Tuesday, August 20, 2013

My Internship:)

As-salam.

Alhamdulillah internship program dah lama berlalu. Sekarang duk goyang kaki duk goyang tangan tak tahu nak buat apa kat rumah. Dah macam cacing kepanasan aku rasa dah. Nak kerja malas. Nak melepak tak tentu hala malas. Tidur aje aktiviti yang paling rajin aku buat masa ni. Tak ada life aku ni.*

Ok mai lah aku cite sikit pengalaman aku masa internship. Best ke internship kau? Eh mestilah best. Best sangat sampai rasa sedih nak berhenti. Betul! Aku tak tipu.

Aku buat parktikal kat accounting firm area Kajang. Ok sikit pesanan kat adik-adik, akak-akak, abang-abang yang mana ambik kos account tu ake suggest nanti nak wat praktikal sila lah pilih accounting / audit firm ok. Banyak sangat benda yang kita belajar yang mana aku rasa ada kaitan nanti time nak kerja.

Beb, masa belajar kita belajar teori. Ntah benda apa aku belajar pun aku tak tahu. Tapi bila wat praktikal ni baru aku tahu apa kegunaan benda ni, apa kegunaan benda tu. Seriusly. Macam culture shock pun ada. Tiba-tiba "oh macam tu rupanya'. Kang kejap lagi "oh macam ni. Baru paham". Haa nampak tak kejakunan aku di situ. 

Nak-nak aku praktikal ni time peak period. Memang banyak dan bertimbun kerjanya. Pressure dan stress tok sah cakap. Muka aku yang memang ada jerawat ni makin bertambah-tambah la. Tekanan dari boss, tekanan dari supervisor, tekanan dari client yang macam-macam ragam satu hal. Aduhai time tu nak nangis pun rasa macam buang masa buang tenaga. Dari kau nanges baik kau fokus kat kerja kau sampai siap. 

Officemate aku cakap, siapa yang praktikak time peak period memang tak ada life. Sabtu Ahad pun kau kene kerja. Tapi itu hanya pilihan. Bukan satu kewajipan. Tapi kalau kau rasa kau nak busy time akhir-akhir dateline nanti, kau tak payahlah datang time hari minggu. Tapi time tu kau kena bersedialah nak balik kul 2 3 pagi dan bersedia kene maki hamun dari boss and sumpah seranah dari client. Siapa kat dunia ni yang sudi nak paham kau kan? 

Macam-macam ragam nanti kau jumpa. Orang yang macam tu orang yang macam ni. Client nak benda tu setel cepat untuk elak dia orang dari kena penalty dari LHDN tapi yang hampehnya so difficult to give their cooperation.

Ada satu pengalaman yang memang tak boleh aku lupa. Client kol aku marah-marah and siap nak bagitahu lecturer aku lambat buat kerja. Ok fine tapi dia tak tahu apa cerita sebenar. Call and marah perkara biasa kot. So aku perah segala kudrat yang ada cuba buat sehabis baik untuk pastikan segala akaun dan tax beliau siap sebelum dudate. Tapi ada beberapa dokumen tak lengkap dan bila aku call kerani dia, dia marah-marah aku macam aku ni pesalah pulak. Huwaa....Tapi alhamdulillah finally akaun dia siap gak tanpa perlu dia bayar penalty even 3x gak draft aku kene buat bila dia mintak changed certain amount.

Nasihat aku satu aje untuk adik-adik yang bakal menghadapi internship ni kan. Nak pilih tempat sila pilih betul-betul. Nasihat aku satu aje better pilih company kecil sebab chance kau nak belajar banyak benda sangat tinggi. Bila company tu kecil, kau tak akan fokus satu benda aje. Banyak benda kau kena belajar dan buat. So chance untuk kau faham dan pening tin tong lagi tinggi. Haha. 

Dulu masa nak pilih tempat memang lah aku mengada nak company besar dan bagi elaun banyak. Mata duitan sungguh. Tapi ikut pengalaman kawan aku yang praktikal tempat yang besar ni, dia cakap dia tak belajar banyak benda pun. Client seume jerung besar so semua benda pun private and so risky. So staff yang banyak buat. Compared to us yang buat praktikal kat tempat kecil, memang semua benda kau kena buat. Yang penting, internship is not about money but more to lerning process.

Sebenarnya aku nak upload gambar-gambar sepanjang praktikal tapi aku malas sangat. Sila jangan pertikai tahap kemalasan aku yang sungguh luar biasa ni ya. Nanti jap lagi aku cek whether aku ada turn on hibernate mode dalam badan aku ni. Kuikui. 

Ok gud luck pada semua para pembaca yang bakal menghadapi internship especially accounting students.

4 comments:

  1. awakkk...i will start my practical next week. i fell worry

    ReplyDelete
  2. no need to feel worry awak...internship is the best practice to prepare urself before u start ur career soon.chayok

    ReplyDelete
  3. no need to feel worry awak...internship is the best practice to prepare urself before u start ur career soon.chayok

    ReplyDelete
  4. Awk praktikal kat mana? Ape nama firm yg awk audit?

    ReplyDelete

Thank u for the comment. I will reply later ok...:)