Showing posts with label Family. Show all posts
Showing posts with label Family. Show all posts

Monday, February 18, 2013

Gila Punya Orang

As-Salam....

Aku rasa marah gila tahap gaban kat minah Indon yang gila dan mental yang ada otak letak kat lutut yang dah buat aksi ala-ala "mencanai" baby comel nama Harees tu. Gila punya orang. Uppps maafkan aku. Emo sangat ni. Sorry sorry. Ok cool balik.

Nasi dh jadi bubur. Aku harap family baby tersebut tabah. Masya-Allah kalaulah aku di tempat ibu dia, tak tahu lah nak buat apa. Weh anak aku di lambung-lambung weh. Gaya macam nak buat roti canai pon ada. Aku terfikir apa agaknya yang ada dalam fikiran minah Indon tue eh? Aku syak dia geram sangat tengok baby tu comel sangat. Ceh.

Aku harap benda ni tak akan terjadi kat my Mohd Aliff Fateh dan Nur Faqihah Auni. Harap sangat. Kalau ada orang buat macam ni kat my sayang ni siap kau aku kerjakan. Eh berani ke? Silap hari bulan aku yang kena lambung. Tapi aku tahu hari bulan tak pernah silap so kebarangkalian aku nak di lambung tue sifar. Hehe.



"Aliff yang tersangat cool"


"sang kancil Auni yang banyak soala

Thursday, January 17, 2013

2013

Assalamualaikum....

Exam mood...Bosan la mengadap buku...Mengadap la sangat kau tu...Huhu...

Kenapa kena ada exam ha? Tak boleh ke kalau tak ada? 

Exam...Lepas exam praktikal...Lepas praktikal kawen...Ah itu hanya ilusi budakkuat berangan macam aku ni.

Azam 2013? Tak payah nak azam sangat...Belum tentu Azam anak Cik Jijah sebelah rumah tu ada azam. Ni kan kau yang bernama Zilla...huh


"jangan kerana kita mengejar kebahagiaan kite menjadi tidak bahagia"





akunakcakap: Untuk awak..semoga Al-Fatihah 2013 menjadi penghubung kita...:)

Sunday, November 18, 2012

Mohd Aliff Fateh:)

Assalamualaikum semua...

Yeehaaa hari minggu lepas dapat berjumpa dengan kekasih hati Mohd Aliff Fateh. Rindu sangat kat dia. Last jumpa masa Aidiladha lepas. Memang tak sabar-sabar hati ni nak jumpa Aliff...:) 

Bajet Jumaat lepas kelas boleh terus jumpa sekali bas buat hal bawak terkedek-kedek. So hari Sabtu baru dapat jumpa. Tak apa tak apa Sabtu and Ahad ada. Boleh spent masa together gether...:)

So Sabtu tu mak abah buat kenduri kesyukuran untuk new boyfie aku ni. Pastu Alhamdulillah lepas gak hajat aku nak sekalikan kenduri tahlil untuk arwah Saiful. Gembira sangat sebab dapat buatkan kenduri untuk dia. Semoga dia terus berbahagia di sana. Amin. 


akunakcakap: Mohd Aliff Fateh....my second anak buah ok. Jangan salah sangka.:p

Wednesday, August 29, 2012

Aidilfitri Punya Cerita

Assalamualakum....

Raya dah habis. Bagi aku lah kalau orang-orang bandar sume dah tinggalkan kampung halaman masing-masing maknanya dah habis raya la tu. Dah tak best. Dah tak rasa suasana raya. Huwaaa...

Cerita Aidilfitri tahun ni biase aja. Aku gembira tapi still rasa kosong. Tapi aku tak tahu apa yang kosong. Aku tak rasa gairah ghairah (eh macam mane eja eh? Lupa lak)  nak sambut kedatangan Aidilfitri tahun ni. Rasa sedih nak tinggalkan Ramadhan. Mungkin sebab dah besar kot dah semakin matang. Biase yang happy-happy nak raya ni kan budak-budak kecik yang puase penuh plus yang tak puasa langsung. Hehe.




"yeeha...Selamat Hari Raya semua. Peace!"


Bila belek balik gambar-gambar ni sume baru perasan gambar dengan abah and family along tak ade. Abah biaselah susah sangat nak di ajak bergambar. Time orang sibuk-sibuk bergambar dia lebih rela duduk tengok tv ke hisap rokok ke. Malas nak layan kerenah anak-anak yang gedik bila bergambar kot. Hehe. Gambar dengan Along lak maybe sebab along raya dekat Kedah then bile balik Selangor lak aku sibuk nak bersiap gi Johor so memang tak sempat nak bergambar. Hee.. Tapi tak peat least tahun ni ade gak gambar 1 family di studio. Yeeha...Salam Aidilfitri:)

Wednesday, May 30, 2012

Selamat Menjadi Tunangan Orang...:)


Salam semua....Meh ramai2 say congratulation pada saya yang dah selamat menjadi tunangan orang....:p

26 Mei 2012

Tarikh bersejarah u olls. Tu yg kene bold sikit. Kasi nampak terang, jelas dan nyata. Ade sape2 yg masih tak nampak lg? Jap...26 MEI 2012. Haa nampak kan? Nampak kan?



yg kanan cincin tunang pihak lelaki :)
kiri cincin tunang kanan cincin merisik...:)
hantaran pihak lelaki....:)
erk?? apesal muke aku lain sangat?
jeng jeng jeng...:)
Hehe..ye saya sudah tipu anda. Bukan saya yang bertunang tapi abang saya yang kedua yang bernama  Shahrizal Bin Mohamed Yusof yang sudah bertunang. Sorry ya...Jadi mari kita ramai2 mendoakan agar jodoh mereka dipanjangkan hingga akhirnya. Wasalam...:)