Saturday, December 7, 2013

Final Semester:)

Assalamualaikum wbt...

Yeay! Dah kenapa kau tetiba nak yeay bagai ni. Counting days. Hampir 40 hari sahaja lagi nak habis study. Wah tak sabar sangat tau. Hari-hari aku dok kira hari. Tak sabar nak tunggu January 2014. Tak sabar nak kerja. Tak sabar nak pegang duit hasil kerja keras sendiri. 

Tapi tapi tapi nak menunggu ke January 2014 tu banyak cabarannya tau. Bukan senang-senang pejam mata yeay dah habis. No no tak semudah di sangka.

Student kan...kalau cakap pasal student compem orang pikir assignment, test, quiz and so on. Ye memang cabaran menjadi final year student tak seindah mimpi. Gitu. Pert 8 as accounting student so tough. Too many presentations, assignments and blabla. So complicated. Tidur tak cukup. Rushing sana sini. Selalu dah nak dekat study week ni aku rasa assignment makin kurang tapi yang la ni makin bertambah dari hari ke hari. Tension mak.

Pastu sem ni aku ada subject Integrated Case Study yang mana kita akan diberi 4 case study. Kau kena cerita pasal case study tue, find the issues, solve the problem, give ur own recommendation, interview any SME company and need to relate with the case. All the presentation must be in creative way means lecturer tak nak presentation yang biasa-biasa. Kau nak nyanyi ke, berlakon ke, debate ke lantak kau la janji apa yang kau nak sampaikan lecturer paham. Haa gitu.

Subject FAR600 pun bagi aku susah sebabnya kita belajar accounting in theory. No calculation and sampai sekarang pun aku tak paham. Kuikui. Subjek membaca ni aku lemah tau sebab aku very pemalas nak baca plus setiap kali aku nak baca, aku tidur dulu. Haa macam mana nak buat tu.

Kadang-kadang orang cakap belajar akaun ni mana susah pun if nak compare dengan engineering and medic. Aku malas nak argue sebab bagi aku semua benda pun ada cabaran masing-masing. Lagipun tak kuasa nak lawan cakap dengan orang yang hanya pandai menghukum. Semua orang tak kan paham apa yang kau rasa melainkan mereka merasainya sendiri kam. Whatever

Hati

Hati rindu. Betul aku rindu. Dont know how to describe this feeling. Tapi demi Allah aku rindu. Rindu semua kenangan lama. Macam mana nak hapuskan semua rasa rindu kalau 24 jam aku fikir pasal dia. Aku betul-betul rindu sampai kadang-kadang aku tak tahu nak buat macam mana lagi. Tiap kali aku rindu, aku dah doa, aku dah ngaji. Tapi aku masih rindu. Bila rindu makin menggila, aku tidur. Tapi aku hampa bila pejam mata air mata masih mengalir, bantal basah, mata bengkak. Allahu. Aku tahu kau tak akan uji aku kalau aku tak mampu.

Pesan mak dia "carilah pengganti dia tapi jangan sampai lupa kenangan kami" 
Pesan mak aku "mak tahu adik sedih adik kecewa tapi nak buat macam mana lagi. Dia dengan adik dah berbeza dunia. Tak mungkin bersama"

Kadang-kadang bila aku duduk sorang-sorang, kenangan kami datang bergolek-golek. Teringat setiap kenangan yang ada. Teringat semua kenangan pahit dan manis. Teringat setiap senyuman dan titis air mata yang pernah mengalir. Teringat setiap mesej yang pernah diterima dan diberi.

Teringat detik terakhir aku dan dia. Malam terakhir dia call dan mesej. Dia bagitahu nak balik kampung. Dia sempat pesan "jangan lupa makan dan jawab exam betul2". Aku ingat pesanan tu and aku suka yang teramat sangat. And malam tu jugak dia sempat mesej "B, abg nak kita macam dulu". Aku senyum. Kau tunggu, tiba masanya aku beritahu berita gembira pada kau. Tunggu aku habis exam.

Malam tu. Aku tak sabar tunggu jam 12. Aku tak tahu kenapa aku tunggu waktu tu tapi betul, satu hari aku berdebar-debar dan tak sabar menunggu tibanya waktu tue. Aku keluar pergi makan and tertinggal handset. Tak pe. Memang selalu aku tinggal handset and rasanya tak ada benda urgent.

Balik makan. Aku carik handset. Ada berpuluh miscall. Ada 2 mesej. Mesti dari dia. Aku suka. Tapi hampa. Bukan dari dia. Dari kawan dia. Aku call balik dengan hati berdebar. Entah aku rasa tak sedap hati.

"Hello. Zilla ya?"
"Ya saya. Knp ya?"
"Tau tak Saiful dah tak ada?"

Time tu aku tak tahu apa yang aku fikir. Aku menagis, meraung2. Aku jalan ke hulu ke hilir. Aku tendang semua barang dalam bilik. Last sekali, aku pergi kat Kak Huda and peluk dia. Tapi aku sendiri tak tahu apa yang aku cakap. Malam tu jugak even dah lewat malam aku pergi rumah dia. Aku nak tengok dia. Itu aje. 

Satu hakikat yang aku perlu terima. Dia dah tak ada. Dia dah tinggalkan aku. Aku tak sempat nak cakap apa-apa kat dia. Aku tak sempat nak mintak maaf kat dia. Entah. Aku rasa kosong. Even dah lebih setahun dia pergi, aku masih macam ni. Masih mengenang cerita lama. Aku pun tak tahu sampai bila tapi in shaa Allah tiba masanya, aku akan move on dan tak akan menoleh ke belakang lagi. Al-Fatihah.