Assalamualaikum semua,
Salam Ramadhan yang ke 18. Ade yg skip puasa x? Haaa jangan ngade2 nak skip puasa without valid reason ok!
So entry harini just nak share profession or career for accounting student. What is the most suitable career for uolls? Ade yg suke audit, taxation and accounting kan? So keje ape yg sesuai? Haa meh sis cerita.
Bagi aku, bila dah habis study ramai yang akan fikir nak kerja big company or big 4 audit firm with 1 reason; salary. Ye memang betul kerja company besar gaji memamg cun. Lagi2 dengan keadaan ekonomi yang "tersangatla stabil" ni kan. Sama gak ngan aku. Aku pon kejar company besar tp end up ak kerja dulu kat small-medium firm which is aku rase aku nak belajar banyak benda.
So aku start kerja kat accounting firm located at Kajang. Aku in charge in Akaun and Taxation.Kerja aku buat akaun and kire tax. Untuk company Sdn Bhd pulak aku akan prepare akaun yang akan digunakan untuk audit nanti.So keje waktu peak period mmg mencabar. Kau ingat clien hantar dokumen bgitu tersusun? oh tidak. Jangan mimpi. Ade yang hantar gulung2 dalam plastik sampah je tau. Dahla sumtimes ade dokumen yang tak lengkap pastu aku call kemain payah nak hantar. Cabaran ok.Ada pulak yang baru hantar dokumen harini nak akaun siap lusa.So diva kau kan.Ada client yang call kau hari2 tanya progeress akaun kau. Kemain diva sangat ni. Aku layankan je.Buat sehabis baik walaupun kadang2 aku fikir aku kerja macam nak mati tapi gaji ciput je. Tapi aku ikhlaskan lagi hati demi minat yang mendalam kat akaun. Gittew.
Kadang2 sabtu ahad pon aku kerja demi nak siapkan kerja. Bila peak period ni kadang2 kau akan handle more than 1 company dalam satu masa. contoh tengah buat company ABC. Tibe2 doukumen tak lengkap. Tutup company tu bukak company XYZ pulak. Haaa tak ade istilah goyang kaki sebab bila tengok list company yang supervisor bagi untuk disiapkan dalam tempoh sebulan rase nak pengsan.Tapi berbalik pada niat nak kerja untuk apa dan minat maka aku gagahkan jugak la kan.
Then tibe satu part bile aku rase tak dihargai and boss pon macam erm endah tak endah dengan staff dia buat aku rase tawar hati. Plus bila aku fikir dengan gaji yang ngam2 soi ni then xade medical benefit, aku terfikir ape nak jadi if aku sakit? Gaji yang ade cukup ke nak bayar duit bill semua. Ye kekurangan company aku ni ialah aku tak dapat apa2 benefit melainkan gaji.
Then Alhamdulillah aku dapat tawaran dari UEM Land Berhad. Aku pun tak fikir panjang atau 2 3 kali terus accept that offer. Tapi sebenarnya aku sedih gak sebab aku suke kerja company tu tapi bila fikir gaji, fikir boss, fikir benefit,aku jadi tawar hati.
So awal 2015 aku memulakan career di UEM. Sehingga harini aku masih bertahan dengan UEM.Hehhe.Kerja sama je iaitu buat full set akaun, deal dengan auditor regarding audit and tax matter, submit report kat UEM Group. Kerja yang sama.
Bila fikir career in akaun ape je nak fikir kan. Balik2 wat akaun, perform reconciliation, deal dengan auditor. tapi bila kerja kat UEM ni scope lagi membesar.Aku belajar banyak benda. Tapi pengetahuan mase kerja kat firm dulu snagat membantu ok. Semua yang kau belajar tu kau akan guna pakai. Macam dulu aku buat akaun compay lain. But now aku buat akaun company sendiri. So aku akan pastikan semuanya lengkap and tak menyusahkan auditor hujung tahun nanti.
Kesimpualnnya untuk adik2 yang baru habis belajar, kerja dulu kat small medium firm. Grab banyak pengalaman then baru jump into big company ok. Sebabnye medium firm ni akan buat kite belajar semua benda compared with big company. kat company besar tugas kau akan dibahagi2kan. kau nak nampak power kau mesti kene tahu banyak benda.
ok itu je. Bye