Monday, August 13, 2012

30 Hari Yang Sepi

13 Julai 2012-13 Ogos 2012

"people cry not because they are too weak, its because they have beenstrong too long"

30 hari telah berlalu. 30 hari awak pergi meninggalkan saya. 30 hari saya tak dengar khabar berita awak. 30 hari saya tak mendengar suara awak. 30 hari saya tak terima sebarang message dari awak. 30 hari saya simpan rindu saya seorang diri. 30 hari air mata saya masih tak kenal erti jemu untuk mengalir. 30 hari saya masih teringat segala kenangan manis kita bersama. 30 hari saya masih mengenang janji-janji kita yang tak kesampaian. 30 hari saya masih seru nama awak. 30 hari saya masih rasakan awak masih ada di sisi saya. 30 hari tanpa jemu saya sering cerita kisah kita pada mak saya.30 hari saya keraskan hati saya. 30 hari saya belajar menjadi wanita yang tabah dan kuat. 30 hari saya bisikkan kata-kata semangat pada diri saya. Dan 30 hari saya belajar terima hakikat yang saya dah kehilangan awak buat selamanya, Saiful Azmil Bin Kidam.

Apapun yang terjadi, Insya-Allah selagi hayat di kandung badan, doa saya tak akan pernah putus untuk awak. Saya nak awak gembira di sana. Saya nak awak tenang di sana. Saya nak awak tersenyum di sana saat menerima kiriman dari saya.

Percayalah, awak tak pernah hilang di ingatan saya, nama awak kekal terpahat di jiwa saya.

"Kau tetap abangku buat selamanya"


9 comments:

  1. moga tabah. . . .
    walaupun saya tak pernah merasa kehilangan adik badik saya tapi sebak dalam hati bila baca. :')

    ReplyDelete
  2. terima kasih saudara zufar...tapi yang ni bukan adik beradik sy...erm arwah my first love...:)

    ReplyDelete
  3. sabar yer dear...sama2 kita doakan dia bhgia N tenang di sana di sisi yang maha esa...Al-fatihah

    ReplyDelete
  4. Salurkan sedekah Al-fatihah buat arwah. .
    semoga di alam sana lebih tenang.. :')

    ReplyDelete
  5. sabar ye...
    my first love died since we were kids 13 years ago...
    she has a beautiful smile...till now, i kept her smile although nobody knows...insyaAllah, pray for them...

    be a strong girl ok...lets smile just like me (^__^)
    everything gnna be okeyh

    ReplyDelete
  6. yeah thank u awak...i will try...u too...keep smile orite...always remember that everything happen for a good reason...Al-Fatihah...

    ReplyDelete
  7. Mohon penjelasan..ni allahyarham saifulazmil yg dok tanjung karang tu ke?awak ni siapa ye?

    ReplyDelete

Thank u for the comment. I will reply later ok...:)