Wednesday, October 31, 2012

5 Tahun Akaun...;)

Assalamualaikum semua...

Ye aku adalah pelajar akaun. Kenapa aku pilih akaun? Kenapa bukan kos lain? Panjang ceritanya. Hehe. Actually, aku tak pernah bercita-cita pon nak jadi seseorang yang menceburkan diri dalam accounting field. Aku seorang yang tak pernah ada cita-cita. Im just follow the flow. Tapi masa kecik-kecik dulu kalau orang tanya dah besar nak jadi apa, automatik aku cakap nak jadi cikgu. Tapi cikgu yang mengajar subjek apa tu aku tak tahu.

Dulu masa zaman sekolah aku tak suka akaun. Bukan setakat tak suka tapi tahap benci. Lepas PMR aku dapat tawaran Pure Science. Lagi la aku tak minat oi. Tapi kalau dah akauan aku tak suka, science aku tak suka apa yang aku suka? Ahhh itu semua alasan untuk budak pemalas macam aku ni. Aku rasa zaman sekolah dulu aku tak pernah study. Aku banyak main2. Mak abah suh study, aku tidur. Esok nak SPM malam tu baru aku terhegeh-hegeh nak belajar nak hafal formula nak buat nota. Huhu teruknya anak Pak Usop ni.

Bila result SPM keluar, aku nanges. Tapi aku tak pasti air mata untuk bergembira atau bersedih. Then aku dapat tawaran ke Kolej Matrikulasi Kedah. Aku tak nak pergi sebab jauh. Tapi semua orang suh pergi. Tambahan pula, (skema ayat ak!) semua universiti dalam mahupon luar negara tak nak terima budak pemalas macam aku ni. Jap-jap...berangan lebih-lebih pulak aku ni. Result tak bagus mana ada hati nak mention universiti luar negara. Sobsobsob.

Bila kat Kedah aku tak ada semangat nak belajar. Satu sebab jauh beribu batu ngan mak abah. First time weh aku duk jauh-jauh ngan dorang. Kedah pulak tu. Kedua, aku tak suka fizik. Aku tak faham satu benda pon. Aku baca lah buku banyak mana pon aku still tak faham. Maybe sebab aku dah set yang aku tak suka. Then, aku decided nak keluar dari matrik and nak masuk UiTM yang kebetulan aku dapat offer in Accounting. 

At first aku tak tahu pon aku dapat offer tu. Family aku tak bagitahu. Tapi naseb baik aku merayu nak keluar sume then dorang macam dah tak tahu nak cakap apa so dorang ikutkan aje. 

Masa last day kat matrik, Lecturer Biologi tanya aku betul2 whether aku buat keputusan yang betul atau tak. Sebab dia kata result Bio aku baik and aku dapat highest mark untuk exam. Tapi aku dah nekad baik atau tak aku nak keluar jugak and actually aku dah ambik risiko yang sangat besar sebab aku akan sambung pengajian dalam ACCOUNTING yang aku tak pernah ada basic tu and lepaskan matrik yang dah hampir 6 bulan aku kat situ. Agak pembaziran di situ.

Belajar akaun yang aku tak ada basic ni agak susah jugak tapi Alhamdulillah sepanjang Diploma aku berjaya buktikan kat mak abah yang aku boleh. Even result aku tak ada lah gempak sampai dekan every sem tapi Alhamdulillah hasilnya agak memberangsangkan.

Tapi apa yang aku tahu aku dah bazirkan masa hampir setahun demi akaun. Aku tengok ramai kawan-kawan matrik dah habes belajar, dah kerja. dah kawen. Tapi aku masih berjuang untuk tempoh pengajian yang berbaki hampir setahun lagi ni. Tapi tak apalah semua ada hikmah kan. Allah buat yang terbaik untuk hambanya.

So akaun? Setelah hampir 5 tahun aku terlibat dengan akaun ni, erm ok lah akaun ni. Aku suka belajar akaun zaman diploma. Untuk degree ni entahla aku tak berapa nak tangkap apa sebenarnya akaun tu. Haha teruknya aku ni. Aku suka kira-kira, aku suka main dengan nombor tapi entah napa akaun kali ni macam susah sangat aje otak aku nak terima. Hailllla....

Budak accountancy ni tak adalah busy 24 jam pon kehidupan dia. Eh tak tahu lah orang lain. Aku rasa aku ni pura-pura tak busy aje pon. Hehe. Assignment bertimbun-timbun tapi aku still boleh gi jalan-jalan kat Jusco, MP, Dataran Pahlawan. Haha...Tapi untuk sem 6 ni agak mencabar gak sebab semakin banyak aku belajar semakin banyak kejenya. Tengoklah time mid term ni pon beg aku penuh dengan buku aje. Erk nampak sangat tipunya. Haha. 

So apa yang boleh aku simpulkan accounting ni ok lah bagi aku. Aku tak suka subjek membaca tapi kos ni banyak sangat subjek membaca. Huahua. Tapi apa pon bagi aku semua kos sama aja. Engineering ke medic ke semua susah and ada cabaran masing-masing. Depends pada kita how to handle it rite?

40 comments:

  1. alaaa susah ke aacout ? takutnyaaaa :(

    ReplyDelete
  2. Eh awak jgn mcm tu....bg sy aje its compicated sumtimes....hehe

    ReplyDelete
  3. assalamualaikum akak,

    saya nk tnye skit bleh tak?
    ^^
    time akak dpt matriks tu, by the same time akak dpt tak offer uitm?
    kalau dpt, mknanye akak tolak ke offer uitm tu (sbb bkn course yg akak nk) then akak pegi matriks?
    lepas tu, time akak dpt offer uitm course akaun tu, akak dpt yg 2nd intake punye ke? atau akak buat rayuan?

    please reply asap coz i need to know the answer b4 this friday..
    thank you :))


    ReplyDelete
    Replies
    1. sorry my dear akak tak perasan ur comment.....so sorry k...my bad:(

      Delete
  4. Seronok baca :D thanks for sharing. Saya sendiri pelajar lepasan matrikulasi kedah in accounting and skrg tgh tunggu panggilan U. Just wanna say that account is easy if kita faham, kan sis? ^^

    ReplyDelete
    Replies
    1. hai dear....betul tu...wah awak pun matrik kedah? skrg futher degree kat mane?

      Delete
  5. saya ni dah la takde basic accounting.. stpm dulu ambil ekonomi je.. sekarang dpat offer accounting di UKM.. agak2 saya pon akan lemas pe? (T-T) no basic mesti lagi susah kan? aiiyyooo

    ReplyDelete
    Replies
    1. hai awak...jgn risau....sy dr sekolah tak ade basic account plus tak minat pun. then try belajar zaman diploma...bljt slow2 and alhamdulillah skrg dah smp degree. tak susah mane pun kalau kita phm konsep. tak phm trus tny lecturer k. Gud luck awak..:)

      Delete
  6. as'salam...ye, saya pn ex-matrikulasi kedah..dlm prakaunn jgk! :)skrg smbg degree prakaunn, da sem5 da pown..
    act, akaun kat mtrik lbh sng jauh beza dgn kat U..
    dlu blh dpt 4flat, ble msok U, hampehh :'(

    ReplyDelete
    Replies
    1. wsalam ye ke awak? wah gud2...saya dulu tak pernah ambik akaun dr sekolah....matrik pun ambik sains. bila kat u baru ambik akaun. heheh...awak u mane?

      Delete
  7. Masa degree dulu kat mana? Melaka uni apa eh

    ReplyDelete
  8. Tumpang tanya :)
    diploma akaun ada subjek apa je ye ? banyak tak ? huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. http://melaka.uitm.edu.my/index.php?option=com_content&view=article&id=111:ac-110-diploma-perakaunan&Itemid=87

      Delete
  9. Akak mase keluar matrik tu dpt second intake diploma yg ambilan kedua bln november tu ke??

    ReplyDelete
  10. haii :) diploma perakaunan ambik masa 3 tahun kan ? then akak sambung g masuk degree perakaunan (sama course ngan diploma) kan ? my question is : diploma perakaunan + degree perakaunan ambik masa berapa tahun eik ? hoping you to reply my comment asap :D thanks .

    ReplyDelete
  11. akak nak emel nak tanya pasal akaun

    ReplyDelete
  12. saya nak ambik accountancy tapi tak yakin huhuhu

    ReplyDelete
  13. Mcm mne nk faham akaun? even bace pn xfhm? :'( nk tips siket.

    ReplyDelete
  14. Mcm mne nk faham akaun? even bace pn xfhm? :'( nk tips siket.

    ReplyDelete
  15. salam..saya private tutor untuk account.qualification saya adalah acca..

    ReplyDelete
  16. Akak ada apply mana2 u tak time kat matrik ke mmng dpt tawaran cam tu je?

    ReplyDelete
  17. Akak ada apply mana2 u tak time kat matrik ke mmng dpt tawaran cam tu je?

    ReplyDelete
  18. akak mcm mne nk fhm erk...saya lgila tk reti sbb tkde basic..mse form 5 dlu saya ambik subjek ekonomi asas je..bila lecturer ajar acc kt depan,duk terngangga je la kt blkg..bagi tips skit..mne tau bleh membantu

    ReplyDelete
  19. Akak ada tips x nak score acc . please
    Xde basic kat sekolah form 5 belajar sains tulen.

    ReplyDelete
  20. salam akk, saya pun baru dpt tawaran di uitm lendu. saya tak pasti nak amik or tak sbb dpt akaun. sdgkan saya tak pernah ada basic account and zero bab ni, boleh saya tanya zaman diploma ni byk tak kos yg digunakan utk byrn yuran ke beli buku2 ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pengalaman dip saya, sesetngh lecturer akn suruh beli buku utk guna 2@3 sem. Lg setengah subjek lecturer akn provide kan nota slide :) harap membantu

      Delete
    2. Pengalaman dip saya, sesetngh lecturer akn suruh beli buku utk guna 2@3 sem. Lg setengah subjek lecturer akn provide kan nota slide :) harap membantu

      Delete
  21. Saya otw nk masuk degree acc ni. Nervous je bila baca cerita ni. Mslh utama saya adlh malas+lmbt pickup. Huahua sedihnyaa..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kakak...saya nk mintak email..saya nk tanya pasal account ni...saya dpt offer account ..so saya n tanyanlah..please..

      Delete
  22. assalamualaikum akak,

    time akak dpt matriks tu, by the same time akak dpt tak offer uitm?
    kalau dpt, mknanye akak tolak ke offer uitm tu (sbb bkn course yg akak nk) then akak pegi matriks?
    lepas tu, time akak dpt offer uitm course akaun tu, akak dpt yg 2nd intake punye ke? atau akak buat rayuan?

    ReplyDelete
  23. Sya bru dpt offer dlm ijazah perakaunan..saya nk tanya.saya ni dh lh tak ada basic masa form 5..masa form 6 pun ambil pengajian perniagaan aje..lepas tu dpt offer ijazah perakaunan dkt unimas...saya rasa saya mcm tak layak sangat utk kos itu..pada pendapat awak, student mcm saya boleh carry on tak.... sbb saya rasa dgr benda tu susah and mcm mana saya nk survive nanti..please reply...

    ReplyDelete
  24. Saya study in aliran sains (bio, chemistry, fizik, addmath) akaun pun.. Dlm 5 sub elektif ni, saya paling suka akaun even masa form 4 tk berapa suka haha. Masuk form 5, saya rajinkn diri study akaun sebab saya stu stunya yg bkn chinese in my class huhuhu .. And, i score well in my account and it's better than my science subjects .. Ermm, so saya nak study accounting tpi saya risau saya tak boleh handle sebab nampak macam susah .. Dn lecturer ajar in fully eng kn tapi sy dh biasa study akaun in bm .. Boleh ke saya survive nanti? Btw, I'm sitting for spm this year

    ReplyDelete
    Replies
    1. jus tolg jwb..if adik dh rasa strong..go on jer...akaun ni ok..tp kene details and tahan keje k..bila msuk comp...akaun ni tough ckit part dia...tp gaji besoo....ade duit wat ACCA...memg lumayan sgt gaji..husband akak akaun..tp kje oil ga comp...dah cecah 10k....if u ade acca..bole up 15 ke 20k tau..ikut pengalaman la...so keje akaun ni tough tp salary besar sgt...nak gji byk aply oil n gas tau....okla...btw..jika ade adik2 lepasan spm nak tanya pasal program PAKK pendd.awal kanak kanak..bole wsp 011-16930576..akak jaga program tu...

      Delete
  25. akakk, susah sangat ka accountting ni ? sbb sy dpt degreee lpasan stpm. tapi sy tiada basic akaun dan addmaths. hmm risau pula saya..

    ReplyDelete
  26. Saya nak tanya kalau matrik ambik pure sains lepas tu ijazah ambik akaun . Waktu ijazah diorang ajar balik tak basic akaun

    ReplyDelete
    Replies
    1. hi saya just tolong jawabkan, kalau untuk case saya..lecturer saya xajar pon basic akaun, so basically i learn on my own since saya pon dari pure science. tapi if you are lucky, dapat lecturer yang baik2, dia ajar basic. dia based on the lecturer itself.

      Delete

Thank u for the comment. I will reply later ok...:)