Showing posts with label Jiwang2 la u olls. Show all posts
Showing posts with label Jiwang2 la u olls. Show all posts

Saturday, April 12, 2014

Come and Leave

"you cant simply come into someones life. make them so special and then leave"
Untuk awak. Ye awak yang dah lupakan kita tu. Quote ni special untuk awak.

Sebagai lelaki mungkin awk boleh datang dalam hidup seorang perempuan. Buat mereka rasa dihargai. Kemudian awak pergi. Hey kejam sungguh awak ni.

Bukan senang. Yes bukan senang untuk melupakan kenangan dengan arwah bila setiap kenangan bersamanya sentiasa bermain di mata. Awak datang. Awak mengingatkan saya pada arwah. Buat macam yang arwah buat. Cara awak cakap, cara awak senyum, cara awak care, cara awak layan. Hailaaaa haru hidup saya.

Awak caring sangat. Belikan kita makanan bila esok kita nak exam kita tak makan. Awak kate awak tak nak saya sakit perut. Awak bagi coklat so saya bole bawak gi dewan exam. Malam2 bila saya tidur lewat nak study, awak belikan kita teh ais sebab awak tahu tu favourite kita. Before exam awak mesej wish gudluck. After exam awak mesej tanya how was my exam. Tak ke haru dengan layanan awak tue?

After semua settle and tiba masa kita nak berpisah, saya sedih. Ye sedih bila rasa lepas ni dah tak boleh jumpa selalu. Bila rasa lepas ni dah jauh and masing2 dengan haluan hidup masing2. 

Awak datang. Explain pada saya yang awak sayang saya. Senyum.Suka. Alhamdulillah bila  saya pun ade rase yang sama.

Even dah jauh kita selalu jugak jumpa bila saya selalu turun Shah Alam. 

Jumpa. Sembang.Makan. Jalan-jalan. Balik. 

Awak doa saya dapat kerja dekat2 area awak. So kita boleh selalu spent masa bersama. Saya cuba.

Keadaan jadi teruk bila saya dapat kerja jauh dari awak. Tak selalu boleh jumpa. Putus bila awak cakap tak sayang dah. Terima kasih. 

Tak lama lepas tue awak jumpa orang lain. Awak rindu dia, awak sayang dia. Ye dia dekat dengan awak. Tapi awak yang tak pernah sabar dengan dugaan. Sekarang pun kita dah dekat sebnaranya tapi awak tak tahu. Takpe bukan cara saya untuk mengacau hidup orang yang dah buang kita.

Saya disini. Perhati. Semoga awak bahagia. Terima kasih.

Thursday, January 17, 2013

2013

Assalamualaikum....

Exam mood...Bosan la mengadap buku...Mengadap la sangat kau tu...Huhu...

Kenapa kena ada exam ha? Tak boleh ke kalau tak ada? 

Exam...Lepas exam praktikal...Lepas praktikal kawen...Ah itu hanya ilusi budakkuat berangan macam aku ni.

Azam 2013? Tak payah nak azam sangat...Belum tentu Azam anak Cik Jijah sebelah rumah tu ada azam. Ni kan kau yang bernama Zilla...huh


"jangan kerana kita mengejar kebahagiaan kite menjadi tidak bahagia"





akunakcakap: Untuk awak..semoga Al-Fatihah 2013 menjadi penghubung kita...:)

Friday, December 28, 2012

Kau Gila, Aku Gila

Salam Jumaat para pembaca sekalian...:)

Manusia boleh jadi selemah-lemah manusia bila masuk bab cinta
Manusia boleh jadi bodoh hanya kerana hati dan perasaan
Manusia boleh jadi gila hanya kerana satu hubungan

Kau gila, aku gila.
Kau gila kerana dah buat aku jadi gila masuk ke dunia kau
Kau gila kerana pernah menabur janji palsu kau
Aku gila kerana pernah terpedaya dengan semua kata janji kau
Aku gila kerana pernah menjadikan kau separuh dari hidup aku
Kau gila kerana pernah berkata sayang pada aku
Kau gila kerana hanya tahu mempermainkan hati dan perasaan
Aku gila kerana meletakkan sebaris nama kau di hati ini
Aku gila kerana kau sengal!


Sunday, November 18, 2012

Mohd Aliff Fateh:)

Assalamualaikum semua...

Yeehaaa hari minggu lepas dapat berjumpa dengan kekasih hati Mohd Aliff Fateh. Rindu sangat kat dia. Last jumpa masa Aidiladha lepas. Memang tak sabar-sabar hati ni nak jumpa Aliff...:) 

Bajet Jumaat lepas kelas boleh terus jumpa sekali bas buat hal bawak terkedek-kedek. So hari Sabtu baru dapat jumpa. Tak apa tak apa Sabtu and Ahad ada. Boleh spent masa together gether...:)

So Sabtu tu mak abah buat kenduri kesyukuran untuk new boyfie aku ni. Pastu Alhamdulillah lepas gak hajat aku nak sekalikan kenduri tahlil untuk arwah Saiful. Gembira sangat sebab dapat buatkan kenduri untuk dia. Semoga dia terus berbahagia di sana. Amin. 


akunakcakap: Mohd Aliff Fateh....my second anak buah ok. Jangan salah sangka.:p

Thursday, July 26, 2012

Hurt or Love?

Assalamualaikum semua...Salam Khamis :)
Hari tue ade someone tiba2 tanya aku "apa beza bila kita tinggalkan seseorang dengan bila orang tinggalkan kita?" 

Aku terkedu sekejap. Terkebil2 aku pandang dia. Why? Why? Why? Why he asked me? Adakah muka aku ada iras Kak Lin DJ Suria Cinta tue? Atau adakah aku ni ala-ala Kak Romantika? Ah persetankan semua tue. Tue semua tak penting sebab bila aku pandang muka dia yang terkebil2 2x5 aku tue, aku tau dia mmg sangat2 menanti jawapan aku.

Well, kalau nak di ikutkan memang banyak beza. Boleh fikir logik kan beb. Petik jari sambil kunyah kuaci pon boleh dapat jawapan.


Bila Kita Tinggalkan Seseorang

Kita tak akan rase pape pon. Mungkin. mungkin eh kalau korang ada hati dan perasaan sikit...sikit aje tak banyak erm dalam 30% mungkin korang akan rasa simpati lah kan. Lagi2 kalau korang dah kenal dia lama atau tengok muka dia memang jenis kesian punya orang, sure lah korang akan rasa simpati. Tapi ah lantak kau lah. Janji aku bahagia. Haa macam tue lah lebih korang. Time nie korang punya ego, angkuh, sombong, takbur dan apa2lah (korang pikir sendirilah) memang tahap luar biasa punyalah. Wa cakap sama lu time ni korang memang dah tak pikir perasaan orang lain. Korang pikir dunia korang aje. Janji aku bahagia. Kau nak tergolek ke ayam golek ke ah lantak. Apa ada hal dengan aku. Amboiiii memang sombong lah korang nie. Tapi ingat ada ubi ada batas, ada hari aku balas. Tak pun What u give, u get back. Hambik kau bila aku dah start bersastera kalah Karam Singh Walia tu tau. Hidup kita ni ibarat roda basikal. Eh zaman sekarang dah canggih. Korang mana nak naik basikal kan? Korang kan sombong. Ok kita tukar, hidup kita ni ibarat tayar kereta korang yang mewah tu. Tau tak  tayar bentuk apa? Tak tahu??? Tak tahulah aku nak cakap apa dah kalau tak tahu. Patutlah korang sombong. Eh melalut sudah. Ok2 back to tajuk kita. So, hidup kita ibarat tayar kereta korang. Kejap kita di bawah, kejap kita di atas. Bila sampai masa korang  kat bawah haa hambik kau, rasakan penangannya. Time tu nak nanges pon ada orang kisah?




Bila Orang Tinggalkan Kita

Erm time ni korang rasa macam nak nanges 24 jam. Korang akan rasa macam dunia sudah berakhir. Ilek la bro. Kena tinggal aje pon. Lu kena tinggal, lu carik lain lah. Apa susah. Ah cakap memang senang, nak buat tu susah tau tak? Aku pernah ada pengalaman macam ni. Bila kena tinggal lagi2 dengan orang yang kita rasa dia lah pasangan hidup kita, peghhh wa cakap sama lu dia punya rasa huuu susahlah nak cakap. Kena tinggal hidup boleh terima lagi. At least kita tau orang tu masih ada dan peluang kita mungkin agak cerah. Tapi kalau kena tinggal mati (sedihnya) apa lagi yang tinggal? Lagi2 di saat cinta sedang bersemi. Tak pe tak pe Allah sentiasa ada di sisi. Bila kita rindu, kita sedekahkan Al-Fatihah kat dia ok.  So apa yang aku nak cakap, bila korang kena tinggal ngan seseorang yang korang sayang sangat2, jangan lah please lah eh jangan gatal nak buat perkara2 tak masuk akal. Bunuh dirilah, minum racun lah...Isk2....Jangan2. Gi ambik biskut tiger yang kaler coklat tu cicah dengan Milo panas peghhh lagi nikmat lah weh dari minum racun. Apa lah korang tak tahu nak beza sedap air Milo ngan racun. Sadis betul. Ingat Allah kan ada. Mengadulah kat Allah. Then, try la to be positive. Jangan asyik dok pikir negative aje. Korang just pikir, hari ni kena tinggal esok2 mesti korang akan dapat awek ke boyfren ke yang lebih bagus berganda-ganda. Think positive orite. Tak rugi mana pon.



So itu ajelah mungkin pendapat aku. Aku tak tahulah kot korang punya pendapat berbeza dengan aku kan. Boleh la kita share2. Ok lah Kak Romantika stop setakat sini aje eh. Ok bye...:)

Monday, July 23, 2012

Lelaki Jatuh Cinta?

Assalamualaikum semua...

Tanda2 lelaki jatuh cinta pada perempuan yang dia minat? Apakah? Haa korang mesti suke kan bace entry ni? Mesti tengah tersenyum sorang tu lagi2 kalau tanda2 yang aku bakal sebut jap lagi ada kene mengena ngan korang kan? Amboiii gatal na. Umur dah cukup belum? Dah baligh belum? Haa kalau belum baligh jangan gatal2 nak bercinta eh. Gi belajar habiskan subjek Kajian Tempatan dulu.

Macam mana nak tahu lelaki betul2 suka kat korang? Ni betul2 suka yang tahap kalau boleh datang meminang malam ni, malam ni jugak dorang datang. Ni bukan suka yang main2 macam cinta budak sekolah tu tau.




  • Dorang akan call korang without reason. Hari2 nak gayut sampai satu tahap korang rase mcm dah tak ada topik nak di bualkan
  • Dorang akan tahu apa yang korang suka dan tak suka dan  seboleh mungkin akan cuba lakukan yang terbaik untuk buat korang happy everytime. Contoh korang sukamakan coklat (perempuan kan), kalau boleh satu lori Cadbury tu dorang nak hantar depan umah korang
  • Surely dorang akan risau bila tahu korang sakit, padahal korang sakit ngada2 aje nak minta simpati dorang kan?
  • Dorang akan text korang all day long untuk borak benda2 merapu dan ringan2. Maksud di sini bukan tajuk yang 18SX tue eh. Maksudnya saje borak2 tanya "U makan ape harini?" atau "U gi keje tadi naik ape?" atau "U tau tadi kan dalam LRT ade bla bla bla"
  • Dia pasti akan kenalkan korang dengan kawan2 and family dorang. Kalau dah sampai tahap kenalkan kat family tu, nampak sangat kan dorang dah serius nak memaknakan hubungan korang ni. Tinggal tunggu masa aje nak jalankan acara ikat mengikat. Huu sweetnya

Tapi kebanyakan lelaki ni kadang2 takut nak berterus terang and lebih rela main tarik tali. So pandai2 korang la buat something yang boleh buat lelaki tu tak rasa yang pilihan dorang tak salah dan lagi menguatkan azam dorang untuk ikat korang menjadi suri hidup mereka. Good luck...:)

akunakcakap: tibe2 teringat Dia dulu selalu buat macam ni jugak. Tinggal kenangan semua ni...;(






Friday, June 15, 2012

Berita Baik U Olls...:)

Salam u olls....Dah awat i gedik sangat ni u olls? Haa ni mesti sebab nak kawen ni kan? U olls nie gatal betul kan....Asal i gedik sikit aje u olls ingat i nak kawen kan....

U olls....I ade berita baik ni u olls. Ok siape kat sini yang sedang bercouple? Atau dalam "Melayu"nya siapa kat sini yang hatinya sudah dimiliki, ditawan, ditaklukki atau seumpamanya? Haa cepat2 angkat kaki angkat tangan angkat gigi angkat mata semua u olls....

U olls....If u olls sekarang sedang melalui zaman2 kematangan ni kan u olls mesti u olls ade pasang hajat nak hidup berdua...bertiga....berempat...bersepuluh...kan u olls kan....Ada...Baik ngaku...So u olls rasa u olls dah bersedia ke u olls? Haa nak tahu tahap kesediaan u olls meh check it out....(Omputeh sangat u olls)...

Untuk Gentleman:

  • Make sure diri u olls dah cukup baik cukup lengkap untuk menjadi seorang imam pada makmumnya. Kalo Subuh pon masih lubang sana sini, u olls go back and practise yeh.
  • Make sure u olls struktur kewangan u olls dah cukup mantap. Kalo nnt lepas kawen duit tak cukup hutang sana sini dengan Along la Angah la tak ke naya u olls? Dengan cinta semata-mata tak boleh nak anta anak u olls gi sekolah tahu?
  • Yang ni part penting gak. Latih diri u olls (maksud di sini paksa diri u olls jangan nak manjakan sangat) untuk bangun seawal pagi and then siapkan diri u olls dan ahli2nya untuk berjemaah bersama. U olls sweet sangat tau kalo pg2 sang suami kejutkan sang isteri untuk ajak solat ...:)
  • Latih diri u olls untuk sentiasa bersikap sabar, cool and then try seboleh mungkin untuk tidak menaikkan tangan, kaki, kepala lutut dan sebagainya time u olls gaduh walaupon tentang hal2 kecik. Sebagai contoh team bola sepak u olls kalah dengan team bola sepak yang di sokong oleh sang isteri. Jangan pulak nanti u olls ambik kerusi baling kat sang isteri u olls. Biadap sangat u olls. Tahu?

Untuk Gentlewoman:

  • Cakap pasal kawen ni u olls la orang yg palig happy kan u olls. Lompat sana sini ye dak?. Tapi u olls tahu tak tanggungjawab u olls lepas ni besar? U olls kene ingat u olls dah tak bole nak jd budak2 sangat u olls. Tak sesuai gitu. U olls kene ingat semua yang u olls buat adalah untuk suami u olls. U olls kene jaga maruah sang suami. Sebagai contoh kalau before ni u olls freehair atau seksi ke seksa ke, u olls latihlah diri u olls untuk menutup ape2 bahagian yang tak sepatutnya dilihat orang lain melebihi suami u olls...Paham dak?
  • Paling penting u olls....Kene pandai masak. Kalo setakat u olls nak bangga bagitahu satu kampung u olls pandai masak maggi, nasi goreng...baik lupakan u olls. Adik i yang darjah 3 pon pandai u olls. U olls kene la belajar menu2 lain yang lebih mencabar kewibawaan u olls sebagai pompuan yang cun melecun tu. Paling koman pon u olls latih diri belajar 7 menu berbeza. So dalam masa seminggu u olls boleh rotate lauk2 tue. Baru la suami u olls sayang u olls dak?
  • U olls kene belajar diri u olls sikap sabar. Jangan nak bebel 24/7 u olls. Bosan tahu? Haa u olls tak nak suami u olls carik yang lain kan. So belajar la control diri dengan cara berdiskusi. Kan lagi professional tu.
  • Lastly u olls...Paling penting untuk menjadi Makmum terbaik pada Imamnya, u olls kene la jaga solat jaga hubungan u olls dengan Allah. Bukan setakat jaga hubungan dengan sang suami aje u olls. Ingat tue...Baru lah masjid yang u olls dirikan bahagia aman damai selamanya. Ingat u olls jage maruah suami u olls, layan mereka sebaik mungkin. Janji Allah pada u olls adalah Jannah. Sweetnya kan u olls.

So u olls...Ingat kawen tue mmg senang tapi untuk me"maintain"kan sebuah masjid yang u olls bina tue amat susah kalau u olls tak ade pengetahuan yang mendalam untuk bidang yang satu ini.Paham? So asah bakat dulu, mantapkan pengetahuan u olls before u olls move to the next step ok. Paling penting u olls kalau dah hidup berdua ni masa tidur yang paling banyak dikorbankan kan u olls??? Ah sudah u olls mesti pk lain kan. Gatal...

Salam permisi u olls...:)


Saturday, June 2, 2012

Allah Masih Sayang Kite..:)






Salam....Ok intro i ariie (gedik sangat nak gune i tau) agak lain dari kebiasaan which is aku letak picture yang agak jiwang2 bagai. Aha...aku tak tau nape aku bangun tido tadi tibe2 aku rase gedik layan mood jiwang sampai meleleh2 air mata bengkak2 mata mengenang nasib diri yang tak berpenghujung. (Ok bab nanges tue aku tipu)

Entah nape dah 2 3 ari aku terpikir masa depan aku yang agak kelam dari orang lain. Hahah....orang lain tu pon kawan2 aku aje. Semalam lepaking ngan kwn2 sekolah then rasa "aghhhhh....tension". Hahah...Kawan baik aku bakal menamatkan zaman bujang pada hujung bulan Jun ini. Weh tak sampai sebulan lagi weh. Aku jelez. Pastue lagi sorang tue pon bakal bertunang !5 September ni. Aghhh tension jugak. Jelez sangat. Yang sorang lagi bakal berkahwin tahun depan. Yang sorang lagi sudah ade steady dan tunggu bila2 sahaja boyfie dia nak ajak menikah. Weh ape nie weh. Huahua....Kawan baik aku yang sorang kat u tu pon bakal ikot jejak mereka. Tension ok. Serius wa cakap wa tension.Wa nak jugak weh. Heheh...Gatal kau kan. 

Dorang semua dah nampak masa depan dorang sedangkan aku yang dah berusia 23 tahun ni habuk pon tarak., Aghhh malas nak cakap.

Ok aku percaya semua yang berlaku ada hikmah. Allah tak kan menguji hambanya without any reason. Aku percaya tue. One more thing aku rasa diri aku tak cukup baik, tak cukup sempurna lagi untuk benda2 tue. Yelah maybe aku solat mengaji tapi ianya tak cukup kuat untuk aku, tak cukup sempurna buat aku yang serba serbi lemah. Mungkin kalau Allah mengurniakan aku dengan seorang "Arjuna" buat masa ini diri aku tak sebaik orang lain untuk handle benda2 ni. Mungkin dengan adanya hubungan tu ianya akan mendorong nafsu syahwat aku ini untuk buat benda2 yang tak baik which is maksiat la kan. Maksiat dari segi hati dari segi mata and sebagainya. Dosa aku ni dah terlalu banyak. Sebab tu Allah tak nak tambah dosa aku yang satu ni. So Allah bagi aku sendirian sekarang untuk mantapkan iman aku untuk asah hati aku menjadi seorang hamba yang baik and Allah nak aku dekat dengannya. 

Sebabnya adalah aku tak cukup baik untuk benda2 ni lagi.

akunakcakap: untuk kawan2 aku nak say "congratulation". Aku gurau aje tadi. Aku tak jeles pon. Hehe,,,Semoga berbahagia. Aku gembira bila tahu korang dah melangkah setapak ke hadapan...:)

Friday, May 18, 2012

Irfan Mikael...:)

Salam awak2 sume...

Arinie saya nak cakap pasal novel...Ye novel...Awak2 sume suka baca novel tak? Ok kalau suke saya nak cadangkan saudara saudari sume baca karya terbaru "Zara Amani" yang bertajuk "Sepatu Milik Kasanova" (macam ngah buat pengumuman...:P)


Memang best and banyak moral values actually. Serius...

I got this novel from my sister...Yeah dia beri pada saya sempena hari kelahiran saya yang ke 23...;)

Novel ni mula2 quit bosan jugak bila aku (tukar ganti nama) tak paham certain part about fashion. About brand2 luar negara yang amat tak pernah dengar di cuping telinga aku ni. So sometimes aku skip aje part2 tue sume...

Tapi bile dah hujung2 tue novel ni mula tunjuk jalan cerita yang agak menari+sweet+romantik...haa...mesti korang2 sume suke kan part2 jiwangs ni kan u olls....Tak payah nak tipu...p

Part yang paling aku suke bila si kasanova terulung si Irfan Mikael ni dah mula tunjuk perubahan positif dalam hidup dia. Dia dari kasanova yang telah jauh tersasar meninggalkan Islam mula belajar menjadi Muslim sejati. Mula serius mahu menjalinkan hubungan ngan si Airin Natrah dan dah mula meninggalkan tabiat lama dia sebagai seorang yang kaki pompuan...

Part yang aku agak emosi bila Mark tidak mengendahkan perasaan Airin Natrah. Pandai memberi harapan n then musnahkan macam tue aje. Penat orang tue syok sorang2 selama 6 tahun.Gila! Lame beb Airin simpan perasaan tapi at last tak jadi ape.Demm.

Then aku lagi emosi bila Airin dah mula bina hidup baru tibe2 Mark datang tanya pasal hubungan lama.Demm.Emosi la kau Zilla...lek la...Why so serius? :p

"Saya lambat sangat ke?" soal Mark minta kepastian
"Bukannya lambat. Tapi, entah. Selama ni pun saya tak pernah rasa wujudnya perkataan kita" jawapan Airin Natrah membuatkan Mark ketawa.

Ok itu dialog yang aku suke. Selabihnya korang bace n beli sendiri ye...



Melaka ni panas betul la. Tak tahan aku. Ok la u olls bye...Salam permisi....