Saturday, December 7, 2013

Final Semester:)

Assalamualaikum wbt...

Yeay! Dah kenapa kau tetiba nak yeay bagai ni. Counting days. Hampir 40 hari sahaja lagi nak habis study. Wah tak sabar sangat tau. Hari-hari aku dok kira hari. Tak sabar nak tunggu January 2014. Tak sabar nak kerja. Tak sabar nak pegang duit hasil kerja keras sendiri. 

Tapi tapi tapi nak menunggu ke January 2014 tu banyak cabarannya tau. Bukan senang-senang pejam mata yeay dah habis. No no tak semudah di sangka.

Student kan...kalau cakap pasal student compem orang pikir assignment, test, quiz and so on. Ye memang cabaran menjadi final year student tak seindah mimpi. Gitu. Pert 8 as accounting student so tough. Too many presentations, assignments and blabla. So complicated. Tidur tak cukup. Rushing sana sini. Selalu dah nak dekat study week ni aku rasa assignment makin kurang tapi yang la ni makin bertambah dari hari ke hari. Tension mak.

Pastu sem ni aku ada subject Integrated Case Study yang mana kita akan diberi 4 case study. Kau kena cerita pasal case study tue, find the issues, solve the problem, give ur own recommendation, interview any SME company and need to relate with the case. All the presentation must be in creative way means lecturer tak nak presentation yang biasa-biasa. Kau nak nyanyi ke, berlakon ke, debate ke lantak kau la janji apa yang kau nak sampaikan lecturer paham. Haa gitu.

Subject FAR600 pun bagi aku susah sebabnya kita belajar accounting in theory. No calculation and sampai sekarang pun aku tak paham. Kuikui. Subjek membaca ni aku lemah tau sebab aku very pemalas nak baca plus setiap kali aku nak baca, aku tidur dulu. Haa macam mana nak buat tu.

Kadang-kadang orang cakap belajar akaun ni mana susah pun if nak compare dengan engineering and medic. Aku malas nak argue sebab bagi aku semua benda pun ada cabaran masing-masing. Lagipun tak kuasa nak lawan cakap dengan orang yang hanya pandai menghukum. Semua orang tak kan paham apa yang kau rasa melainkan mereka merasainya sendiri kam. Whatever

Hati

Hati rindu. Betul aku rindu. Dont know how to describe this feeling. Tapi demi Allah aku rindu. Rindu semua kenangan lama. Macam mana nak hapuskan semua rasa rindu kalau 24 jam aku fikir pasal dia. Aku betul-betul rindu sampai kadang-kadang aku tak tahu nak buat macam mana lagi. Tiap kali aku rindu, aku dah doa, aku dah ngaji. Tapi aku masih rindu. Bila rindu makin menggila, aku tidur. Tapi aku hampa bila pejam mata air mata masih mengalir, bantal basah, mata bengkak. Allahu. Aku tahu kau tak akan uji aku kalau aku tak mampu.

Pesan mak dia "carilah pengganti dia tapi jangan sampai lupa kenangan kami" 
Pesan mak aku "mak tahu adik sedih adik kecewa tapi nak buat macam mana lagi. Dia dengan adik dah berbeza dunia. Tak mungkin bersama"

Kadang-kadang bila aku duduk sorang-sorang, kenangan kami datang bergolek-golek. Teringat setiap kenangan yang ada. Teringat semua kenangan pahit dan manis. Teringat setiap senyuman dan titis air mata yang pernah mengalir. Teringat setiap mesej yang pernah diterima dan diberi.

Teringat detik terakhir aku dan dia. Malam terakhir dia call dan mesej. Dia bagitahu nak balik kampung. Dia sempat pesan "jangan lupa makan dan jawab exam betul2". Aku ingat pesanan tu and aku suka yang teramat sangat. And malam tu jugak dia sempat mesej "B, abg nak kita macam dulu". Aku senyum. Kau tunggu, tiba masanya aku beritahu berita gembira pada kau. Tunggu aku habis exam.

Malam tu. Aku tak sabar tunggu jam 12. Aku tak tahu kenapa aku tunggu waktu tu tapi betul, satu hari aku berdebar-debar dan tak sabar menunggu tibanya waktu tue. Aku keluar pergi makan and tertinggal handset. Tak pe. Memang selalu aku tinggal handset and rasanya tak ada benda urgent.

Balik makan. Aku carik handset. Ada berpuluh miscall. Ada 2 mesej. Mesti dari dia. Aku suka. Tapi hampa. Bukan dari dia. Dari kawan dia. Aku call balik dengan hati berdebar. Entah aku rasa tak sedap hati.

"Hello. Zilla ya?"
"Ya saya. Knp ya?"
"Tau tak Saiful dah tak ada?"

Time tu aku tak tahu apa yang aku fikir. Aku menagis, meraung2. Aku jalan ke hulu ke hilir. Aku tendang semua barang dalam bilik. Last sekali, aku pergi kat Kak Huda and peluk dia. Tapi aku sendiri tak tahu apa yang aku cakap. Malam tu jugak even dah lewat malam aku pergi rumah dia. Aku nak tengok dia. Itu aje. 

Satu hakikat yang aku perlu terima. Dia dah tak ada. Dia dah tinggalkan aku. Aku tak sempat nak cakap apa-apa kat dia. Aku tak sempat nak mintak maaf kat dia. Entah. Aku rasa kosong. Even dah lebih setahun dia pergi, aku masih macam ni. Masih mengenang cerita lama. Aku pun tak tahu sampai bila tapi in shaa Allah tiba masanya, aku akan move on dan tak akan menoleh ke belakang lagi. Al-Fatihah.



Tuesday, August 20, 2013

My Internship:)

As-salam.

Alhamdulillah internship program dah lama berlalu. Sekarang duk goyang kaki duk goyang tangan tak tahu nak buat apa kat rumah. Dah macam cacing kepanasan aku rasa dah. Nak kerja malas. Nak melepak tak tentu hala malas. Tidur aje aktiviti yang paling rajin aku buat masa ni. Tak ada life aku ni.*

Ok mai lah aku cite sikit pengalaman aku masa internship. Best ke internship kau? Eh mestilah best. Best sangat sampai rasa sedih nak berhenti. Betul! Aku tak tipu.

Aku buat parktikal kat accounting firm area Kajang. Ok sikit pesanan kat adik-adik, akak-akak, abang-abang yang mana ambik kos account tu ake suggest nanti nak wat praktikal sila lah pilih accounting / audit firm ok. Banyak sangat benda yang kita belajar yang mana aku rasa ada kaitan nanti time nak kerja.

Beb, masa belajar kita belajar teori. Ntah benda apa aku belajar pun aku tak tahu. Tapi bila wat praktikal ni baru aku tahu apa kegunaan benda ni, apa kegunaan benda tu. Seriusly. Macam culture shock pun ada. Tiba-tiba "oh macam tu rupanya'. Kang kejap lagi "oh macam ni. Baru paham". Haa nampak tak kejakunan aku di situ. 

Nak-nak aku praktikal ni time peak period. Memang banyak dan bertimbun kerjanya. Pressure dan stress tok sah cakap. Muka aku yang memang ada jerawat ni makin bertambah-tambah la. Tekanan dari boss, tekanan dari supervisor, tekanan dari client yang macam-macam ragam satu hal. Aduhai time tu nak nangis pun rasa macam buang masa buang tenaga. Dari kau nanges baik kau fokus kat kerja kau sampai siap. 

Officemate aku cakap, siapa yang praktikak time peak period memang tak ada life. Sabtu Ahad pun kau kene kerja. Tapi itu hanya pilihan. Bukan satu kewajipan. Tapi kalau kau rasa kau nak busy time akhir-akhir dateline nanti, kau tak payahlah datang time hari minggu. Tapi time tu kau kena bersedialah nak balik kul 2 3 pagi dan bersedia kene maki hamun dari boss and sumpah seranah dari client. Siapa kat dunia ni yang sudi nak paham kau kan? 

Macam-macam ragam nanti kau jumpa. Orang yang macam tu orang yang macam ni. Client nak benda tu setel cepat untuk elak dia orang dari kena penalty dari LHDN tapi yang hampehnya so difficult to give their cooperation.

Ada satu pengalaman yang memang tak boleh aku lupa. Client kol aku marah-marah and siap nak bagitahu lecturer aku lambat buat kerja. Ok fine tapi dia tak tahu apa cerita sebenar. Call and marah perkara biasa kot. So aku perah segala kudrat yang ada cuba buat sehabis baik untuk pastikan segala akaun dan tax beliau siap sebelum dudate. Tapi ada beberapa dokumen tak lengkap dan bila aku call kerani dia, dia marah-marah aku macam aku ni pesalah pulak. Huwaa....Tapi alhamdulillah finally akaun dia siap gak tanpa perlu dia bayar penalty even 3x gak draft aku kene buat bila dia mintak changed certain amount.

Nasihat aku satu aje untuk adik-adik yang bakal menghadapi internship ni kan. Nak pilih tempat sila pilih betul-betul. Nasihat aku satu aje better pilih company kecil sebab chance kau nak belajar banyak benda sangat tinggi. Bila company tu kecil, kau tak akan fokus satu benda aje. Banyak benda kau kena belajar dan buat. So chance untuk kau faham dan pening tin tong lagi tinggi. Haha. 

Dulu masa nak pilih tempat memang lah aku mengada nak company besar dan bagi elaun banyak. Mata duitan sungguh. Tapi ikut pengalaman kawan aku yang praktikal tempat yang besar ni, dia cakap dia tak belajar banyak benda pun. Client seume jerung besar so semua benda pun private and so risky. So staff yang banyak buat. Compared to us yang buat praktikal kat tempat kecil, memang semua benda kau kena buat. Yang penting, internship is not about money but more to lerning process.

Sebenarnya aku nak upload gambar-gambar sepanjang praktikal tapi aku malas sangat. Sila jangan pertikai tahap kemalasan aku yang sungguh luar biasa ni ya. Nanti jap lagi aku cek whether aku ada turn on hibernate mode dalam badan aku ni. Kuikui. 

Ok gud luck pada semua para pembaca yang bakal menghadapi internship especially accounting students.

Monday, August 19, 2013

Kuatlah Wahai Pewiraku

As-Salam





"Ya Allah Ya Tuhanku
Aku mohon padamu Ya Allah
Kau berilah kekuatan kepada para pejuang di medan perang bumi Mesir 
Kau lindungilah saudara mara Islamku Ya Allah
Kau berilah kehancuran kepada mereka musuh Islam
Semoga kemenangan akan terus berpihak kepada agamaku, Ya Allah
Aku mohon padamu berilah kekuatan kepada para pewiraku
Amin...Amin...Amin..."


Al-Fatihah pada para syahid. Syurga pasti menantimu di sana dengan sebuah senyuman..:)

Friday, July 12, 2013

Kotak Hati Saya Untuk Awak (Part 2)

Assalamualaikum...

Genap 365 hari rupanya. Masya-Allah cepatkan masa berlalu. Tak sedar rupanya dah setahun berlalu. Setahun yang menyedihkan. Setahun yang sungguh sepi. Al-Fatihah.

Awak,
Dulu awak selalu cakap saya tak sayang awak. Saya main-main aje layan awak. Saya layan awak macam kejap suka kejap tak suka. Awak kata saya tak ada perasaan kat awak sepertimana perasaan awak kat saya. Awak cakap saya dah bomohkan awak sampai awak jadi gila kat saya.

Awak,
Dulu awak cakap saya suka marah. Saya tak sabar. Benda-benda kecik pun saya nak marah. Awak kata benda yang tak ada kaitan dengan hidup saya pun saya nak marah. Saya suka marah benda yang bukan-bukan. Saya suka carik pasal dengan awak. Saya suka lawan cakap awak. Awak kata saya degil.

Awak,
Dulu awak cakap saya suka nanges. Sikit-sikit nanges. Lepas saya marah nanti saya nanges. Awak kata saya cengeng. Benda remeh temeh yang tak patut nanges pun saya nanges. Awak kata saya tak matang.

Awak,
Dulu awak cakap saya tak memahami awak. Saya selalu ikut kepala saya. Saya nak awak ikut care saya, ikut cakap saya. Sampaikan satu tahap awak bosan dengan saya. Ya saya tahu saya memang tak memahami awak. Semua benda pun saya nak control. Time awak kerja pun kadang-kadang saya nak kacau awak.

Awak, 
Saya mintak maaf sangat. Even saya tahu kata-kata maaf ini sudah terlewat bagi saya, tapi saya harap Allah akan ampunkan segala salah silap saya pada awak. Sesungguhnya saya sangat merindui saat-saat kita awak. Walaupun saya degil tak mau dengar cakap awak, walaupun kadangkala awak tak sabar melayan kerenah saya, walaupun kadangkala perangai saya amat merimaskan hidup awak, tapi awak sedaya upaya menahan marah awak kan. Awak tak pernah pun tinggikan suara awak kat saya. Awak tak pernah marah saya. Awak cakap awak tak nak gaduh-gaduh sebab gaduh tu tak best. Bila gaduh nanti awak tak boleh buat kerja, awak tak boleh tidur. Haa awak rindukan saya kan? Saya tahu walaupun awak tak nak mengaku.

Awak,
Zaman kita dah tamat kan? Dah lama berlalu. Tapi awak akan tetap dalam ingatan saya, dalam hati saya jugak. Selama-lamanya.

Awak,
Di saat-saat akhir awak, awak cakap sayalah perempuan yang selalu sayang kat awak. Awak cakap kasih sayang saya kat awak melebihi perempuan lain yang pernah singgah di hati awak. Awak cakap bila kita jauh, bila kita berpisah barulah awak sedar akan kasih sayang saya. Baru awak tahu betapa saya setia kat awak, baru awak tahu betapa dalamnya sayang saya kat awak.

Awak,
Di saa-saat akhir awak, awak cakap saya tak pernah pun marah kat awak. Even awak dah banyak melukakan hati saya, awak cakap saya still leh terima awak. Saya masih boleh jawab call awak, mesej awak. Awak cakap awak tak pernah jumpa orang macam saya, yang sentiasa ingat kat awak walaupun awak banyak buat jahat kat saya. Awak, awak tak jahat mana pun. Cuma awak buat silap aje. Silap yang menjarakkan kita.

Awak, 
Saya masih suka nanges macam dulu. Bila awak buat sesuatu yang menyentuh perasaan saya, compem saya akan nanges. Sampailah satu ketika, bila saya dapat berita pemergian awak, saya nanges teruk samapai rasa macam tak sedar diri, sampai mata bengkak-bengkak. Tapi percayalah bila saya tatap jenazah awak buat kali terakhir, air mata saya kering. Saya tenang tengok awak. Saya nak awak bahagia.

Awak,
Di saat-saat akhir awak, saya tak tahu siapa saya di hati awak. Tapi saya percaya, mungkin saya adalah antara orang yang awak sayang di saat terakhir awak. Instinct kita kan selalu sama. Dan percayalah awak, awak juga akan sentiasa di hati saya. 

Awak,
Untuk hari yang ke 365 hari ini, saya akan sentiasa doakan kebahagiaan awak di sana. Saya sayang awak. Saya rindu awak. Sangat-sangat. 

May you rest in peace my dear Saiful Azmil Bin Kidam. Al-Fatihah.



Monday, July 8, 2013

Dear You:)

Dear You,
You broke my heart once
You locked yourself out of my heart
And there is no way i'm gonna let you unlock it
I will forgive you, but you will never be number one in my heart again
I will have someone better than you
And you will regret for breaking my heart
You shall be history in me
No more  my future
And you shall regret everything you did bad to me
Good Luck Finding The New One....My Dear.

Dear You,
Im begging you, just for one moment,
To say thank you for everything you did to me,
Thank you for all the sweet memories, 
Thank you for all the calls and messages,
Thank you for all the concerns,
Thank you for all the time that you had spent to me,
Once again...Thank You My Dear

Dear Heart,
Im begging you,
Please stay strong.

                                                                                                       Sincerely,
                                                                                                    Me

Sunday, July 7, 2013

Bertemu Kembali

Assalamualaikum wbt....

Lamenye aku tak update ini blog kan. Acah2 feeling nak jadi akauntan berjaya gitu. Puii...

Yeay pejam celik pejam celik tempoh untuk praktikal tinggal tak sampai sebulan lagi. Walaupun gembira tapi tetap terselit rasa sedih. Ye sedih. Walaupun banyak onak duri sepanjang praktikal ni tapi semuanya kenangan yang tak mungkin berulang kan.

Banyak kenangan yang tercipta, banyak ilmu pelajaran yang dipelajari, banyak ragam manusia yang aku jumpa. Dan semua kenangan itu tak akan berulang. Itu pasti.

Lepas ni kembali menjalankan hidup macam biasa. Pergi kelas, balik kelas, wat assignment, test, quiz, karaoke, makan kat kedai makcik roti canai, bergosip dalam bilik kecil aku and Syida. Tapi hanya untuk tempoh 6 bulan sahaja lepas tu masing-masing berpisah demi masa depan sendiri.

Lepas ni kalau ada rezeki kita berjumpa lagi. Mungkin di tempat kerja baru, mungkin menjadi jiran tertangga, mungkin kau bos aku kuli atau sebaliknya dan segalanya mungkin.

Apapun aku doakan yang terbaik untuk semua yang pernah hadir dalam hidup aku even kehadiran yang hanya sementara, even kehadiran yang hanya untuk membuatkan tahap kesabaran kita tercabar, even kehadiran yang hanya utuk menceriakan hidup aku, even kehadiran yang hanya sekadar say hi and bye2, even kehadiran yang setia di sisi berkongsi rasa suka dan suka. Terima kasih.

Semoga bertemu kembali.