Wednesday, February 20, 2013

Cerita Voucer

As-Salam.

"kau ade?.....:p"


Yeaayyy....semalam kita dah ambik baucer RM250 kita tue. Sukanya. Pasni boleh la terus terjah Popular borong segala jenis buku. Mak aii RM250 ni banyak gila. Tak tahu nak beli apa.

Sekarang ni kita nak cerita perjalanan di sebalik nak pergi ambil baucer ni. Ohmaiiiigadd susah gila nak fikir macam mane nak ambik sebab errr errr errr kita tak tahu jalan nak ke UiTM Shah Alam. Hehe. Reti kalau ikut signboard tapi malas la sebab nanti mesti sesat2 salah masuk jalan la, terlepas jalan la. Tak nak. Penat la asik nak melalui siri-siri kesesatan aje.

So kita decide nak gi dengan Zaki budak sama UiTM dengan kita and praktikal sama kat sini. Tapi sila jangan buat khabar angin sebab dia ada ajak kawan dia budak office sebelah okeh. Kita tak berdua dengan dia tau.

So ceritanya Zaki ni blur orangnya. Kadang-kadang kita tak tahu apa yang dia tengah buat. Hehe. Kita tak boleh nak baca gerak-geri dia. Memang fail lah. So 18/2 tu dia cakap dengan boss nak mintak permission nak ke UiTM Shah Alam. So boss macam okey aje. Tapi masa boss tanya kita tu, kita macam ternganga2 nak jawab sebab Zaki buat plan tak gitahu kita. 


Boss: So you all nak pergi esok pagi and nak jumpa katne Zilla?
Zilla: Err kat sini.
Zaki: Tak pe saya ambik dia kat Putrajaya
Boss: U tahu rumah Zilla?
Zaki: Tak tahu
Boss: Tak tahu? Habis macam mana? Macam mane u all deal ni?
Zaki: Err saya jumpa dia kat Alamanda
Boss: Alamanda? U jangan nak merewang ye. U deal betul2 ngan Zilla



Time tu kita macam nak tergelak pon ada. Zaki2. Suka buat perangai. Lepas jumpa boss kita tanya Zaki betul ke nak jumpa kat Alamanda?


Zaki: Sebenarnya aku bantai aje cakap dengan boss. Aku tak plan pape pon lagi. Nantilah aku gitahu.
Zilla: $%#&(#!


So petang tu Zaki tanya kita bila nak pergi, nak jumpa kat mana. Kita decide nak gi after lunch sebab kalau pergi pagi confirm lah jem tak ingat. So dia pun setuju and ok lah kan.Tapi......sekali lagi Zaki blur. 

Pagi 19/2 tu dia tak masuk office. Kita dah pelik tak kan dia dah g UiTM tinggal kita sorang2. Tak boleh jadi ni. Akak2 kat situ asyik tanya kita aje mana si Zaki ni like im his secretary. Patu boss siap panggil kita masuk bilik dia tanya pasal Zaki. Mak aiii blur kita sebab tak tahu nak bg jawapan apa.

Lepas gebang2 sikit dengan boss, kita mesej Zaki. Rupanya dia terlupa deal kitorang semalam yang kata nak g petang. Dia ingat kitorang nak g pagi so dia kata dia otw nak gi jumpa kita kat Putrajaya. Aishhhh time tu kalau boleh jerit sekuat hati kat dia, memang kita dah buat.

Kita terus suruh dia masuk office tapi dia takut kena marah ngan boss. So kita tolong dia explain kat boss the real story semua and boss okay. Boss geleng kepala aje tengok gelagat si Zaki ni. So after that Zaki text kita and janji tak nak buat lagi. Cehhhh.

So petang after lunch, kita, Zaki and Syahmi gerak gi Shah Alam. Rupanya Zaki ni leh lak dia singgah entah mana2 tempat settlekan hal business dia tu. Sabar ajelah. Berjanggut tau kita ngan si Syahmi tunggu dalam kereta. Kul 4 baru sampai Shah Alam. 

Lepas settle ambik voucher ingat nak terus balik sekali dia ajak kita gi IKEA lah gi carik kuih lah. Dia kata bosan nak masuk office. Huahua. Terkedu kita dengan si Zaki ni. Pastu siap ajar kita cara nak explain kat boss kalau dia tanya kenapa lambat. Dia suh kita cakap jalan jem and ramai orang beratur nak ambik voucer. Padahal jalan punyalah smooth langsung tak jem and berapa kerat orang aje tadi yang ambik voucer. Haha Zaki2.

Erm petang tu dia mengaku satu benda kat kita. 


Zaki: Kau tahu tak pagi tadi tu aku sebenarnya bukan otw nak gi ambik kau pon.
Zilla: Habis tu?
Zaki: Aku tengah tidur time tu.
Zilla: Hah???? Bengonglah kau ni.
Zaki: kahkahaka...
Zilla: Sengal


Kita rasa lama-lama pon kita boleh sengal dek kerana Zaki ni.

4 comments:

  1. jeles gile ngan korg...dpt baucer buku smpai 250...peh mcm2 ley beli kt popular tu

    ReplyDelete
  2. makna nye die tak blur sgt la. tp saje saje eh
    hahhahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha...tak tahu lah dia tu awk...pure2 kot...:p

      Delete

Thank u for the comment. I will reply later ok...:)