Saturday, June 2, 2012

Allah Masih Sayang Kite..:)






Salam....Ok intro i ariie (gedik sangat nak gune i tau) agak lain dari kebiasaan which is aku letak picture yang agak jiwang2 bagai. Aha...aku tak tau nape aku bangun tido tadi tibe2 aku rase gedik layan mood jiwang sampai meleleh2 air mata bengkak2 mata mengenang nasib diri yang tak berpenghujung. (Ok bab nanges tue aku tipu)

Entah nape dah 2 3 ari aku terpikir masa depan aku yang agak kelam dari orang lain. Hahah....orang lain tu pon kawan2 aku aje. Semalam lepaking ngan kwn2 sekolah then rasa "aghhhhh....tension". Hahah...Kawan baik aku bakal menamatkan zaman bujang pada hujung bulan Jun ini. Weh tak sampai sebulan lagi weh. Aku jelez. Pastue lagi sorang tue pon bakal bertunang !5 September ni. Aghhh tension jugak. Jelez sangat. Yang sorang lagi bakal berkahwin tahun depan. Yang sorang lagi sudah ade steady dan tunggu bila2 sahaja boyfie dia nak ajak menikah. Weh ape nie weh. Huahua....Kawan baik aku yang sorang kat u tu pon bakal ikot jejak mereka. Tension ok. Serius wa cakap wa tension.Wa nak jugak weh. Heheh...Gatal kau kan. 

Dorang semua dah nampak masa depan dorang sedangkan aku yang dah berusia 23 tahun ni habuk pon tarak., Aghhh malas nak cakap.

Ok aku percaya semua yang berlaku ada hikmah. Allah tak kan menguji hambanya without any reason. Aku percaya tue. One more thing aku rasa diri aku tak cukup baik, tak cukup sempurna lagi untuk benda2 tue. Yelah maybe aku solat mengaji tapi ianya tak cukup kuat untuk aku, tak cukup sempurna buat aku yang serba serbi lemah. Mungkin kalau Allah mengurniakan aku dengan seorang "Arjuna" buat masa ini diri aku tak sebaik orang lain untuk handle benda2 ni. Mungkin dengan adanya hubungan tu ianya akan mendorong nafsu syahwat aku ini untuk buat benda2 yang tak baik which is maksiat la kan. Maksiat dari segi hati dari segi mata and sebagainya. Dosa aku ni dah terlalu banyak. Sebab tu Allah tak nak tambah dosa aku yang satu ni. So Allah bagi aku sendirian sekarang untuk mantapkan iman aku untuk asah hati aku menjadi seorang hamba yang baik and Allah nak aku dekat dengannya. 

Sebabnya adalah aku tak cukup baik untuk benda2 ni lagi.

akunakcakap: untuk kawan2 aku nak say "congratulation". Aku gurau aje tadi. Aku tak jeles pon. Hehe,,,Semoga berbahagia. Aku gembira bila tahu korang dah melangkah setapak ke hadapan...:)

Wednesday, May 30, 2012

Selamat Menjadi Tunangan Orang...:)


Salam semua....Meh ramai2 say congratulation pada saya yang dah selamat menjadi tunangan orang....:p

26 Mei 2012

Tarikh bersejarah u olls. Tu yg kene bold sikit. Kasi nampak terang, jelas dan nyata. Ade sape2 yg masih tak nampak lg? Jap...26 MEI 2012. Haa nampak kan? Nampak kan?



yg kanan cincin tunang pihak lelaki :)
kiri cincin tunang kanan cincin merisik...:)
hantaran pihak lelaki....:)
erk?? apesal muke aku lain sangat?
jeng jeng jeng...:)
Hehe..ye saya sudah tipu anda. Bukan saya yang bertunang tapi abang saya yang kedua yang bernama  Shahrizal Bin Mohamed Yusof yang sudah bertunang. Sorry ya...Jadi mari kita ramai2 mendoakan agar jodoh mereka dipanjangkan hingga akhirnya. Wasalam...:)

Saturday, May 19, 2012

Friendship....:)

Salam semua...Selamat Malam....Selamat Hari Ahad....;)

Kawan? Saya percaya anda semua pasti mempunyai kawan2 kan? Siapa sahaja kat dunia ini tak punya kawan....tak kisah la kawan tue dari kategori ape sekalipon sama ada dari family, saudara mara atau sebagainya...semua perlukan kawan untuk bercerita perkara baik mahupon yang duka...Ye kita sebenarnya telah menghabiskan hampir 24 jam kita untuk bersama kawan. Seperti aku yang kini sedang merantau di Melaka. Aku hidup bersama kawan2. Bukak mata wajah kawan dulu yang aku nampak. Sehinggalah waktu untuk melelapakan mata. Wajah kawan juga yang aku tenung. Begitu istimewanya seorang sahabat itu kan.

Dalam dunia ni ade macam2 kawan. Yang jenis tikam dari belakang. Yang time carik time susah tinggal waktu senang. Yang memahami. Yang jenis boleh buat kawan sampai mati. Jadi terpulanglah pada kita untuk tafsirkan nilai persahabatn itu. Macam aku. Dulu waktu di Matrik aku tak punya kawan. Serius. Aku tak reti berkawan. Bila di UiTM aku baru belajar apa itu sahabat. Apa itu teman. Apa itu kawan. Ye aku sangat menghargai nilai persahabatn ini.

mereka sahabat sejati saya...;)

Degree bersama..:)

mereka menunaikan impian saya untuk makan tutty frutty...yaey...:)


gembira bersama...;)
sahabat..:)




Terima kaseh sahabat untuk ukhuwah ini. Lastly, gurls i wanna tell u that 
"I'm not only your friends but also your buddies ok..."
Jadi semua mari kita sama2 menghargai sahabat kita dan katakan terima kaseh pada mereka....:)

Remember, all best friends are friends, but not all friends can be best friends. A good friend is hard to find, hard to lose, and impossible to forget..." 

Friday, May 18, 2012

Saya juga dah Konvo...:)

Salam sume..

Aku tau cerita ni dah agak basi untuk di update...Tapi ah tak kira...Tetap nak update gak...Before tu aku nak ucap tahniah untuk sume yang baru "berkonvokesyen"...:)

Aku konvo dah lama. Setahun yang lepas.Haha...weh cerita ko dah basi lah. Blah lah...Apahal pulak woi? Suke ati aku la nak tulis cerita setahun yang lepas pon. Ko tak puas ati nape pulak...Eh jap2....ape yang ko ngarutkan Zilla?
Without Biela n Asiah..
family....abah malas nak ambik gambar...:(
syida with me...:)




Maka terbuktilah di sini saya sudah berjaya menghabiskan pengajian dalam bidang "Diploma In Accounting Information System" dengan jayanya. Sekian terima kasih..:)

akunakcakap: terima kasih untuk dia yang sudi datang bertemu saya...;)




Irfan Mikael...:)

Salam awak2 sume...

Arinie saya nak cakap pasal novel...Ye novel...Awak2 sume suka baca novel tak? Ok kalau suke saya nak cadangkan saudara saudari sume baca karya terbaru "Zara Amani" yang bertajuk "Sepatu Milik Kasanova" (macam ngah buat pengumuman...:P)


Memang best and banyak moral values actually. Serius...

I got this novel from my sister...Yeah dia beri pada saya sempena hari kelahiran saya yang ke 23...;)

Novel ni mula2 quit bosan jugak bila aku (tukar ganti nama) tak paham certain part about fashion. About brand2 luar negara yang amat tak pernah dengar di cuping telinga aku ni. So sometimes aku skip aje part2 tue sume...

Tapi bile dah hujung2 tue novel ni mula tunjuk jalan cerita yang agak menari+sweet+romantik...haa...mesti korang2 sume suke kan part2 jiwangs ni kan u olls....Tak payah nak tipu...p

Part yang paling aku suke bila si kasanova terulung si Irfan Mikael ni dah mula tunjuk perubahan positif dalam hidup dia. Dia dari kasanova yang telah jauh tersasar meninggalkan Islam mula belajar menjadi Muslim sejati. Mula serius mahu menjalinkan hubungan ngan si Airin Natrah dan dah mula meninggalkan tabiat lama dia sebagai seorang yang kaki pompuan...

Part yang aku agak emosi bila Mark tidak mengendahkan perasaan Airin Natrah. Pandai memberi harapan n then musnahkan macam tue aje. Penat orang tue syok sorang2 selama 6 tahun.Gila! Lame beb Airin simpan perasaan tapi at last tak jadi ape.Demm.

Then aku lagi emosi bila Airin dah mula bina hidup baru tibe2 Mark datang tanya pasal hubungan lama.Demm.Emosi la kau Zilla...lek la...Why so serius? :p

"Saya lambat sangat ke?" soal Mark minta kepastian
"Bukannya lambat. Tapi, entah. Selama ni pun saya tak pernah rasa wujudnya perkataan kita" jawapan Airin Natrah membuatkan Mark ketawa.

Ok itu dialog yang aku suke. Selabihnya korang bace n beli sendiri ye...



Melaka ni panas betul la. Tak tahan aku. Ok la u olls bye...Salam permisi....

Monday, April 30, 2012

Ape benda semua ni weh?

Hai....sekarang kite sume sedia maklum yang negara tercinta kita ni tengah huru hara...

Ape nie Bersih la Kotor la...Ape benda weh? Korang sume dah besar...korang buat huru hara sana sini tak guna lah kalau kite sendiri tak gunakan kebijaksanaan kite....

Weh...aku nak cakap sikit...just my opinion...up to you la nak accept atau tak pe yang aku nak cakap....Tapi for me...selagi Malaysia dipimpin oleh orang Melayu kite patut rasa bersyukur. At least dari kaum kita sendiri. Ade jugak pembaharuan yang dorang buat....Xade la kite mundur dari dulu sampai sekarang tak maju2....

Ok la itu aje nak cakap...

Salam...

Saturday, April 28, 2012

Selamat Bertunang

Untuk Awak,

Assalamualaikum...Hai awak...

Saya just nak wish Selamat Bertunang untuk awak walaupun saya tahu awak tak akan baca tulisan hati saya ini. Sebagai seseorang yang pernah menjadi sahabat saya, tak salah rasanya andai saya ingin mengucapkan selamat pada awak.

Awak...

Kenapa dulu awak mengkhianati saya? Awak tak sayang ke dengan ikatan persahabatan kita ini? Atau sebenarnya awak tak tahu nilai dan erti sahabat yang sebenar? Kita baik. Kita boleh bergurau senda. Hubungan kita lebih dari seorang sahabat, ibarat 'kakak' dan 'adik'. Awak pernah ada waktu saya susah dan senang. Tapi tergamak awak memperlakukan begini pada saya. Sampai hati awak.

Mungkin bagi awak benda ni kecil tapi bagi saya benda ni terlalu besar. Sangat serius. Pantang bagi saya orang mengkhianati kepercayaan saya, awak. Kalau awak tak mahu berkawan dengan saya lagi, awak pergilah tapi bukan begini caranya awak. Bukan begini. Bukan dengan cara mengkhianati kepeecayaan saya dan merobek hati saya. Saya sakit awak. Sakit dengan permainan yang awak ciptakan ini.

Sekarang awak dah bahagia. Awak dah temukan kebahagiaan awak. Tapi awak tahu tak hidup saya masih terumbang ambing akibat perbuatan awak ni. Sampai hati awak kan. Awak dah hancurkan kebahagiaan saya. Saya dah beri bahagia saya pada awak. Saya dah serahkan apa yang awak mahu. Awak ambillah. Tapi awak gagal. Awak gagal untuk menjaga amanah saya. Awak hancurkan hati dia. Awak tinggalkan dia. Dan sekarang awak berbahagia dengan orang lain.

Awak...

Di kesempatan yang ada ini saya ingin mengucapkan terima kasih atas segalanya. At least saya belajar sesuatu dari apa yang awak lakukan ini. Di dunia ini tak semua manusia berhati suci kan? Di dunia ini tak semua sahabat berhati ikhlas dan berniat jujur dengan kita kan? Dan di dunia ini semua orang bisa melakukan apa sahaja demi kepentingan dan kebahagiaan diri sendiri kan? Terima kasih ya awak atas hadiah berupa pengkhianatan itu. Saya amat hargai. Kalau niat awak hanya nak tengok hidup saya terumbang ambing dan porak peranda, TAHNIAH....awak dah berjaya. 

Ikhlas,
me....:)