As-salam...
Aku just nak cakap terima kasih banyak-banyak pada brader PJH. Erk...aku tak tahu PJH stands for what tapi office dia dekat Presint 2 Putrajaya. If im not mistaken la kan. So sapa2 kerja atau kenal brader2 yang kerja kat PJH sila bagitahu aku. Hehe.
Semalam minyak kete aku habis and brader PJH ni yang tolong aku. Dia anta aku sampai Petronas Presint 18. Aku tak sempat nak cakap terima kasih kat dia sebab sampai aje kat Petronas tu, Along call and aku dok cakap2 dengan Along. Tapi aku perasan brader PJH tu macam tunggu aku. Rasanya aku sempat cakap terima kasih sekali tapi macam tak sepenuh hati. Huhu. So aku plan lepas cakap dengan Along, aku nak jumpa brader tu and kawan2 dia nak cakap terima kasih and paling koman pon nak bagi Kit Kat. Tapi malangnya mungkin lama sangat tunggu, and dia tahu Along nak datang, dia terus bla.
Aduh...aku macam tak sedap hati lak sebab tak sempat cakap terima kasih dengan seikhlas hati dan sepenuh jiwa pada dia. Maafkan aku brader PJH. Harap aku boleh terserempak lagi dengan dia sebab aku memang betul2 hutang ucapan terima kasih.
So sesiapa kenal brader PJH ni sila bagitahu aku tau. Yang aku ingat dia tinggi, kurus, putih and muka macam mix2 sikit. Brader PJH.....Terima kasih....:)
Thursday, February 7, 2013
Monday, February 4, 2013
Cerita Praktikal Gue
As-Salam....
Hye hye....aku dah start praktikal. Kat company Tax & Company Secretary...somewhere at Kajang. Aku yang pilih that company sebab company tue kecik so chance untuk aku belajar banyak benda luas. Tak ada lah aku duk goyang kaki ala-ala bos nanti.
So far okey aje kot. First day aku dah kena wat akaun. Kawan-kawan pon okey kot since aku ni jenis yang tak reti nak start conversation with new people, so aku diam aje lah. Aku dengar aje dorang dok sembang ape. Aku pura-pura buat kerja padahal aku dok pasang telinga. Hehe.
Tiba-tiba rindu zaman praktikal kat Agro Bank. Kat sana kawan-kawan friendly. Aku reti sembang dengan dorang. Aku jadi diri aku sendiri. Sampaikan one of the staff that i called "abah" bagi nama gelaran "Taiko" kat aku. Hehe. Taiko la sangat. Maybe sebab aku banyak cakap kot. Kat tempat baru ni aku tak tunjuk diri aku yang sebenar lagi.
Aku harap aku berjaya lah untuk praaktikal kali ni. Tinggal satu sem aje weh. Pastue aku dah boleh kerja. Yeay!
akunakcakap: banyak benda berlaku dua tiga harinie. Harap aku dapat lalui dengan kesabaran.:)
Saturday, January 26, 2013
Budak Sekarang
As-salam...
1940
Fatimah Bt Abu
1989
Nor Syahidah Bt Jamil
1996
Nor Aza Alishah Bt Mohd Fuad
2012
Mohd Daniel Aswad Bin Shahrul Effendi
2025
Nor Nadia Senrose Zaqyah Almy Bt Mohd Adli Fairuz
2076
Mohd Fathul Syahmil Azaim Aamir Aatiff Bin Mohd Daniel Aswad Hafiz
Annur Hani Danielle Syerry Tiz Emma Fellah Adriana Bt Effendi Ghous Maembong Adli
akunakcakap: aku syak kalau pergi klinik mau beratur panjang gara-gara nama panjang sangat nak dipanggil
1940
Fatimah Bt Abu
1989
Nor Syahidah Bt Jamil
1996
Nor Aza Alishah Bt Mohd Fuad
2012
Mohd Daniel Aswad Bin Shahrul Effendi
2025
Nor Nadia Senrose Zaqyah Almy Bt Mohd Adli Fairuz
2076
Mohd Fathul Syahmil Azaim Aamir Aatiff Bin Mohd Daniel Aswad Hafiz
Annur Hani Danielle Syerry Tiz Emma Fellah Adriana Bt Effendi Ghous Maembong Adli
akunakcakap: aku syak kalau pergi klinik mau beratur panjang gara-gara nama panjang sangat nak dipanggil
Friday, January 25, 2013
Masa Paling Sesuai Untuk Berselawat
As-Salam
Salam Maulidur Rasul semua. So hari ini just nak share ngan awak-awak semua masa yang sangat sesuai untuk kita berselawat ke atas junjungan Rasulullah SAW.
Salam Maulidur Rasul semua. So hari ini just nak share ngan awak-awak semua masa yang sangat sesuai untuk kita berselawat ke atas junjungan Rasulullah SAW.
- Ketika mendengar orang menyebut nama Nabi SAW
- Sesudah menjawab azan dan sebelum membaca doa azan
- Sesudah wuduk, sebelum membaca doa
- Pada permulaan, pertengahan dan penutup doa
- Di akhir qunut dalam solat
- Di dalam solat jenazah
- Di antara takbir hari raya
- Ketika masuk dan keluar masjid
- Setiap waktu pagi dan petang
- Hari Khamis malam Jumaat
- Ketika telinga berdesing
- Ketika terlupa sesuatu perkara
- Ketika mengalami kesusahan dan kebimbangan
- Ketika memulakan sesuatu kerja yang baik mahupon yang penting
- Masa menghadiri perhimpunan yang baik
- Waktu meninggalkan sesuatu majlis
- Ketika berziarah di makam Rasulullah SAW
akunakcakap: sesibuk mana kita pon, jangan lupa untuk berselawat ya.Just sharing. Thank u...:)
Thursday, January 24, 2013
Bila Umur 24
As-Salam dan Salam Maulidur Rasul dan Salam Satu Malaysia...(feeling2 jadi PM)
Bila umur 24.. Apa yang kau rancangkan dan apa yang kau fikirkan?
Bila umur 24...Ramai yang bertanya aku especially makcik2 kat kampung bila nak kawen? Bila nak ada anak? Aik...Memang umur 24 dah wajib kawen ke?
Bila umur 24...Ramai kawan2 aku cakap sepatutnya umur 24 dah kena ada steady boyfren. Sepatutnya. Yeke? Kalau umur 24 tak ada nampak pelik sangat ke? Nampak macam tak laku eh?
Bila umur 24...Most of my frens sedang menuju ke satu lagi langkah sama ada kawen atau tunang. Ye aku ada 6 orang kawan baik zaman sekolah. Mira dah selamat kawen tahun lepas. Syazlina tahun ni in sha Allah bulan 3. Dayah pulak ikut plan bulan 9. Wani pun plan lepas abes belajar sama ada bulan 6 ke 10 ke tak tahu lah yang penting tahun ni. Ecah dah keje and maybe sedang menuju ke gerbang perkahwinan. Yang tinggal aku sorang. Sobsobsob.
Bila umur 24...Sepatutnya aku dah habis degree. Sepatutnya tapi aku ada baki satu tahun lagi sebelum aku betul-betul disahkan pemilik Bachelor (Hons) in Accountancy. Pray for me yeah. Owh ya aku lambat habis study bukan sebab repeat banyak2 paper ye. Bukan.
| "21" |
![]() |
| "22" |
![]() |
| "23" |
Bila umur 24...Aku terasa aku dah tua.
Monday, January 21, 2013
End Of Semester
As-salam...
Yeah...Finally habes gak kau final. Berjanggut aku tunggu. Habes final maksudnya dah abes semester 6. Yeay...dah besar. Nak masuk sem 7 dah.
Cakap pasal sem 7 maksudnya sem depan aku praktikal. Huu...Boring. Kena bangun pagi-pagi. Iron baju kurung. Keluar rumah pagi-pagi kalau tak nak jem. Masuk ofis buat keje, tension sikit, ngantuk sikit. Petang balik rumah. Aghh boring.
Yeah...Finally habes gak kau final. Berjanggut aku tunggu. Habes final maksudnya dah abes semester 6. Yeay...dah besar. Nak masuk sem 7 dah.
Cakap pasal sem 7 maksudnya sem depan aku praktikal. Huu...Boring. Kena bangun pagi-pagi. Iron baju kurung. Keluar rumah pagi-pagi kalau tak nak jem. Masuk ofis buat keje, tension sikit, ngantuk sikit. Petang balik rumah. Aghh boring.
![]() |
| "Major presentation for sem 6" |
Thursday, January 17, 2013
2013
Assalamualaikum....
Exam mood...Bosan la mengadap buku...Mengadap la sangat kau tu...Huhu...
Kenapa kena ada exam ha? Tak boleh ke kalau tak ada?
Exam...Lepas exam praktikal...Lepas praktikal kawen...Ah itu hanya ilusi budakkuat berangan macam aku ni.
Azam 2013? Tak payah nak azam sangat...Belum tentu Azam anak Cik Jijah sebelah rumah tu ada azam. Ni kan kau yang bernama Zilla...huh
![]() |
| "jangan kerana kita mengejar kebahagiaan kite menjadi tidak bahagia" |
akunakcakap: Untuk awak..semoga Al-Fatihah 2013 menjadi penghubung kita...:)
Subscribe to:
Posts (Atom)




.jpg)