Thursday, August 2, 2012

Jangan Menangis Lagi




Assalamualaikum....

Kelmarin saat Dilla mesej aku bagitahu result aku untuk sem 5 ni macam-macam rasa yang aku lalui. Aku gembira, aku rasa sedih...Cakap pasal sedih, entah bila rasa yang bersarang di hati ni akan pulih. Aku tahu masa bakal menentukan segalanya. Owh ya untuk semua penuntut UiTM tak kisah cawangan mana sekalipun result yang formal InsyaAllah akan keluar esok tapi kenapa aku dah dapat tahu dulu? Haha adalah. Rahsia kita kan Dilla kan? Hehe...Good luck untuk semua ok. Ingat, tak kisah result apa pun yang kita terima, jangan lupa untuk mengucapkan rasa syukur ke hadrat Illahi. Apa yang kita dapat tue selaras dengan usaha kita. Allah kan Maha Adil. Kalau result kita tak seperti apa yang kita mahukan, jangan rasa sedih kerana pasti ada hikmah disebaliknya. Allah kan tahu yang terbaik untuk setiap hambanya :)

Aku bersyukur dengan apa yang aku terima. Alhamdulillah. Tapi aku tetap rasa sedih sebab setiap tahun selepas kedua ibu bapa aku, abang2 serta adik2 aku, aku tak lupa untuk memberitahu apa sekalipun result yang aku terima pada Si Dia. Walaupun hubungan kami yang tak stabil 2 tahun kebelakangan ini, aku tetap ingin memberitahunya sebab aku dah biasa. Dari zaman SPM, Matrik, Diploma dan Degree aku tak lupa untuk beritahu dia. Kelmarin, selepas mak ngan abah tahu result aku, aku terus mencapai handset. Aku terus type message tapi tiba-tiba tangan aku terhenti bila mana aku baru tersedar dari lamunan mimpi yang panjang. Dia dah tak ada. Dia dah tak ada. Dia dah tak ada. Sekalipun aku send message pada dia, aku tahu dia tak akan baca buat selamanya. Air mata menitis lagi. Ya Allah sungguh aku cakap, aku tak kuat lagi nak lalui semua ni. Aku lemah.

Aku rindu nak dengar comment2 dia pada result aku. Aku rindu nak dengar kata-kata semangat dari dia setiap kali aku rasa tak puas hati dengan apa yang aku terima. Aku rindu nak dengar kata-kata tahniah darinya setiap kali aku dapat result yang cemerlang dan aku rindu nak dengar janji-janji dari dia untuk membelikan aku hadiah bila dia berbangga dengan tahap pencapaian aku. Tapi, sekali lagi, aku terpaksa simpan kata-kata rindu ini di ruang hati kecilku kerana aku tahu sejarah tak akan mampu berulang lagi. Untuk awak, saya tetap doakan kebahgiaan awak dalam perjalanan menuju Illahi. Al-Fatihah Saiful Azmil Bin Kidam.

6 comments:

  1. setiap hari buat tahlil lah untuk die ye.alhamdulillah.zufar syorkan kamu letak nama penuh supaya pembaca boleh sedekahkan al-fatihah untuk die dengan tepat okeh.tambah la nama dia. semoga apa yang zufar comment membantu serba sedikit. :)

    ReplyDelete
  2. terima kasih zufar....insyaAllah setakat ni doa saya tak putus2 untuk dia..:)

    ReplyDelete
  3. al fatihah jugak Allah bagi kita sesuatu,dan Dia juga ambil sesuatu,bersabar,bykkan bersedekah untuknya

    ReplyDelete
  4. terima kasih awak...InsyaAllah selagi saya bernafas doa saya sentiasa mengiringi perjalanan dia....:)

    ReplyDelete
  5. al fatihah utk beliau.. aah kn name kite sama.. ngeee

    ReplyDelete
  6. terima kaseh awak...salam ukhuwah...;)

    ReplyDelete

Thank u for the comment. I will reply later ok...:)