kecik-kecik lagi, haa rasa-rasa cukup ke? Rumah lagi, bil api air lagi, kos pengangkutan, kos nursery, makan minum lagi. Erm rasa macam dorang dapat cukup-cukup aje kalau dorang tak borong beg Bonia, Coach every month. Kehkeh dari tadi cerita pasal Bonia apehal?

Ok itu just pendapat aku. Tak tahu lah pendapat orang lain. Sekian Terima Kasih

Wednesday, February 20, 2013

Cerita Voucer

As-Salam.

"kau ade?.....:p"


Yeaayyy....semalam kita dah ambik baucer RM250 kita tue. Sukanya. Pasni boleh la terus terjah Popular borong segala jenis buku. Mak aii RM250 ni banyak gila. Tak tahu nak beli apa.

Sekarang ni kita nak cerita perjalanan di sebalik nak pergi ambil baucer ni. Ohmaiiiigadd susah gila nak fikir macam mane nak ambik sebab errr errr errr kita tak tahu jalan nak ke UiTM Shah Alam. Hehe. Reti kalau ikut signboard tapi malas la sebab nanti mesti sesat2 salah masuk jalan la, terlepas jalan la. Tak nak. Penat la asik nak melalui siri-siri kesesatan aje.

So kita decide nak gi dengan Zaki budak sama UiTM dengan kita and praktikal sama kat sini. Tapi sila jangan buat khabar angin sebab dia ada ajak kawan dia budak office sebelah okeh. Kita tak berdua dengan dia tau.

So ceritanya Zaki ni blur orangnya. Kadang-kadang kita tak tahu apa yang dia tengah buat. Hehe. Kita tak boleh nak baca gerak-geri dia. Memang fail lah. So 18/2 tu dia cakap dengan boss nak mintak permission nak ke UiTM Shah Alam. So boss macam okey aje. Tapi masa boss tanya kita tu, kita macam ternganga2 nak jawab sebab Zaki buat plan tak gitahu kita. 


Boss: So you all nak pergi esok pagi and nak jumpa katne Zilla?
Zilla: Err kat sini.
Zaki: Tak pe saya ambik dia kat Putrajaya
Boss: U tahu rumah Zilla?
Zaki: Tak tahu
Boss: Tak tahu? Habis macam mana? Macam mane u all deal ni?
Zaki: Err saya jumpa dia kat Alamanda
Boss: Alamanda? U jangan nak merewang ye. U deal betul2 ngan Zilla



Time tu kita macam nak tergelak pon ada. Zaki2. Suka buat perangai. Lepas jumpa boss kita tanya Zaki betul ke nak jumpa kat Alamanda?


Zaki: Sebenarnya aku bantai aje cakap dengan boss. Aku tak plan pape pon lagi. Nantilah aku gitahu.
Zilla: $%#&(#!


So petang tu Zaki tanya kita bila nak pergi, nak jumpa kat mana. Kita decide nak gi after lunch sebab kalau pergi pagi confirm lah jem tak ingat. So dia pun setuju and ok lah kan.Tapi......sekali lagi Zaki blur. 

Pagi 19/2 tu dia tak masuk office. Kita dah pelik tak kan dia dah g UiTM tinggal kita sorang2. Tak boleh jadi ni. Akak2 kat situ asyik tanya kita aje mana si Zaki ni like im his secretary. Patu boss siap panggil kita masuk bilik dia tanya pasal Zaki. Mak aiii blur kita sebab tak tahu nak bg jawapan apa.

Lepas gebang2 sikit dengan boss, kita mesej Zaki. Rupanya dia terlupa deal kitorang semalam yang kata nak g petang. Dia ingat kitorang nak g pagi so dia kata dia otw nak gi jumpa kita kat Putrajaya. Aishhhh time tu kalau boleh jerit sekuat hati kat dia, memang kita dah buat.

Kita terus suruh dia masuk office tapi dia takut kena marah ngan boss. So kita tolong dia explain kat boss the real story semua and boss okay. Boss geleng kepala aje tengok gelagat si Zaki ni. So after that Zaki text kita and janji tak nak buat lagi. Cehhhh.

So petang after lunch, kita, Zaki and Syahmi gerak gi Shah Alam. Rupanya Zaki ni leh lak dia singgah entah mana2 tempat settlekan hal business dia tu. Sabar ajelah. Berjanggut tau kita ngan si Syahmi tunggu dalam kereta. Kul 4 baru sampai Shah Alam. 

Lepas settle ambik voucher ingat nak terus balik sekali dia ajak kita gi IKEA lah gi carik kuih lah. Dia kata bosan nak masuk office. Huahua. Terkedu kita dengan si Zaki ni. Pastu siap ajar kita cara nak explain kat boss kalau dia tanya kenapa lambat. Dia suh kita cakap jalan jem and ramai orang beratur nak ambik voucer. Padahal jalan punyalah smooth langsung tak jem and berapa kerat orang aje tadi yang ambik voucer. Haha Zaki2.

Erm petang tu dia mengaku satu benda kat kita. 


Zaki: Kau tahu tak pagi tadi tu aku sebenarnya bukan otw nak gi ambik kau pon.
Zilla: Habis tu?
Zaki: Aku tengah tidur time tu.
Zilla: Hah???? Bengonglah kau ni.
Zaki: kahkahaka...
Zilla: Sengal


Kita rasa lama-lama pon kita boleh sengal dek kerana Zaki ni.

Monday, February 18, 2013

Gila Punya Orang

As-Salam....

Aku rasa marah gila tahap gaban kat minah Indon yang gila dan mental yang ada otak letak kat lutut yang dah buat aksi ala-ala "mencanai" baby comel nama Harees tu. Gila punya orang. Uppps maafkan aku. Emo sangat ni. Sorry sorry. Ok cool balik.

Nasi dh jadi bubur. Aku harap family baby tersebut tabah. Masya-Allah kalaulah aku di tempat ibu dia, tak tahu lah nak buat apa. Weh anak aku di lambung-lambung weh. Gaya macam nak buat roti canai pon ada. Aku terfikir apa agaknya yang ada dalam fikiran minah Indon tue eh? Aku syak dia geram sangat tengok baby tu comel sangat. Ceh.

Aku harap benda ni tak akan terjadi kat my Mohd Aliff Fateh dan Nur Faqihah Auni. Harap sangat. Kalau ada orang buat macam ni kat my sayang ni siap kau aku kerjakan. Eh berani ke? Silap hari bulan aku yang kena lambung. Tapi aku tahu hari bulan tak pernah silap so kebarangkalian aku nak di lambung tue sifar. Hehe.



"Aliff yang tersangat cool"


"sang kancil Auni yang banyak soala

Sunday, February 17, 2013

Cerita Cuti

As-salam...

Mesti korang kata aku poyo kan setakat cuti 2 hari pon nak cerita bagai kat blog. Lain lah kau cuti seminggu sempena Raya Cina tu hari boleh gak kau bakar-bakar mereka yang hanya cuti 2 hari tu. Ah pedulikan kata-kata orang. Gua nak cerita jugak.

Jumaat tu hari aku gi tengok bola weh. Live weh. Selangor VS Kelantan weh. Selangor menang 2-0 weh.  Cayalah. Haha nampak tak nampak tak aku jakun sikit. Ahaha...Kemon la first time aku gi tengok bola weh. Kene lah tunjuk2 sikit ye dak?

Sabtu dan Ahad aku tak gi kemana pon. Setakat jenjalan ke Jusco dan Alamanda aje. Tu pon kejap aje. Lilau2 mata seminit dua pastu cabut. Macam tak ada benda nak beli padahal dalam kepala otak aku ni macam-macam yang aku plan. Ceh.

Ok dah itu aje cerita aku. Ceh. Bosan betul hidup kau ni.Sobsob.

Next week siapa nak teman aku gi kenduri kawen sila angkat tangan. Ok bye.

Thursday, February 14, 2013

Status

as salam....

Quick apdate since kat office sekarang tapi still nak update bila rasa bosan mengadap akaun.

Wah arinie aku tengok sume org up status kat FB pasal kejayaan dan tak kurang kesedihan
masing2 pasal result kan...Adat la tue kan... Yang mana berjaya aku ucapkan tahniah dan yang kurang berjaya jangan bersedih ya...Anggap lah itu bukan rezeki anda dan pasti ada sesuatu yang manis Allah janjikan diwaktu lain kan...

Ok nak sambung buat kerja... Sehingga bertemu lagi. Bye

Thursday, February 7, 2013

Terima Kasih

As-salam...





Aku just nak cakap terima kasih banyak-banyak pada brader PJH. Erk...aku tak tahu PJH stands for what tapi office dia dekat Presint 2 Putrajaya. If im not mistaken la kan. So sapa2 kerja atau kenal brader2 yang kerja kat PJH sila bagitahu aku. Hehe.

Semalam minyak kete aku habis and brader PJH ni yang tolong aku. Dia anta aku sampai Petronas Presint 18. Aku tak sempat nak cakap terima kasih kat dia sebab sampai aje kat Petronas tu, Along call and aku dok cakap2 dengan Along. Tapi aku perasan brader PJH tu macam tunggu aku. Rasanya aku sempat cakap terima kasih sekali tapi macam tak sepenuh hati. Huhu. So aku plan lepas cakap dengan Along, aku nak jumpa brader tu and kawan2 dia nak cakap terima kasih and paling koman pon nak bagi Kit Kat. Tapi malangnya mungkin lama sangat tunggu, and dia tahu Along nak datang, dia terus bla.

Aduh...aku macam tak sedap hati lak sebab tak sempat cakap terima kasih dengan seikhlas hati dan sepenuh jiwa pada dia. Maafkan aku brader PJH. Harap aku boleh terserempak lagi dengan dia sebab aku memang betul2 hutang ucapan terima kasih.

So sesiapa kenal brader PJH ni sila bagitahu aku tau. Yang aku ingat dia tinggi, kurus, putih and muka macam mix2 sikit. Brader PJH.....Terima kasih....:)

Monday, February 4, 2013

Cerita Praktikal Gue

As-Salam....

Hye hye....aku dah start praktikal. Kat company Tax & Company Secretary...somewhere at Kajang. Aku yang pilih that company sebab company tue kecik so chance untuk aku belajar banyak benda luas. Tak ada lah aku duk goyang kaki ala-ala bos nanti.

So far okey aje kot. First day aku dah kena wat akaun. Kawan-kawan pon okey kot since aku ni jenis yang tak reti nak start conversation with new people, so aku diam aje lah. Aku dengar aje dorang dok sembang ape. Aku pura-pura buat kerja padahal aku dok pasang telinga. Hehe. 

Tiba-tiba rindu zaman praktikal kat Agro Bank. Kat sana kawan-kawan friendly. Aku reti sembang dengan dorang. Aku jadi diri aku sendiri. Sampaikan one of the staff that i called "abah" bagi nama gelaran "Taiko" kat aku. Hehe. Taiko la sangat. Maybe sebab aku banyak cakap kot. Kat tempat baru ni aku tak tunjuk diri aku yang sebenar lagi.

Aku harap aku berjaya lah untuk praaktikal kali ni. Tinggal satu sem aje weh. Pastue aku dah boleh kerja. Yeay!



akunakcakap: banyak benda berlaku dua tiga harinie. Harap aku dapat lalui dengan kesabaran.:)