Saturday, April 28, 2012

Selamat Bertunang

Untuk Awak,

Assalamualaikum...Hai awak...

Saya just nak wish Selamat Bertunang untuk awak walaupun saya tahu awak tak akan baca tulisan hati saya ini. Sebagai seseorang yang pernah menjadi sahabat saya, tak salah rasanya andai saya ingin mengucapkan selamat pada awak.

Awak...

Kenapa dulu awak mengkhianati saya? Awak tak sayang ke dengan ikatan persahabatan kita ini? Atau sebenarnya awak tak tahu nilai dan erti sahabat yang sebenar? Kita baik. Kita boleh bergurau senda. Hubungan kita lebih dari seorang sahabat, ibarat 'kakak' dan 'adik'. Awak pernah ada waktu saya susah dan senang. Tapi tergamak awak memperlakukan begini pada saya. Sampai hati awak.

Mungkin bagi awak benda ni kecil tapi bagi saya benda ni terlalu besar. Sangat serius. Pantang bagi saya orang mengkhianati kepercayaan saya, awak. Kalau awak tak mahu berkawan dengan saya lagi, awak pergilah tapi bukan begini caranya awak. Bukan begini. Bukan dengan cara mengkhianati kepeecayaan saya dan merobek hati saya. Saya sakit awak. Sakit dengan permainan yang awak ciptakan ini.

Sekarang awak dah bahagia. Awak dah temukan kebahagiaan awak. Tapi awak tahu tak hidup saya masih terumbang ambing akibat perbuatan awak ni. Sampai hati awak kan. Awak dah hancurkan kebahagiaan saya. Saya dah beri bahagia saya pada awak. Saya dah serahkan apa yang awak mahu. Awak ambillah. Tapi awak gagal. Awak gagal untuk menjaga amanah saya. Awak hancurkan hati dia. Awak tinggalkan dia. Dan sekarang awak berbahagia dengan orang lain.

Awak...

Di kesempatan yang ada ini saya ingin mengucapkan terima kasih atas segalanya. At least saya belajar sesuatu dari apa yang awak lakukan ini. Di dunia ini tak semua manusia berhati suci kan? Di dunia ini tak semua sahabat berhati ikhlas dan berniat jujur dengan kita kan? Dan di dunia ini semua orang bisa melakukan apa sahaja demi kepentingan dan kebahagiaan diri sendiri kan? Terima kasih ya awak atas hadiah berupa pengkhianatan itu. Saya amat hargai. Kalau niat awak hanya nak tengok hidup saya terumbang ambing dan porak peranda, TAHNIAH....awak dah berjaya. 

Ikhlas,
me....:)

No comments:

Post a Comment

Thank u for the comment. I will reply later ok...:)