Saturday, December 7, 2013

Final Semester:)

Assalamualaikum wbt...

Yeay! Dah kenapa kau tetiba nak yeay bagai ni. Counting days. Hampir 40 hari sahaja lagi nak habis study. Wah tak sabar sangat tau. Hari-hari aku dok kira hari. Tak sabar nak tunggu January 2014. Tak sabar nak kerja. Tak sabar nak pegang duit hasil kerja keras sendiri. 

Tapi tapi tapi nak menunggu ke January 2014 tu banyak cabarannya tau. Bukan senang-senang pejam mata yeay dah habis. No no tak semudah di sangka.

Student kan...kalau cakap pasal student compem orang pikir assignment, test, quiz and so on. Ye memang cabaran menjadi final year student tak seindah mimpi. Gitu. Pert 8 as accounting student so tough. Too many presentations, assignments and blabla. So complicated. Tidur tak cukup. Rushing sana sini. Selalu dah nak dekat study week ni aku rasa assignment makin kurang tapi yang la ni makin bertambah dari hari ke hari. Tension mak.

Pastu sem ni aku ada subject Integrated Case Study yang mana kita akan diberi 4 case study. Kau kena cerita pasal case study tue, find the issues, solve the problem, give ur own recommendation, interview any SME company and need to relate with the case. All the presentation must be in creative way means lecturer tak nak presentation yang biasa-biasa. Kau nak nyanyi ke, berlakon ke, debate ke lantak kau la janji apa yang kau nak sampaikan lecturer paham. Haa gitu.

Subject FAR600 pun bagi aku susah sebabnya kita belajar accounting in theory. No calculation and sampai sekarang pun aku tak paham. Kuikui. Subjek membaca ni aku lemah tau sebab aku very pemalas nak baca plus setiap kali aku nak baca, aku tidur dulu. Haa macam mana nak buat tu.

Kadang-kadang orang cakap belajar akaun ni mana susah pun if nak compare dengan engineering and medic. Aku malas nak argue sebab bagi aku semua benda pun ada cabaran masing-masing. Lagipun tak kuasa nak lawan cakap dengan orang yang hanya pandai menghukum. Semua orang tak kan paham apa yang kau rasa melainkan mereka merasainya sendiri kam. Whatever

No comments:

Post a Comment

Thank u for the comment. I will reply later ok...:)