Showing posts with label Dewasa. Show all posts
Showing posts with label Dewasa. Show all posts

Saturday, July 4, 2015

Career Budak Akaun

Assalamualaikum semua,

Salam Ramadhan yang ke 18. Ade yg skip puasa x? Haaa jangan ngade2 nak skip puasa without valid reason ok!


So entry harini just nak share profession or career for accounting student. What is the most suitable career for uolls? Ade yg suke audit, taxation and accounting kan? So keje ape yg sesuai? Haa meh sis cerita.

Bagi aku, bila dah habis study ramai yang akan fikir nak kerja big company or big 4 audit firm with 1 reason; salary. Ye memang betul kerja company besar gaji memamg cun. Lagi2 dengan keadaan ekonomi yang "tersangatla stabil" ni kan. Sama gak ngan aku. Aku pon kejar company besar tp end up ak kerja dulu kat small-medium firm which is aku rase aku nak belajar banyak benda. 

So aku start kerja kat accounting firm located at Kajang. Aku in charge in Akaun and Taxation.Kerja aku buat akaun and kire tax. Untuk company Sdn Bhd pulak aku akan prepare akaun yang akan digunakan untuk audit nanti.So keje waktu peak period mmg mencabar. Kau ingat clien hantar dokumen bgitu tersusun? oh tidak. Jangan mimpi. Ade yang hantar gulung2 dalam plastik sampah je tau. Dahla sumtimes ade dokumen yang tak lengkap pastu aku  call kemain payah nak hantar. Cabaran ok.Ada pulak yang baru hantar dokumen harini nak akaun siap lusa.So diva kau kan.Ada client yang call kau hari2 tanya progeress akaun kau. Kemain diva sangat ni. Aku layankan je.Buat sehabis baik walaupun kadang2 aku fikir aku kerja macam nak mati tapi gaji ciput je. Tapi aku ikhlaskan lagi hati demi minat yang mendalam kat akaun. Gittew.

Kadang2 sabtu ahad pon aku kerja demi nak siapkan kerja. Bila peak period ni kadang2 kau akan handle more than 1 company dalam satu masa. contoh tengah buat company ABC. Tibe2 doukumen tak  lengkap. Tutup company tu bukak company XYZ pulak. Haaa tak ade istilah goyang kaki sebab bila tengok list company yang supervisor bagi untuk disiapkan dalam tempoh sebulan rase nak pengsan.Tapi berbalik  pada niat nak kerja untuk apa dan minat maka aku gagahkan jugak la kan.

Then tibe satu part bile aku rase tak dihargai and boss pon macam erm endah tak endah dengan staff dia buat aku rase tawar hati. Plus bila aku fikir dengan gaji yang ngam2 soi ni then xade medical benefit, aku terfikir ape nak jadi if aku sakit? Gaji yang ade cukup ke nak bayar duit bill semua. Ye kekurangan company aku ni ialah aku tak dapat apa2 benefit melainkan gaji. 

Then Alhamdulillah aku dapat tawaran dari UEM Land Berhad. Aku pun tak fikir panjang atau 2 3 kali terus accept that offer. Tapi sebenarnya aku sedih gak sebab aku suke kerja company tu tapi bila fikir gaji, fikir boss, fikir benefit,aku jadi tawar hati.

So awal 2015 aku memulakan career di UEM. Sehingga harini aku masih bertahan dengan UEM.Hehhe.Kerja sama je iaitu buat full set akaun, deal dengan auditor regarding audit and tax matter, submit report kat UEM Group. Kerja yang sama. 

Bila fikir career in akaun ape je nak fikir kan. Balik2 wat akaun, perform reconciliation, deal dengan auditor. tapi bila kerja kat UEM ni scope lagi membesar.Aku belajar banyak benda. Tapi pengetahuan mase kerja kat firm dulu snagat membantu ok. Semua yang kau belajar tu kau akan guna pakai. Macam dulu aku buat akaun compay lain. But now aku buat akaun company sendiri. So aku akan pastikan semuanya lengkap and tak menyusahkan auditor hujung tahun nanti.

Kesimpualnnya untuk adik2 yang baru habis belajar, kerja dulu kat small medium firm. Grab banyak pengalaman then baru jump into big company ok. Sebabnye medium firm ni akan buat kite belajar semua benda compared with big company. kat company besar tugas kau akan dibahagi2kan. kau nak nampak power kau mesti kene tahu banyak benda.


ok itu je. Bye

Sunday, July 7, 2013

Bertemu Kembali

Assalamualaikum wbt....

Lamenye aku tak update ini blog kan. Acah2 feeling nak jadi akauntan berjaya gitu. Puii...

Yeay pejam celik pejam celik tempoh untuk praktikal tinggal tak sampai sebulan lagi. Walaupun gembira tapi tetap terselit rasa sedih. Ye sedih. Walaupun banyak onak duri sepanjang praktikal ni tapi semuanya kenangan yang tak mungkin berulang kan.

Banyak kenangan yang tercipta, banyak ilmu pelajaran yang dipelajari, banyak ragam manusia yang aku jumpa. Dan semua kenangan itu tak akan berulang. Itu pasti.

Lepas ni kembali menjalankan hidup macam biasa. Pergi kelas, balik kelas, wat assignment, test, quiz, karaoke, makan kat kedai makcik roti canai, bergosip dalam bilik kecil aku and Syida. Tapi hanya untuk tempoh 6 bulan sahaja lepas tu masing-masing berpisah demi masa depan sendiri.

Lepas ni kalau ada rezeki kita berjumpa lagi. Mungkin di tempat kerja baru, mungkin menjadi jiran tertangga, mungkin kau bos aku kuli atau sebaliknya dan segalanya mungkin.

Apapun aku doakan yang terbaik untuk semua yang pernah hadir dalam hidup aku even kehadiran yang hanya sementara, even kehadiran yang hanya untuk membuatkan tahap kesabaran kita tercabar, even kehadiran yang hanya utuk menceriakan hidup aku, even kehadiran yang hanya sekadar say hi and bye2, even kehadiran yang setia di sisi berkongsi rasa suka dan suka. Terima kasih.

Semoga bertemu kembali.



Tuesday, February 26, 2013

Rembau Most wanted Yawww

As-salam...

Fifie suka! Fifie Suka (ala-ala AG Hot Fm)

Aku suka W.A.R.I.S. Yeahhh vote for you W.A.R.I.S. Cool....Memang cool. Kalah Mr Cool..:p

Lirik memang ada maksud mendalam. Entahla bagi aku lagu ni kena dengan jiwa den ni ha. Lagu ni cool and sedap aje halwa telinga aku dengar. Senang cerita aku suka lah.

amacam? terasa x?...:p




Monday, February 25, 2013

Tinggi vs Rendah

As-salam...

Wo wo sekarang aku tengok bahang undi mengundi ni semakin panas...panas...Kat mana-mana orang cerita pasal undi. Cerita pasal undi pilihanraya,cerita pasal undi bintang popular, cerita pasal undi ketua rumah sukan, semua pasal undi lah. Undi tu apa weh? Macam urat sendi ke?

Sebenarnya pengetahuan aku pasal politik ni sifar. Kalau ada pun sikit lah, ciput aje. Tak banyak pon. Sedih kan. Tapi kalau kau cerita siapa yang aku nak undi untuk Anugerah Bintang Popular ni aku vote Nadia Nissa. Hehe. Boleh tak?

Nak dekat-dekat undi semua orang gembira kan dapat RM 500, dapat RM 250, dapat Voucer buku, dapat rebat telefon. Ok aku pon orang yang tak terkecuali. Gembira bukan kepalang. Siapa yang tak gembira kan. Tapi tiba-tiba lepas aku tahu satu benda ni, tiba-tiba aku terfikir sesuatu. Aku rasa betul sangat.

Golongan Atasan: Golongan kaya-raya yang gaji satu bulan belum habis, dah masyukkkk duit lagi. Duit kat bank berkepuk-kepuk. Hotel 2 3 bijik. Saham bersepah-sepah sana sini. Pendek kata yang tak pernah ada masalah pasal duit lah. Golongan yang tak pernah mengaku tak cukup duit sebab nak makan tapi selalu tak cukup duit untuk menambahkan harta. Dorang tak dapat apa yang aku sebut kat atas tu, its okay. Tak ada masalah. Ntah-ntah sebelah mata pon tak pandang.

Golongan bawahan: Golongan yang gaji below RM 3000 yang layak dapat BRIM tu kan. Yeah semua happy dapat duit weh. Siapa yang tak happy. Aku pon tumpang gembira, tumpang mintak belanja. Hehe.Pendek kata kita semua gembira ibarat duit yang kita dapat tu boleh tanggung makan minum kita setahun. Nonono...At least boleh la topup yang mana kurang kan. Kot ada yang berkenan nak beli beg Bonia haa angan-angan dah semakin tercapai. Boleh ke?

Golongan tengah: Haa untuk golongan ini apa yang mereka dapat? Golongan yang gaji 5000, 10000 apa yang mereka dapat? Mereka tak dapat BRIM tetapi merekalah penyumbang untuk BRIM2 ni semua. Gaji RM 10000 and 3% daripadanya di kenakan cukai. Mereka bayar cukai, duit mereka ni lah yang di rolling and guna bagi kat kat kita semua. Paham tak? Gaji RM 10000 nampak macam loaded tapi kalau dah duduk kat Keyel tu ingat cukup ke? Kalau dah anak 4 orang semua kecik-kecik lagi, haa rasa-rasa cukup ke? Rumah lagi, bil api air lagi, kos pengangkutan, kos nursery, makan minum lagi. Erm rasa macam dorang dapat cukup-cukup aje kalau dorang tak borong beg Bonia, Coach every month. Kehkeh dari tadi cerita pasal Bonia apehal?

Ok itu just pendapat aku. Tak tahu lah pendapat orang lain. Sekian Terima Kasih