Friday, August 10, 2012

Cincin Awak Cantik La :)

Assalamualaikum....

Hamboiii Jah cincin kau cantik sangat. Beli kat mana Jah? Aku nak jugak melaram macam kau Jah raya ni. Boleh aku tayang kat Si Jemah Si Markonah, Jah. Hape? Beli kat Poh Kong? Bape hinggit Jah? Ni yang kena keluar duit ASB ni Jah. Kau ingat kau sorang hade?

Eh dah dah merepek pulak kau ni. Gi makan kerepek la kalau nak merepek bukan-bukan. 

Pakai cincin tu best kan? Best macam makan KFC. Rasa cantik aje jari kita tu kalau ada cincin tersarung manis kat jari kita. Tapi tapi tapi.....Ingat nak pakai cincin tak boleh main suka-suka pakai kat jari mana-mana kau nak bedal. Sebabnya....

Nasihat Nabi Muhammad SAW kepada Saidina Ali sesudah bernikah dengan Siti Fatimah,anakanda kesayangan Baginda iaitu kalau hendak memakai cincin pakailah di jari:


  • jari manis
  • jari kelingking

dan JANGAN memakai pada jari:

  • jari telunjuk
  • jari tengah

Nabi Muhammad SAW melarang umatnya memakai cincin pada jari telunjuk dan tengah kerana ianya menyerupai cara berhias umat yang dilaknat Allah iaitu kaum yang derhaka di zaman Nabi Lut a.s.

Cara memakai cincin ini bukan sahaja untuk kaum perempuan malah kaum lelaki juga. Jadi apa yang kita nak buat ni kawan-kawan? Eloklah kita nasihatkan kawan-kawan kita, saudara-mara tentang cara yang betul dalam berhias diri. Kalau kita dah tau tapi tak nak share dengan orang lain sia-sia aje kan kita dapat laknat dari Allah SWT? 

Untuk pengetahuan semua juga, Nabi Muhammad SAW juga memakai cincin dan kalau tujuan kita memakai cincin semata-mata untuk mengikit sunnah Rasulullah, mudah sahaja untuk kita dapat pahala. See, Islam itu mudah kan? Haa so, jangan tiru aksi aku yang kat atas tadi yang mana nak pakai cincin semata-mata nak melaram nak tunjuk kat kawan-kawan yang dia ade cincin mahal bagai sampai sanggup keluar duit ASB. Ish...ish...ish...Jangan tiru tau. Ingat, niat tak menghalalkan cara.



"cantik eh cincin ni"

"cantik...cantik...cantik..."


"bila agak-agak dapat pakai ni?"

2 comments:

  1. post ni memang patut diwarwarkan. tengs share this.tapi zufar x penah pakai cincin dua2 jari tu, jari manis je. :>

    ReplyDelete
  2. kan...ramai antara kita yg tak tahu...alhamdulillah at least zufar dah ikut sebahagian sunnah Rasulullah...;)

    ReplyDelete

Thank u for the comment. I will reply later ok...:)