Sunday, July 15, 2012

Kotak Hati Saya untuk Awak:(

Assalamualaikum...
Ini nota terakhir saya untuk awak. Ya...untuk awak yang dah tinggalkan saya untuk selama2nya. Awak pergi tanpa tinggalkan pesan pada saya, tanpa tinggalkan sebarang nota, sebarang kata2. Tau2 awak dah ilang. Awak dah pergi. Saya dah tak ada awak. Saya dah kehilangan awak.

Sejujurnya pekenalan kita selama 6 tahun bermula dari 13 MEI 2006 hingga 13 JULAI 2012 membuatkan saya gembira. Walau hati kadang tersentuh tapi saya anggap itu dugaan dalam satu hubungan. Saya tak mengharapkan ini kesudahan cerita kita. Saya tak mengharapkan ini pengakhirannya. Walau 2 tahun yang lepas banyak konflik antara kita, tapi saya tak pernah mengimpikan ini kesudahan bagi segala2nya. Saya tak pernah terfikir ini titik noktah dalam cerita yang kita ukir selama 6 tahun ini. 

Kita berpisah bukan atas kehendak saya. Bukan atas kehendak awak juga. Mungkin 50% kehendak awak dan 50% lagi kehendak saya yang terpaksa melepaskan awak pergi demi kebahagiaan awak. Itu mungkin pengorbanan saya untuk awak.Saya serahkan awak pada dia sebab saya tahu pada ketika itu saya bukan siapa2 lagi dalam hidup awak.Dari jauh saya doakan awak. Mungkin selepas itu, hati saya terisi dengan sesorang tapi seriusly saya tetap rasa kosong. 4 tahun saya ada awak. 4 tahun awak menjaga saya. 4 tahun awak hiburkan hati saya. Tapi mungkin kita gagal mecari titik keserasian yang akhirnya membuatkan kita terpaksa berpisah demi bahagia masing2.

2 tahun saya cuba bangkit dari kekecewaan. Saya belajar terima keadaan ini. Saya belajar hidup tanpa awak. Saya belajar melupakan segala janji2 dan harapan yang pernah diberikan. Saya belajar menjadi seorang perempuan yang kuat dan tabah.

Tapi awak percayalah andai awak tanya kawan2 saya, mungkin mereka tahu apa yang terjadi pada saya. Mungkin mereka ada jawapan untuk soalan2 "siapa awak pada saya". Kawan saya pernah cakap ada 2 sebab yang boleh buatkan saya mengalirkan air mata. Pertama bila saya tak dapat jawab exam dengan baik. Kedua sebab awak. Begitu istimewanya awak pada saya kan. Saya boleh bazirkan air mata saya dari perjalanan dari Kluang ke Melaka semata2 awak. Ketika itu saya benar2 merasakan harapan saya hancur, musnah dan punah. Kita gagal selamatkan hubungan kita. Saya sedih saya terluka.

Awak sangat istimewa pada saya sebab awak lelaki pertama yang mengajar saya tentang apa itu cinta, apa itu rindu. Mungkin sebab itu saya sukar lepaskan awak, saya masih carik awak, saya masih rindu awak. Bangun dari tidur saya ingat awak. Nak tido nanti wajah awak juga yang terlintas di mata saya. Sukarnya saya nak padam nama awak dalam kotak hati dan ingatan saya. Saya cuba untuk bersama orang lain. Mungkin saya berjaya tapi tak siapa tahu tentang hati saya kan?

Dan pada waktu ini, air mata saya masih tak henti2 mengalir. Bukan saya tak redha. Bukan saya tak pasrah. Bukan saya tak rela tapi adakala hati saya tak kuat untuk menerima hakikat kehidupan ini. Saya sering tertanya sendiri betul ke awak dah tak ada? Betul ke awak dah pergi? Saya dah ilang awak ke? Saya tahu tak sepatutunya saya persoalkan kenapa dan mengapa kerana ia menunjukkan saya persoalkan kerja Allah. Tapi sekali lagi hati saya masih tak bersedia untuk menerima berita yang sangat melukakan ini. Hati saya tak kuat. Sungguh hati saya tak kuat. Saya lemah.

2 tahun dulu awak tinggalkan saya. Tapi saya percaya mungkin harapan saya dengan awak masih ada. Andai saya rindu, saya boleh SMS awak. Andai saya teringat, saya boleh CALL awak. Ternyata harapan itu  masih ada untuk saya. Awak kembali menghubungi saya. Tak siapa yang tahu saya sangat gembira. Tapi saya ego untuk mengatakannya. Saya keraskan hati saya. Saya takut hati saya terluka buat kali kedua. Saya tak layan awak. Saya katakan pada awak saya ada orang lain. Memang saya ada orang lain. Saya ada Mr Cool pada ketika itu. Tapi hakikat ini terpaksa saya akui yang saya rasa dia tak boleh jaga dan sayang saya seperti yang wak buat. Saya masih merindui awak tapi saya tak nak mengaku. Egonya saya.

Awak sendiri tahu yang saya masih sayangkan awak kan? Awak sendiri dapat rasa. Mungkin saya boleh tipu orang lain tapi saya tak boleh tipu diri saya sendiri. Awak mahukan peluang kedua. Kalau saya tak fikirkan hati orang lain, saya dah lama terima awak. Tapi saya ada hati yang perlu di jaga. Hati mak bapak saya, hati keluarga saya, hati kawan2 saya. Sampaikan kadang2 saya rasa bengang. Saya nak cakap kat mereka tak boleh ke mereka lupakan apa dah awak buat pada saya dan ingat segala kebaikan awak pada saya. Tapi saya tahu mereka tak nak lihat saya menderita sebab mereka dah lihat bertapa merananya saya saat ditinggalkan awak suatu ketika dahulu. Saya akur. Perlahan-lahan saya belajar melupakan awak. Tapi percayalah, semakin kuat saya cuba semakin kuat ingatan saya pada awak.

Tapi Alhamdulillah saya sempat jumpa awak selepas 2 tahun tak bersua. Saya nak tengok keadaan awak. Saya mahu tahu awak semakin bahagia atau sebaliknya. Ternyata awak dah sama tak macam dulu. Awak kurus. Kurus sangat. Kita dah jauh berbeza. Kita tak macam dulu lagi.

Awak saya mintak maaf. Di saat akhir awak, awak mahu jumpa saya. Tapi saya tak dapat tunaikan sebab saya sedang berdepan dengan final exam. Saya tak nak emosi ini menganggu saya. Tapi instinct saya kuat. Saya rasa ada sesuatu yang tak kena. 2, 3 hari saya sangat merindui awak. Saya menangis sendiri. Saya simpan rindu saya sendiri. Saya tak luah pada sesiapa. Kemudian awak call. Saya angkat dan awak sangat gembira bila dapat mendengar suara saya. Awak mahu saya kembali pada awak. Awak mahu kita macam dulu. Awak merayu pada saya. Saya mintak diberi masa. Saya nak awak belajar macam mana susahnya nak dapatkan sesuatu yang kita sayang supaya selepas ini awak akan belajar untuk lebih menhargai.

Malam itu (12 Julai) saya tunggu awak call. Penat saya tunggu tapi saya hampa. Entah kenapa malam itu saya teringin mahu dengar suara awak. Saya betul2 mengharap awak call tapi awak tak buat seperti yang saya harapkan. Tapi saya dah fikir masak2 malam(13 Julai) saya akan call awak. Saya nak cerita macam2 dengan awak. Saya nak beri awak peluang kedua jugak. Tapi apa yang saya rancang tak menjadi. Saya dapat berita yang sangat menyedihkan. Berita yang sangat memilukan. Berita yang buat saya menjadi semakin lemah.

Awak pergi tinggalkan saya selama2nya. Saya seru nama awak. Saya harap ini mainan perasaan. Saya harap ini hanya mimpi. Saya pejamkan mata. Saya harap bila saya buka mata ini, ini semua tak benar. Tapi tekaan saya salah. Awak tetap pergi. Dulu awak tinggalkan saya sekejap tapi sekarang awak tinggalkan saya untuk selama2nya.

Percayalah walau pada hari itu saya tak berada di sisi awak, saya tak duduk du barisan hadapan saat jenazah awak di semadikan seperti yang DIA buat, walau air mata saya tak mengalir tapi percayalah, apa yang saya rasa lagi hebat dari dia. Saya berpisah dengan awak bukan atas kehendak saya, tapi dia berpisah dengan awak atas kehendak dia yang sudah ada orang lain. Saya kenal awak 6 tahun tapi dia kenal awak baru 2 tahun. Apa yang saya rasa lagi menggila dari dia. Walau saya nampak kejam kerana tak menangis tapi hakikat sebenar hanya Allah yang tahu.

Saya lihat awak malam itu di saat hanya keluarga awak yang berada di sisi awak. Saya tatap lama wajah awak. Saya renung sedalam2nya wajah awak. Awak tenang di pembaringan awak. Wajah awak bersih. Saya lihat awak tidur dalam lena yang panjang. Wajah inilah suatu ketika dahulu yang selalu membahagiakan saya. Wajah inilah suatu ketika dahulu yang menghiburkan hati saya. Dan wajah inilah suatu ketika dahulu yang sering menghargai kehadiran saya dalam hidup awak.

Saya lambai awak dari kejauhan. Saya lihat jenazah awak di semadikan. Saya dengar saat talkin di bacakan. Saya pilu awak. Saya tak pernah menyangka ini saat terakhir kita. Saya tahu bila awak selamat disemadikan, ini bermakna kita dah terpisah jauh beribu batu, kita dah terpisah dunia. Awak sedang dalam perjalanan menuju kekasih hati kita. Saya doakan awak selamat sampai. Dulu saya ingat lagi, saya pernah cakap pada awak saya nak biar saya pergi dahulu dari awak. Saya tak nak berdepan dengan kesedihan ini. Tapi akhirnya saya yang perlu berdepan dengan kesedihan ini. Saya sakit. Saya menjadi semakin sakit bila saya tak dapat luahkan apa yang saya rasa.

Sejujurnya saya tak tahu siapa saya dalam hati awak di saat2 akhir awak. Tapi kawan awak, kawan saya semua cakap saya sentiasa di hati awak. Saya antara orang yang awak sayang di saat2 akhir perjalanan hidup awak. Ya saya tahu tapi saya nak awak juga tahu yang saya tak pernah lupa awak, saya tak pernah benci awak dan nama awak sentiasa terukir kemas di hati saya.

Awak, separuh hati saya ada pada awak. Awak tak sempat nak pulangkan kan? Macam mana saya nak hidup dengan separuh hati ni? Terlalu banyak impian kita yang tak dapat dilaksanakan. Awak kata awak tunggu saya, awak kata awak mahu saya jadi suri awak. Tapi kenapa awak pergi dulu? Kenapa awak tinggalkan saya lagi? Awak tak boleh tunggu saya lagi? Tapi saya pecaya awak seorang lelaki yang baik. Awak anak yang baik juga. Sebab itu Allah ambil awak sekarang sebab Allah lagi sayang awak dari saya dan keluarga awak.Baru saya tahu hikmah di sebalik perpisahan kita 2 tahun yang dulu. Allah nak saya belajar hidup tanpa awak. Allah nak saya biasakan diri tanpa kehadiran awak di sisi saya supaya saya menjadi semakin kuat untuk berdepan dengan perpisahan yang selama2nya ini.

Awak. Saya redhakan pemergian awak. Saya relakan pemergian awak. Awak pergi menemui kekasih hati kita, pada hari Jumaat penghulu segala hari. Bukankah itu petanda yang baik? Saya harap perjalanan awak dipermudahkan kerana doa saya sentiasa mengirinigi pemergian awak.  Saya tak nak sedih lagi sebab saya nak awak gembira dengan kehidupan baru awak.Kalau saya rindu, saya boleh kirimkan doa saya. Kalai saya rindu, saya boleh mengadu pada Allah.

Awak pergilah tapi janji jangan buat saya sedih lagi, jangan buat saya rindu lagi. Selamat tinggal Saiful Azmil bin Kidam. May you rest in peace. Al-Fatihah.


Wahai aingin sampaikan salam rinduku buatnya.....

Thursday, July 12, 2012

Down and Up

" if u feel that u are very down, just close your eyes and say

'this is my journey. He puts me here.
Its his plan. so I have just to carry on and trust Him'

Thank u Allah"

Sunday, July 1, 2012

Welcome July...:)

1 Julai 2012...
Hari ini hari jadi Aca...Happy bezday....:)
Hari ini Mira kawen...Selamat Pengantin Baru....:)

Hari ini Along n Angah balik kampung...sobsob....:(
Hari ini tengok Fb kwn2 ex matrik sume dah tamat pengajian...:)

Hari ini Nabilah Husna pulang ke tanah air setelah 5 tahun di Jordan...:)

Hari ini aku......
Exam.....:(
Hari Ahad ade exam...What the...nampak tak perbezaan aku dengan mereka sume....Sume bergembira kawen la, hari jadi la, balik Malaysia la....
Tapi aku....sobsob....:(

"nota nampak macam hebat konon2"
"tapi time jwb soalan ape2 aje jwb"
"pembakar semangat time malas"
"mak bagi cik manja untuk temankan study"


Saturday, June 30, 2012

Aku Dah Cakap...:p

Salam kawan2 sume....Haha...Aku nak gelang guling2 arinie...especially utk sume penyokong Germany (what the)....Haha....Tue lah hangpa sume berlagak kat ceq kan....Italy memang la bukan pasukan favourite sume orang which is setiap kali aku pakai jersey Italy aku tue sume boo aku...Gelak kan aku kate Italy tak kuat.

Housemate aku siap cakap

"weh watpe pakai baju team yang bakal kalah"

Wah....sentap siot....

Budak sebelah umah aku yang konon2 fan Portugal siap booo Italy...

Korang!!!....

Italy layak ke final ok....

Korang ade? Tak ada kan...
Hahaha....Padan muke....


"sekadar hiasan"

akunakcakap: ade orang bet ngan aku kalo Italy mng dia nak kawen dgn aku. kalo Italy kalah aku kene kawen ngan dia...ok itu kelakar...;p

Sunday, June 24, 2012

10 Tahun Mejandi Sang Perindu...:(

10 tahun aku simpan rindu aku sorang-sorang
10 tahun aku menjadi sang perindu yang tegar
10 tahun aku melatih diri aku supaya belajar menjadi kuat dan redha
10 tahun aku pujuk diri aku agar merelakan pemergiannya bertemu kekasih hati, Allah Aza Wajal


Aku tahu setiap pertemuan pasti akan ada perpisahan. Aku yaqin akan hal itu. Walau saat hayatnya, aku tak berkesempatan untuk mengucapkan kata-kata terima kasih kerana sudi menjaga serta mendidik aku, aku tiada peluang untuk memohon seribu kemaafan atas segala salah silap aku, namu InsyaAllah selagi hayat di kandung badan, aku tak akan lupa untuk mengirimkan sepotong doa buatmu.

Di kala ini, aku masih belajar menerima pemergiaanmu dan belajar memujuk hati di kala hati menjadi begitu rindu buatmu nenek. Semoga bersemadi dengan aman...20 Jun.... 

Friday, June 15, 2012

Berita Baik U Olls...:)

Salam u olls....Dah awat i gedik sangat ni u olls? Haa ni mesti sebab nak kawen ni kan? U olls nie gatal betul kan....Asal i gedik sikit aje u olls ingat i nak kawen kan....

U olls....I ade berita baik ni u olls. Ok siape kat sini yang sedang bercouple? Atau dalam "Melayu"nya siapa kat sini yang hatinya sudah dimiliki, ditawan, ditaklukki atau seumpamanya? Haa cepat2 angkat kaki angkat tangan angkat gigi angkat mata semua u olls....

U olls....If u olls sekarang sedang melalui zaman2 kematangan ni kan u olls mesti u olls ade pasang hajat nak hidup berdua...bertiga....berempat...bersepuluh...kan u olls kan....Ada...Baik ngaku...So u olls rasa u olls dah bersedia ke u olls? Haa nak tahu tahap kesediaan u olls meh check it out....(Omputeh sangat u olls)...

Untuk Gentleman:

  • Make sure diri u olls dah cukup baik cukup lengkap untuk menjadi seorang imam pada makmumnya. Kalo Subuh pon masih lubang sana sini, u olls go back and practise yeh.
  • Make sure u olls struktur kewangan u olls dah cukup mantap. Kalo nnt lepas kawen duit tak cukup hutang sana sini dengan Along la Angah la tak ke naya u olls? Dengan cinta semata-mata tak boleh nak anta anak u olls gi sekolah tahu?
  • Yang ni part penting gak. Latih diri u olls (maksud di sini paksa diri u olls jangan nak manjakan sangat) untuk bangun seawal pagi and then siapkan diri u olls dan ahli2nya untuk berjemaah bersama. U olls sweet sangat tau kalo pg2 sang suami kejutkan sang isteri untuk ajak solat ...:)
  • Latih diri u olls untuk sentiasa bersikap sabar, cool and then try seboleh mungkin untuk tidak menaikkan tangan, kaki, kepala lutut dan sebagainya time u olls gaduh walaupon tentang hal2 kecik. Sebagai contoh team bola sepak u olls kalah dengan team bola sepak yang di sokong oleh sang isteri. Jangan pulak nanti u olls ambik kerusi baling kat sang isteri u olls. Biadap sangat u olls. Tahu?

Untuk Gentlewoman:

  • Cakap pasal kawen ni u olls la orang yg palig happy kan u olls. Lompat sana sini ye dak?. Tapi u olls tahu tak tanggungjawab u olls lepas ni besar? U olls kene ingat u olls dah tak bole nak jd budak2 sangat u olls. Tak sesuai gitu. U olls kene ingat semua yang u olls buat adalah untuk suami u olls. U olls kene jaga maruah sang suami. Sebagai contoh kalau before ni u olls freehair atau seksi ke seksa ke, u olls latihlah diri u olls untuk menutup ape2 bahagian yang tak sepatutnya dilihat orang lain melebihi suami u olls...Paham dak?
  • Paling penting u olls....Kene pandai masak. Kalo setakat u olls nak bangga bagitahu satu kampung u olls pandai masak maggi, nasi goreng...baik lupakan u olls. Adik i yang darjah 3 pon pandai u olls. U olls kene la belajar menu2 lain yang lebih mencabar kewibawaan u olls sebagai pompuan yang cun melecun tu. Paling koman pon u olls latih diri belajar 7 menu berbeza. So dalam masa seminggu u olls boleh rotate lauk2 tue. Baru la suami u olls sayang u olls dak?
  • U olls kene belajar diri u olls sikap sabar. Jangan nak bebel 24/7 u olls. Bosan tahu? Haa u olls tak nak suami u olls carik yang lain kan. So belajar la control diri dengan cara berdiskusi. Kan lagi professional tu.
  • Lastly u olls...Paling penting untuk menjadi Makmum terbaik pada Imamnya, u olls kene la jaga solat jaga hubungan u olls dengan Allah. Bukan setakat jaga hubungan dengan sang suami aje u olls. Ingat tue...Baru lah masjid yang u olls dirikan bahagia aman damai selamanya. Ingat u olls jage maruah suami u olls, layan mereka sebaik mungkin. Janji Allah pada u olls adalah Jannah. Sweetnya kan u olls.

So u olls...Ingat kawen tue mmg senang tapi untuk me"maintain"kan sebuah masjid yang u olls bina tue amat susah kalau u olls tak ade pengetahuan yang mendalam untuk bidang yang satu ini.Paham? So asah bakat dulu, mantapkan pengetahuan u olls before u olls move to the next step ok. Paling penting u olls kalau dah hidup berdua ni masa tidur yang paling banyak dikorbankan kan u olls??? Ah sudah u olls mesti pk lain kan. Gatal...

Salam permisi u olls...:)


Saturday, June 2, 2012

Allah Masih Sayang Kite..:)






Salam....Ok intro i ariie (gedik sangat nak gune i tau) agak lain dari kebiasaan which is aku letak picture yang agak jiwang2 bagai. Aha...aku tak tau nape aku bangun tido tadi tibe2 aku rase gedik layan mood jiwang sampai meleleh2 air mata bengkak2 mata mengenang nasib diri yang tak berpenghujung. (Ok bab nanges tue aku tipu)

Entah nape dah 2 3 ari aku terpikir masa depan aku yang agak kelam dari orang lain. Hahah....orang lain tu pon kawan2 aku aje. Semalam lepaking ngan kwn2 sekolah then rasa "aghhhhh....tension". Hahah...Kawan baik aku bakal menamatkan zaman bujang pada hujung bulan Jun ini. Weh tak sampai sebulan lagi weh. Aku jelez. Pastue lagi sorang tue pon bakal bertunang !5 September ni. Aghhh tension jugak. Jelez sangat. Yang sorang lagi bakal berkahwin tahun depan. Yang sorang lagi sudah ade steady dan tunggu bila2 sahaja boyfie dia nak ajak menikah. Weh ape nie weh. Huahua....Kawan baik aku yang sorang kat u tu pon bakal ikot jejak mereka. Tension ok. Serius wa cakap wa tension.Wa nak jugak weh. Heheh...Gatal kau kan. 

Dorang semua dah nampak masa depan dorang sedangkan aku yang dah berusia 23 tahun ni habuk pon tarak., Aghhh malas nak cakap.

Ok aku percaya semua yang berlaku ada hikmah. Allah tak kan menguji hambanya without any reason. Aku percaya tue. One more thing aku rasa diri aku tak cukup baik, tak cukup sempurna lagi untuk benda2 tue. Yelah maybe aku solat mengaji tapi ianya tak cukup kuat untuk aku, tak cukup sempurna buat aku yang serba serbi lemah. Mungkin kalau Allah mengurniakan aku dengan seorang "Arjuna" buat masa ini diri aku tak sebaik orang lain untuk handle benda2 ni. Mungkin dengan adanya hubungan tu ianya akan mendorong nafsu syahwat aku ini untuk buat benda2 yang tak baik which is maksiat la kan. Maksiat dari segi hati dari segi mata and sebagainya. Dosa aku ni dah terlalu banyak. Sebab tu Allah tak nak tambah dosa aku yang satu ni. So Allah bagi aku sendirian sekarang untuk mantapkan iman aku untuk asah hati aku menjadi seorang hamba yang baik and Allah nak aku dekat dengannya. 

Sebabnya adalah aku tak cukup baik untuk benda2 ni lagi.

akunakcakap: untuk kawan2 aku nak say "congratulation". Aku gurau aje tadi. Aku tak jeles pon. Hehe,,,Semoga berbahagia. Aku gembira bila tahu korang dah melangkah setapak ke hadapan...:)